Bali? Kalau mat/minah saleh ke sini kerana arak murah, kalau mat/minah malaysia ke sini kerana nak belanja - jadi apa kejadahnya budaya Bali dengan pelancongan? hah, inilah yang akan didiskusikan malam ini di Taman 65, bagaimana pelancongan dikomodotikan ke tahap ekstrem di Bali. Malangnya aku tak sempat hadir kerana sibuk menyiapkan kerja2 menulis yang tertangguh selama 3 hari kerana tiada bekalan internet di Bromo.
Kes pelancong asing atau 'teroris budaya' yang menjahanamkan Bali sangat menarik untuk disoroti dan tahun-tahun mendatang wacana ini akan menjadi semakin besar. Sebagai alternatif, aku dan Termana yang merupakan orang kuat Taman 65 akan mengusahakan 'Alternative Tourism' secara serius bermula di Bali tahun hadapan sebelum Insya Allah dikembangkan ke lokasi-lokasi lain - pelancongan massa sememangnya membosankan.
Rujuk artikel tentang ini di The Malaysian Insider yang aku tulis tahun lepas.
Banyak cerita di Bali yang menjengkelkan, tidak terkecuali Festival Literari Ubud yang mendewakan penulis luar dan menganaktiri penulis lokal dan harga tiket yang tidak terjangkau bagi masyarakat lokal - contoh klasik pemikiran binatang penjajah.
Hari ni tidak berbuat apa sangat, bangun menjelang jam 2 petang - makan siang di restoran masakan Jawa yang enak dan melayari internet selama 7 jam. Setelah itu kami dengan kapcai yang disewa per hari, 35000 rupiah singgah sebentar ke Taman 65, diskusi telah bubar dan yang tersisa sesi ramah mesra plus mabuk-mabuk arak Bali.
Ketemu Ratih di sini yang mabuk2 dan teman2 baru untuk 'faedah' trip Ramadhan nanti ke 'Lombok-Komodo-Nusa Tenggara Timur-Timor Leste'. Hmm, bercerita soal mabuk dan lepak, Bali dan seluruh wilayah di Indonesia tidak boleh dipisahkan kecuali Aceh yang lebuh kuat tradisi ngopi. Menarik sekali sebenarnya kerana di Malaysia rakyatnya berkemampuan lepak berjam-jam lamanya tanpa arak, cukup dengan beberapa gelas teh tarik atau nescafe tarik. Kalau mabuk jarang boleh deal apa-apa baik bisnes atau lain2, tetapi dengan teh tarik bisa membikin banyak perkara - itulah kelebihan di Malaysia barangkali.
Melepasi jam 12 tengah malam, lepak-lepak bubar untuk menghormati mereka2 yang sudah tidur. Maka aku dan Vovin kerana masih belum mengantuk merempit ke Kuta untuk melihat-lihat kelakuan sial 'teroris budaya' dan berkongsi2 cerita terakhir sebelum membawa haluan masing-masing besoknya.
Pelbagai perkara sempat dibincangkan dari soal budaya membaca, gerakan seni bebas dan awek pastinya. Setelah itu pulang ke hotel sebelum singgah menikmati Pop Mie di Mini Mart dan sampai ke rumah penginapan tatkala fajar sudah menyinsing.
No comments:
Post a Comment