20 Julai - Selasa dan masih di Beijing
Hoorayyyyyyyyyyyyyyyyy! Bisa bangun lambat! Capek sekali setiap hari harus bangun awal, haha
Beberapa kali aku terjaga kerana sudah terbiasa bangun pagi, tetapi syukur pada skil boleh tidur lebih masa tanpa pening yang dianugerahi pencipta, maka jam 11.30 pagi aku bangun dan ke bilik air dan makwe2 pun dah keluar.
Hari ini memang aku sudah dedikasikan untuk rehat dan rehat.
Cuma ada satu tujuan, mencari pejabat CITS, agensi pelancongan terbesar di China milik pemerintah yang katanya menyediakan khidmat jualan tiket feri Jinchon yang sangatlah anti-non Cina dan Korea sepertinya, laman web pun tidak ada di dalam Inggeris, memang menyusahkan.
Sampai di bangunan CITS yang mempunyai 11 tingkat, aku terus ke tingkat 11 kerana bahagian jualan di situ dan sedikit ragu-ragu aku masuk ke dalam yang jelas lebih kepada pejabat dan tiada kaunter jualan. Mujur ada seorang wanita dewasa yang MILF mungkin dan agak cantik juga serta boleh bercakap Inggeris ' a little bit' yang sudi menolong membuat tempahan yang akhirnya berlaku salah faham - tiket feri yang diminta menjadi tiket kapal terbang berkat 'a little bit'. Kemudian aku bercakap dengan seorang staf lelaki bahagian kapal yang fasih Inggerisnya dan dia memaklumkan CITS tidak menjual tiket feri sebaliknya hanya menjual tiket kapal cruise - mungkin CITS Tianjin ada menjual katanya setelah aku memberitahu maklumat tentang itu ada di kitab Lonely Planet China.
Hampa lagi.
Kaki menghayun ke arah Wangfujin untuk ke toko buku Inggeris. Berhenti beli roti untuk makan tengahari.
Di Wangfujin, baca kitab Lonely Planet Korea percuma di toko buku sebelum rehat makan sate ayam muslim di deretan gerai-gerai panjang berdekatan. Berbagai aneka juadah disediakan di sini, tinggal pilih dan yakin.
Kemudian melepakkan diri membaca akhbar Global Times dan buku panduan Beijing sambil melihat-lihat ribuan manusia mencari entah apa. Ironis sekali tatakala berada di daerah belanja sampai mati ini, aku terbaca artikel Utopian Dreams tentang Cao Zhanjing yang merasa romantis dengan zaman Mao yang elagitarian. Pada aku ada sisi pro dan kontra China zaman Mao dengan ekonomi terancang dan zaman ekonomi terbuka Deng Xiaoping dan sewaktu melintasi deretan kedai-kedai pameran kereta mewah, Bugatti, Ferrari dan segala macam lancau itu - aku merasakan Hu Jintao harus segera memberlakukan pengaagihan kekayaan lebih seimbang di anatar bandar dan luar bandar, pesisir pantai dan tanah daratan dan di antara wilayah. Jangan sampai rakyat China menjadi orang-orang Cina diaspora yang berjaya tetapi lemas karakternya.
Leka dan jam sudah menunjukkan 7.30 malam, aku bergerak pulang melewati Chongwenmen dengan hajat mengusha pejabat China Travel Services yang (CTS) aku bercadang datang esok hari. Dari Chaowengmennnnnnn menaiki subway ke Hepingman melewati Liulichang yang hampir semua toko-toko di lorong ini sudah ditutup.
Makan mi daging dan pulang ke kamar. Kasihan Nadia dan Liana sakit-sakit, aku tidak boleh berbuat apa sekadar memberi ubat paramex, ubatnya sakit kepala Indonesia.
No comments:
Post a Comment