16 Julai, Jumaat
Beijing
Kalau dahulu keretapi bertolak dari Beijing West, keretapi dari Baotau ini berhenti di Beijing Main yang strategis lokasinya kerana mempunyai stsen subway sendiri yang dihubungkan dengan semua jalur subway kota Beijing.
Teksi antrian panjang dan bas sesak, maka kerana itu kami menaiki subway ke stesen Qianmen dan kemudian berjalan kaki mengikut tunjuk arah seperti di dalam 'directions'yang dicetak terus dari laman web Hostelworld.com dan syukur jumpa dengan jayanya. Qianmen Hostel & Cafe ini jauh lebih strategik berbanding hostel pertama kami di Sanlitun yang agak jauh dengan Tiananmen dan sekitarnya serta harganya hampir sama dengan Sanlitun dan suasanya lebih sunyi dan harmoni berbanding Sanlitun yang seperti di bar yang penuh dengan mat rempit dan minah rempit minah salleh.
Oh bercerita tentang backpackers mat salleh ni memang menarik, banyak sisi boleh dilihat tabiat dan karakter mereka, ada cerah dan ada gelap. Ok gelapnya adalah banyak dari mereka berfikir bahawa tamadun mereka superior dan berperangai tanpa sedar seperti imperialis dan paling bodoh sekali, ada ke setelah jauh-jauh berjalan ke China sebagai contoh, sarapan pagi mereka adalah ala barat dan minuman mereka seringnya arak jenama barat, jauh sekali dari tanggapan ramai dari kita yang naif tentang mat/minah salleh miskin harta/pemikiran ini yang sering kali mengembara bukan kerana budaya melainkan kerana benua Asia adalah benua yang murah untuk mereka bercuti panjang dan berkelakuan terror budaya, lihat sahaja Bali dan Bangkok sebagai contoh. Maka sepengalaman aku mengembara dan bercampur dengan backpackers salleh-salleh ini, janganlah terlalu poyo-poyo nak mengendeng-ngendeng dengan mereka semata-mata mereka berkulit putih, kalau nak pun carilah yang ada kesedaran budaya sedikit yang malangnya spesis unik di kalangan mereka kerana majoriti dari mereka hanyalah ingin menginvasi budaya lokal dengan budaya mereka yang asing. Backpackers atau luxury traveller dari barat, dua dunia berbeza tetapi menataliti tetap sama. Selamat mencuba!
Destinasi pertama - Masjid Niu Jie untuk solat jumaat.
Setelah dua kali mencuba naik bas dengan meredah saja dan dua-duanya gagal ke destinasi tujuan, akhirnya kami berjalan kaki mencari masjid Niu Jie, masjid yang didirikan pertama kali pada 996 sebelum dibina semula dan diperbesar semasa pemerintahan Qing Emperor Kangxi (1622-1722).
Pengalaman solat jumaat di sini sangat menarik dengan muka-muka cina ala gangster bersembahyang bersama-sama muka-muka global dari seluruh pelusuk dunai. Kami sampai awal dan ceramah agama dalam Mandarin sedang berlangsung yang aku suspek penceramahnya adalah Ismail Kamus versi Beijing yang sedang memaki hamun Presiden Hu Jintao dan pemerintahan komunis nasionalis kapitalis samsingis China.
Selesai ceramah, khutbah pun disampaikan dan teks disediakan oleh Jabatan Agama Islam Beijing dengan memasukkan doa panjang umur untuk Sultan China, Tuanku Hu Jintao, kalau tidak rukun solat tidak cukup dan akan dicampakkan ke neraka nanti. Syukur tiada demonstrasi anti-Hu Jintao atau anti-Israel diadakan setelah solat, manakan tidak kalau nak berniaga kopiah dan makanan pun dihalau oleh polis atas sebab ketertiban, mujur geng-geng Yusuf Tayyub (penjual barang2 agama yang sepertinya wakil Tuhan dan di atas undang-undang) yang hobinya menerjah masuk mana-mana acara terutama ceramah tanpa meminta izin tidak ada di sini, kalau tidak polis China pun takut woo.
Selesai solat tibalah giliran menikmati makanan tengah hari dengan aneka hidangan lauk di restoran muslim berdekatan dengan pelayan yang boleh tahan comel, aduh apa nih semua nya comel, takpe aku akan tetap setia pada comel yang satu.
Destinasi kedua - Stadium Nasional atau saran burung
Siapa yang mengikuti Sukan Olimpik Beijing 2008 pasti tahu stadium yang dibina dengan rekaan sarang burung ini, bersambung.....
No comments:
Post a Comment