Friday, July 2, 2010
Hari 17: Selamat tinggal Bromo!
Mencari cinta kudus
Pemandangan di luar kamar
Padang pasir dari satu sisi
Tukang ojek yang kami sewa
Jam 5 pagi
Rabu, 30 Jun 2010
Aku meninggalkan Bromo dengan agak sayu dan rasa ingin kembali meluap-luap bersama yang disayang nanti, masih terngiang-ngiang puisi dari pasir yang suka berkata-kata dengan kerendahan vokal.
Hmm, sebenarnya hari ini secara teknikal bermula setelah kami berjaya mengharungi perjalanan memenatkan juga naik, turun, naik, jalan di padang pasir dan sampai semula di hotel. Kelaparan kami disajikan menu asas sarapan di hotel ini yang diberi percuma - roti dengan jem, 3 potong buah dan secawan kopi.
Siap-siap sebelum kami dijemput van yang akan membawa kami mengharungi perjalanan panjang sekali lagi ke kota Denpasar di Pulau Bali. Jam 10 pagi kami bertolak dan dengan pantas mata terpejam dan tahu-tahu sang pemandu sudah siap memarkir van di luar restoran - lokasi di Pasir Putih.
Menikmati nasi goreng spesial dan teh panas sebelum perjalanan diteruskan melewati pesisir pantai Jawa Timur dan 3 jam kemudian sampailah kami di Banyuwangi untuk menaiki feri menyeberang Selat Bali. Van kami selesai di sini dan di seberang akan menunggu van yang lain.
Menaiki feri ala-ala feri Pulau Pinang tatkala senja sudah semakin menghampiri bersama backpackers2 mat saleh lain dan orang lokal tentunya. Ditilik-tilik kalau di Malaysia pastinya kroni2 pemerintah sibuk memikirkan untuk membina projek jambatan menyeberang selat ini seterusnya meraih sebanyak mungkin laba atau harga mark up. Nah yang sedihnya di sini duit pun tarak untuk dibikin projek infrastruktur besar, apatah lagi nak mengaut keuntungan besar sebab keuntungan kecil sudah merakyat seperti kes penjaga pintu masuk Bromo. Di sisi lain korupsi ala Malaysia sering mempesonakan rakyat2 kerana projek2 banyak siap walau ada yang runtuh nanti - lantas mereka yang tidak tahu hak sampai ke liang lahad akan bersyukur ke hadrat Ilahi atas kurniannya.
Hampir sejam dengan kelajuan feri yang perlahan kami sampai di Gilimanuk di bahagian Pulau Bali dan melambai tangan kepada mat england jiran kami di van yang menuju ke pantai Lovina. Tiga jam lagi di dalam van dengan pundi air kencing yang semakin penuh melalui desa-desa kecil di sepanjang jalan ke Denpasar, pusat pemerintahan Pulau Bali.
Jam 10.30 malam kami sampai dan diturunkan di Ubung dan nasib baik restoran masakan padang berjarak tak sampai berapa langkah, maka makan malamlah dulu kami. Kemudian seperti di mana-mana teksi yang menunggu di luar terminal, kami dikenakan caj yang agak mahal mulanya dan selepas ditawar-tawar dapatlah sedikit saja murah - dasar Puduraya! Di Bali dialeknya agak berbeza dengan di luar pulau dan pastinya mereka ketahuan walau cuba ngomongin gaya Indonesia, hehe.
Setelah membayar 70,000 rupiah untuk jarak yang jika memakai meter hanya berkos 25,000, kami sampai di Taman 65 merangkap rumah Termana dan saudara maranya di Jalan WR Supratman. Taman 65 dengan angka 65 diambil bersempena tragedi tahun 1965 atau G30S yang memakan ribuan korban apabila penduduk2 Bali yang disyaki komunis atau simpatisan PKI dibunuh dengan kejam oleh orang Bali sendiri. Jadi siapa bilang orang Bali yang kuat ibadat itu tidak kejam? Nyata lagi jelas agama belum tentu boleh menghindari keganasan dan kekejaman.
Termana masih sibuk dengan urusannya, mujur ada adik Termana dan teman2 lingkungan sedang nongkrong di situ bersama Sharon, gadis asal Amerika yang sedang bertukar program di Bali yang aku ketemu sebentar di Jogja beberapa hari lalu. Jadi kami berjimba-jimba barang sejam dua di sini.
Pedoman hari 17:
"Ramai berfikir orang putih datang ke Bali kerana budayanya, tetapi silap sebab ramai yang datang hanya melepakkan diri di Kuta kerana harga beer yang murah dan mereka tidak peduli sama sekali dengan budaya lokal" - Adik Termana yang aku lupa namanya
Pasca pedoman:
itulah yang sering aku perhati, banyak backpackers2 mat saleh dan pastinya yang bukan backpackers juga tak ambil pusing tentang negara yang dikunjungi - tidak pernah cuba untuk belajar bahasa lokal dan memperlahankan bahasa inggeris mereka supaya mudah difahami - itu sebab juga aku tak ambil peduli sangat dengan mat2 saleh yang poyo
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment