Trek padang pasir ke Gunung Bromo
Kawah Gunung Bromo
dehidrasi
Gunung Penanjakan dilihat dari Bromo
Pemandangan dari Penanjakan
Besoknya kami tidur di bawah kabus tu
Gunung Bromo yang keluar asap (yang rendah)
Jam 3 pagi aku dikejutkan oleh tukang jaga hotel dan dengan kedinginan yang sepertinya mahu membunuh, perasaan malas untuk bangun sangat mencengkam fikiran walau akhirnya aku gagahi jua sebagai salah satu latihan 'revolusi'. Tiga puluh minit kemudian jeep-jeep sudah mulai datang dan aku dan Vovin bersama 3 orang Mat Saleh berangkat menuju Gunung Penanjakan pada ketinggian 2270 meter untuk melihat matahari terbit merentasi padang pasir Bromo yang ditutupi kabus tebal seterusnya menaiki jalan kecil meninggi bersama deretan jeep-jeep lain.
4.15 pagi kami sampai - sewa jaket yang berkos 10,000 rupiah dan membeli sarung tangan bekal untuk melawan kesejukan dan sempat makan Pop Mie dan minum Indo Cafe dahulu di deretan kedai-kedai yang meriah menghiasi.
Sungguh ramai dan meriah di atas puncak ini dengan pelancong domestik dan luar bersaing-saing mencari posisi terbaik memotret foto. Apa yang pasti keindahan bumi Tuhan di Taman Nasional Bromo Tengget Semeru ini sangat sukar ditulis dalam bentuk kata dan foto-foto dari Vovin yang akan dipamer di sini kemudian mungkin boleh menceritakan serba sedikit.
Selesai kami menuruni cerun-cerun tajam untuk ke Gunung Bromo yang masih aktif sebagai gunung berapi melewati jalan padang pasir yang kami lewati sewaktu perjalanan pergi. Kuda-kuda untuk yang malas berjalan dan yang ingin merasai pengalaman turut disediakan. Oleh kerana kabus tebal sehingga tidak nampak apa membikin aku dan Vovin merasa tidak perlu naik kuda dengan anggapan tidaklah jauh mana. Nah sampai pertengahan sudah kepenatan apabila terlihat trek pendakian semakin jelas, huhu dan sangatlah menyesal tidak naik kuda sedari awal lagi.
Aku meninggalkan Vovin yang asyik memotret dan sempat singgah di gerai di tengah2 trek untuk menggantikan ion badan yang hilang - terima kasih Pocari Sweat! 100 Plus versi Indonesia. Vovin sampai - dan kemudian meneruskan pendakian.
Pemandangan dari puncak Bromo (Gunung Brahma, salah seorang Dewa Utama Hindu) yang dipercaya sebagai gunung suci oleh penduduk Bromo, suku Tengger sangatlah indah terkata dan tertulis. Kawah di bawahnya yang masih aktif mengeluarkan kepulan2 asap dan sulfur yang menjadi punca rezeki bagi sebahaian penduduk lokal. Sejam lebih di sini memang tidak cukup dan inilah kontranya kalau memakai paket yang diurus ejen pelancongan.
Pulang ke hotel aku dan Vovin masih belum membuat keputusan untuk terus ke Bali atau tinggal semalam lagi. Setelah dihitung-hitung kami bermalam semalam lagi dan meneruskan aktiviti dengan menyewa ojek untuk membawa kami ke Savannah yang digembur-gembur seperti di dalam rancangan tv Teletubbies yang aku pun tak pernah tengok - dan apapun benar sekali, cantik menghijau!
Perjalanan ke Savannah mengharungi padang pasir menaiki motorsikal kapcai bertayar biasa sangat lucu dan mencabar juga ala-ala Rali Paris Dakar dengan tayar belakang yang asyik menghambur ke kiri ke kanan melewati pasir tebal - dan bagusnya tak terjatuh kami berdua, makasii pada tukang ojek!
Paling mencuri tumpuan fikiran untuk trip ke Savannah ini adalah kami dibawa setelah diminta ke lokasi penggambaran filem lakonan pertama makwe idaman yang sudah nikah, Dian Sastro berjudul 'Pasir Berbisik'. Sejak pertama kali menonton filem Pasir Berbisik aku memang telah bertekad ke sini suatu hari nanti dan akhirnya tiba jua walau hati dirundung kuciwa, haha.
