11 Julai, Ahad
Hohhot, Inner Mongolia
Imejan cewek ala Mongol ini menganggu sistem visual imaginasi, tetapi berjaya dipadam apabila bisikan tidur lebih kuat tarikannya.
Jam 10 pagi tidur dan jam 12 tengah hari bangun untuk makan siang dan menu untuk kali ini; nasi dengan hidangan ayam ala-ala kari, kambing dan sayur-sayuran di restoran Muslim berdekatan dan yang paling sedap adalah teh cinanya yang sempurna rasa dan teksturnya menurut aku. Sebelumnya kami menempah trip 2 hari 1 malam ke Xilamuren Grasslands dan Kubuqi Desert.
Selesai santap kami menuju ke stesen keretapi untuk membeli tiket pulang ke Beijing dan berjaya setelah tidak perlu beratur panjang bersama orang-orang China kerana kami orang asing yang memerlukan perhatian, haha.
Aku dan Azizan pulang ke kamar tidur dan yang lain jalan-jalan. Rencana untuk bangun pagi menonton aksi final Piala Dunia di skrin gergasi berdekatan hotel juga dibatalkan kerana tidur lebih penting, tambahan pula aku bukannya orang Sepanyol dan Belanda pun untuk mengorbankan keperluan diri sendiri walaupun sukan bola sepak adalah diri aku juga - kalau Malaysia dan Selangor sanggup aku korbankan!
Pedoman kata hari 28:
"By joining the world's Top 500 list, foreign companies displayed their competitiveness; but Chinese companies entering the list only indicates their monopoly power" - Lang Xiaomin, economics professor at Beijing Technological and Business University, said about the Chinese media after they blindly cheered the jump in the number of Chinese enterprise on Top 500, as quoted by Economy and Nation Weekly Saturday.
No comments:
Post a Comment