Nasib baik trip ini semacam free & easy dan masa lebih lama untuk santai dan merenung diri melihat lautan pasir terbentang luas di hadapan mata berlatar belakangkan gunung-ganang, deruan pasir ditiup angin dan kehenginan suasana - memang menginspirasilah. Setelah lebih kurang 3 jam, kami ke Cemoro Lawang base terakhir sebelum masuk ke Taman Nasional ini untuk menikmati makan tengah hari dan sesudahnya tidur.
Bangkit lebih kurang jam 8 malam untuk menonton aksi Jepun melawan Paraguay sekali lagi di restoran Hotel Yoschi yang enak nasi gorengnya. Insya Allah Hotel Yoschi pilihan sesuai untuk aku bertahun madu nanti seandainya ada jodoh la, kalau tak cara lain la. Dua jam lebih menunggu menghasilkan kekecewaan apabila Para-para Guay lebih bernasib baik di perjudian sepakan penalti.
Balik bilik menonton siaran stesen tvone yang sedang mendiskusikan isu pornografi dengan terbuka dan hadirinnya di kalangan mahasiswa, jauh sekali dengan diskusi di stesen tv kita - nak-nak bicara siswa yang boleh menyebabkan mati pucuk tu.
Selesai diskusi di tv, aku terinspirasi untuk trekking ke lokasi Pasir Berbisik pagi2 hari dan lontaran idea ini disambut positif Vovin. Maka berangkatlah kami sekitar jam 2.45 pagi dari hotel menuju ke Cemoro Lawang yang melelahkan kerana treknya agak tinggi juga. Vovin semacam sudah penat dan aku penat juga walau masih maintain, haha sebelum diselamatkan oleh tukang ojek yang menawarkan servis menghantar ke atas dengan baki perjalanan lebih kurang 2km dengan trek meninggi. Tawaran ini disambut dengan tanpa berfikir lagi walau pada awalnya kami menolak untuk menaiki kuda, maaf pakcik ya! Kuda lambat, motor cepat.
Sampai di Cemoro Lawang, makan bakso jap sebelum memulakan perjalanan. Macam biasa menyewa jaket dan meninggalkan selimut tebal yang tiba2 menjadi leceh dan beban kerana cuaca tidak sedingin semalam. Dari Cemoro Lawang, trek menuruni bukit sebelum ditemukan dengan hamparan padang pasir yang diselimuti kabus tebal dan kaki melangkah lurus berkat latihan di 'alun-alun' mencari pasir berbisikku.
Jalan punya jalan macam tak ketemu juga lokasi tujuan dan pada satu tahap terasa semacam sudah jauh, mujur kami terjumpa satu hamparan padang pasir yang meninggi dan boleh tahan cantik dan aku berfikir yang ini pun ok dan bagus untuk lokasi tidur dan refleksi diri kami - bila kabus menghilang dicari lagi pasir dian itu.
Tidur di sini sangat mengasyikkan dan biarlah video yang dirakam Vovin yang berkata visual nanti. Tiada mimpi indah datang dan tiada bisikan2 cinta dari Dian atau gadis Bromo melainkan ketenangan, perghh poyo betul, haha.
Usai tidur dan tatkala kabus mula menghilang, kami berjalan ke hadapan lagi dan rupa-rupanya 'pasir dian' itu hanya di belakang kami, terima kasih Tuhan!
Tidur sebentar lagi sebelum dikejutkan dengan bunyi-bunyi enjin jeep yang mulai datang.
Hari 15: Selamat tinggal kota totok Jawa!
Aku bangun jam 6 pagi lebih sikit kerana harus berada di tempat menunggu van (minibas) sebaiknya jam 7 pagi.
Tidak lama kemudian teksi yang ditelefon Yoshi pun datang menjemput dan perpisahan pun terjadi - pastinya aku akan merindui kucing Yoshi dan anjing jirannya yang asyik melalak menghasilkan irama muzik. Ternyata kami sampai awal dan setelah menunggu sejam akhirnya van ke Bromo pun muncul tiba.
Bersama-sama penumpang lain yang semuanya backpackers manca (pelbagai) negara, perjalanan yang ditempuh akan memakan korban masa kira-kira 12 jam. Sepanjang perjalanan aksi mengelamun dan bernostalgia agak kurang kerana ketiduran yang asyik diselang seli dengan lagu-lagu pelbagai irama yang menghipnotis. Berhenti sejenak makan di restoran khas untuk angkutan umum ala-ala di Malaysia dan di mana pun - satu yang aku perhati di sini adalah penggunaan van secara massal untuk tujuan pengangkutan jarak dekat dan jarak jauh.
Jam sekitar 6.30 petang kami sampai di Probolinggo untuk menukar van ke Bromo yang akan mengambil masa sejam lagi. Setelah menempuh perjalanan terakhir ini kami pun sampai di Hotel Sion View dan suhu sejuk sangat mencengkam tulang-tulang aku yang syukur sudah disaluti banyak juga daging dan lemak. Terima kasih mamak!
Daftar masuk, letak barang dan menyelesaikan apa2 yang patut dengan ejen perjalanan bernama Rohim yang kuat semangat orang hitamnya (orang kita merujuk pada yang sawo matang dan coklat) sebelum menikmati makanan malam di restoran Hotel Yoschi di bawah seraya menonton aksi Piala Dunia Belanda melawan Slovakia.
Tidur yang indah kalau boleh senggama. Sayang sekali.
Hari 14 - Merempit Merapi
Menuju Merapi
Ahad - hari ke gereja bagi mereka yang beragama Kristian dan hari tidur untuk yang malas bangun tanpa mengira agama.
Hajatan awal mahu ke Gunung Merapi di pagi hari terpaksa ditangguhkan ke petang setelah hanya tidur ketika hari sudah nak siang gara-gara menulis dan berinternet. Bangun sekitar 1 tgh hari dan terus makan nasi padang bungkus yang dibeli Yoshi sebelum bersiap-siap untuk perjalanan panjang menaiki motorsikal ke 'Lava Tour' lokasi terakhir Gunung Merapi yang boleh diakses kenderaan.
Tantangan awal datang apabila tayar belakang aku rasakan kempis dan setelah dipam, tetap kembali mengempis perlahan-lahan dan akhirnya aku membuat keputusan untuk menukar tiub (disebut ban di sini). Di Indonesia, tiub masih boleh ditampal seperti mana di Malaysia dahulu kala sebelum ditiadakan perlahan-lahan oleh pasar yang dikawal 'kapitalis'.
Lega dengan ban yang sudah ditukar, perjalanan diteruskan dan seperti biasa aksi sesat tersesat pasti ada dan untuk tidak jauh dari lokasi tujuan yang digelar 'lava tour', aku menyebut arah lokasi rumah Mbah Marican yang juga jurukunci Merapi yang mistis sebagai rujukan setiap kali menanya arah. Setelah mengharungi sejam lebih perjalanan dan kegusaran tersesat, kami berjaya sampai ke lokasi lava tour yang masih tersisa kesan malapetaka letupan terakhir pada tahun 2006 (menewaskan 2 nyawa di bunker maut) sekitar jam 4.30 petang. Gunung Merapi tidak kelihatan kerana diliputi kabus tebal dan bagi mereka yang berminat untuk mendaki sehingga hampir ke puncak, trek khusus ada disediakan.
Gerai2 yang tertimbus
Sejam berlalu, kami menuruni Merapi dengan cuaca mulai gelap dan destinasi seterusnya dalah Universiti Negeri Yogyakarta (UNY). Aku ke UNY untuk menonton Frau, sang penyanyi dan pianis cewek independen di bawah Wowok yang sedang naik daun secara langsung sempena Konsert MedJazz yang turut menampilkan Glenn Fredly, Marcell dan Andien. Menarik sekali adalah fakta bahawa konsert ini dianjurkan oleh Fakulti Kedoktoran Universiti Islam Indonesia dan krew2nya hampir semua memakai tudung dan banyak juga di kalangan audien ceweknya yang memakai celana pendek sehingga menganggu juga konsentrasi aku, haha. Menarik diperhatikan di sini juga apabila banyak gig-gig dan konsert-konsert dibuat di dalam kawasan kampus dan ini dibenarkan dengan rasa gembira dan lebih megejutkan Metalfest yang berlangsung semalam dibenarkan anjur di kampus Atmajaya, wah memang kool! Bila agaknya univerisiti kita ya?
Pot banyak cewek mahasiswi
Frau dari kejauhan
Selesai Frau membuat persembahan, kami bergerak pulang kerana ada aksi bola sepak Piala Dunia Jerman menentang Inggeris yang lebih mengujakan dan faktor tambahan aku tidak mampu melayan pun lagu-lagu Glen dan rakannya. Kami bergegas ke warung instan semalam tetapi di sini sudah penuh dengan orang, lantas ke Elpueblo yang malangnya tidak menyiarkan dan akhirnya kami ke Jalan Parangpritis yang terdapat banyak kafe-kafe untuk mat saleh - akhirnya kami melayani aksi invasi Jerman ke atas Inggeris di Reggae Bar dengan cewek pelayan yang boleh tahan manis.
Wowok bergaya dengan buku Ayam
Alun-alun selatan mencuba nasib keberuntungan
Sesudah gembira dengan kekalahan bekas penjajah dan pelindung penjajahan bentuk baru Malaysia menerusi BN dan monarki, kami ke Ruang Mes 56 untuk bertemu Wowok berkenal-kenal dan merangka projek Frinjan seterusnya.
Ruang MES 56 is a non-profit institution established on February 28, 2002, which is active in the field of photography that emphasizes in the exploratory approach of contemporary photography, both in theory and practice, conceptually and contextually; having the purpose to develop the discourse of contemporary photography sphere in Indonesia.
Ruang MES 56 does several programs, which are Exhibition, Creative Exchange, Workshop, and Archiving. All of these programs are carried out by self-financing and with the support from several donors, either from non-profit institution or from commercial company. All of the programs aim to empower the pop-culture society in Indonesia.Hari 13 - Kejogjaan
Mural di mana-mana kota ini
Aku dikejutkan oleh sms dan panggilan yang tak dijawabnya sebelumnya dari Adzreen kerna masih asik ketiduran. Tanpa rasa mahu menipu sunat, aku membalas sms tersebut dengan teks, "Saya sedang siap2, baru bangun" dan dibalas dengan mesej yang seakan tidak memarahi, syukur Alhamdulillah.
Buku2 Resist
Setelah aku dan Vovin siap bersolek, kami terus melaju dengan motor rempit dari kadar kebiasaan Jogja untuk ke pejabat penerbit buku 'kiri', Resist Book yang terletak di Jalan Magelang, kira-kira 15 minit dengan motorsikal tanpa aksi superman. Aku menyukai buku-buku terbitan Resist Book yang walau agak propagandis tetapi kulit bukunya jelas bercitarasa unggul dan artistik, t-shirtnya juga - siapa bilang kalau kiri harus tidak berdisiplin dan cincai bancai? Menyorot kembali perkenalan dengan Resist Book bermula sewaktu aku bekerja di penerbitan alternatif Malaysia, Gerakbudaya, sebenarnya sebelumnya lagi cuma tidak secara rasmi 'industri buku'. Bung Indro dan Guntur juga sudah tidak bersama Resist dan sekarang dikepalai oleh orang lama Resist juga, Bung Eko.
Sesat sebentar sebelum bertanya orang2 di tepi jalan akan keberadaan lokasi Resist dan akhirnya menemui pejabat lama mereka sebelum Titih menyelamatkan kami, pejabat baru mereka terletak tak sampai 200 meter dari premis lama. Adzreen sudah di sana dan terlihat sedang menikmati minuman fanta. Sejam di sana bertukar-tukar cerita dan sempat terbeli satu buah buku yang bertajuk 'Karl Marx: Membongkar Akar Krisis Global' buat bacaan semasa dalam perjalanan2 panjang. Aku sebenarnya telah membuat keputusan ala-ala Najib Tun Razak 'flip flop' untuk tidak membeli buku, tetapi akhirnya akur dengan tuntutan nafsu yang memberontak melawan, ah sialan. Banyak juga judul-judul baru dan salah satu darinya sempat dilarang edar oleh pemerintah Indonesia yang aku lupa judulnya - insya allah akan aku pesan nanti melalui pos untuk diberi tidak percuma kepada anak2 muda dan mungkin tua Malaysia nantinya di acara-acara Frinjan dan kawan-kawan.
Sesudah itu, kami mencari pawagam XXI dengan niat menonton dua filem Indonesia terbaru, 'Not For Sale' dan 'Tanah Air Beta' sebelum dikecewakan dengan sifat anti-nasionalisme pemilik panggung yang memilih untuk hanya menayangkan filem-filem bukan Indonesia - mungkin kerana pawagam ini disasarkan kepada kelas menengah Jogja dan untuk filem-filem Indonesia harus ke pawagam XXI yang satu lagi di mal Ambarrukno yang lebih keIndonesiaan. Mujur di depannya ada kedai makan dan kami memilih untuk menikmati makanan siang dahulu berlaukkan ayam goreng, tahu yang tipikal Indonesia dan sayur-sayuran. Tambah mujur ada pula aksi langsung perlawanan separuh akhir badminton Terbuka Indonesia menemukan Datuk (yang Lim Guang Eng poyo2 kasi) Lee Chong Wei dan Bukan Datuk Sonny Dwi Kuncoro - maka terpaksa menahan diri untuk tidak kelihatan menyokng Chong Wei supaya tidak dibelasah. Tahniah Chong Wei kerana berjaya membalas dendam kekalahan minggu sebelumnya di Terbuka Singapura dan ingat musuh utama anda adalah Lin Dan, Lin Dan dan Lin Dan, Olimpik London 2012 tak lama lagi dah. Menang Olimpik 2012 insya allah akan dapat tun, Ibrahim Ali pasti akan murka nanti sebab Cina yang dapat.
Santapan dibersihkan, kami ke Toko Buku Togamas sebuah rangkaian kedai buku diskaun sederhana yang berjaya memberi saingan hebat kepada Toko Buku Gramedia dengan menawarkan diskaun 10-30 peratus sepanjang masa untuk semua judul yang dijual - sesuatu yang tidak dibenarkan di Malaysia sehingga kewujudan Book Xcess di Amcorp Mall yang menjual dengan harga tidak masuk akal sedang dicekal musuh-musuhnya terutama MPH. Sedang Vovin mencari2 buku, aku pekena teh hijau dulu sambil baring2 kepenatan di kafe yang terletak di sebelah sudut tepi dan setelah Vovin selesai membayar, aku terNajib Tun Razak juga apabila terbeli buku 'Soe Hok-Gie...sekali lagi: Buku, Pesta dan Cinta di Alam Bangsanya.
Selesai memungkiri janji, kami bergerak ke Taman Budaya Jogjakarta untuk ke Festival Kangen Jogja - satu perayaan seni budaya Jogja yang dikelolakan kelompok seniman-seniman dan rohnya sangat berbeza sedikit dengan Festival Kesenian Yogyakarta (FKY) yang berlangsung di gedung sebelah. Bertemu Termana dan anak-anak mahasiswa Amerikanya di sini dan kadang2 Adzreen dan kawan-kawannya. Sedang berlangsung pada waktu ini di KL adalah Urbanscapes 2010 dan jika dibanding dengan Festival Kangen, bahkan FKY sendiri aku merasakan perlu ada alternatif kepada Urbanscapes nanti dan Insya Allah akan diusahakan ke arah itu. Amat malang apabila suara2 seniman muda progresif berbahasa kebangsaan sering dipinggirkan dan meminggirkan - sudah sampai masanya untuk mereka2 ini lebih ke hadapan untuk mencorakkan seni budaya yang boleh dinikmati masyarakat terbanyak.
Ke Jogja kena jual buku, haih
Malam hari ini kota Jogja sangat meriah dengan kehadiran para pelancong domestik terutama anak2 sekolah yang berlibur panjang dan tidak lupa 5 acara seni budaya besar dan kecil yang berlangsung serentak - Klangenan Jogja, FKY dan Festival Kangen yang berlokasi dekat2 sahaja , Fiesta Suzuki di Alun-Alun Utara menampilkan SO7 dan Metalfest di kampus Atmajaya. Rencana awal ke Metalfest bertemu Wowok, pemilik Yesnowave ditunda esok dan kami membahagi masa seadilnya di antara 4 acara tersebut sebelum terhegeh-hegeh mencari kedai makan yang menayangkan perlawanan di antara Korea Selatan dan Uruguay. Berbeza dengan Jakarta dan Bandung, di Jogja amat sukar mencari kedai2 makan atau kafe yang menayangkan aksi perlawanan di skrin besar atau tv. Setelah berpusing-pusing kami terjumpa satu restoran yang ada tv dan ada aksi, dan sebab perut pun dah lapar kami makan di situ juga sebelum terpaksa beredar tatkala aksi babak kedua masih awal kerana sudah tamat waktu operasi.
Pusing-pusing lagi dan terjumpa satu kafe kecil khas untuk apa-apa yang instan semacam indo mee dan indo cafe, kedudukan menjadi seri dan semangat meluap-luap Asia untuk Asia aku semakin menyemarak sebelum terpaksa menerima realiti pahit kekalahan juga - tipikal Asia dalam bola sepak seperti mana tipikal melihat Denmark asyik tersungkur di Piala Thomas.
Kecewa juga, kemudian pulang.
Fakta trip 90 hari tanpa monarki
ayah kepada ibuku berasal dari Pacitan di Jawa Timur dan merupakan etnik Jawa dan ibuku dilahirkan di Kampung Pacitan di Port Dickson, Negeri Sembilan, malangnya aku tidak boleh berbicara Jawa akibat kemalasan mengaji Jawa, sekarang rasanya menyesal. Akibat Air Asia yang tidak muncul awal2 selepas kemerdekaan Malaya dan Indonesia, maka hubungan saudara mara ini terputus - sayang demokratisasi aviasi yang lewat tiba telah menyebabkan hubungan saudara 2 negara ini banyak yang terputus.
Hidup Melayu Raya!
No comments:
Post a Comment