10 Julai, Sabtu
Di sini aku ingin merakamkan ucapan takziah di atas buat Wak Jan di atas kehilangan kamera DSLR nya yang difahamkan bernilai ribuan ringgit setelah secara tidak sengaja ditinggalkan di dalam bakul di mini market malam sebelumnya dan hanya disedari pada pagi ini. Memang sedih, namun teknik mudah untuk menghadapi semua ini ialah dengan mengingati bahawa semua di dunia ini adalah pinjaman sementara dan tuan sebenar adalah Yang Maha Esa, dia yang lebih maha mengetahui.
Bangun seawal 7 pagi walaupun jelas ini adalah pelanggaran hak asasi manusia (HAM) demi untuk trip 'wajib Beijing' ke Great Wall yang ironisnya juga simbol pelanggaran hak asasi manusia maha hebat dan kekejaman manusia ke atas manusia. Bijak sekali manusia apabila produk pelanggaran HAM dijaja dan dijual sebagai tarikan pelancongan; bayangkan Kem Kamunting, Kem Simpang Renggam dan Plaza Masalam sebagai mercu pelancongan Perak, Johor dan Selangor, indah bukan? Oh apa yang pasti aku tidak akan melaporkan insiden terpaksa bangun awal ini ke Suhakam dan peguam jelita lagi garang, Puspawati Rosman boleh berehat buat sementara waktu.
The Great Wall
"He who has not climbed the Great Wall is not a true man" - Mao Zedong
Benarkah kata Pak Mao ni? mungkin separuh benar dan kebenaran yang jelas adalah kenyataan ini sangat patriakal dan penuh dengan sifat maskuliniti yang sangat old school. True man is bullshit! Sejarah Great Wall ini boleh dibaca dengan menaip di Google, pelbagai sumber disajikan.
Aku difahamkan buat masa ini hanya Great Wall di Badaling, Mutianyu, Juyongguan, Jinshanling dan Huanghua yang boleh dikunjungi pelancong dan dua yang pertama sangat popular manakala Simatai yang agak mencabar ditutup sementara atas sebab keselamatan. Aku tak kisah manapun sebab yang terpenting adalah apa yang boleh dipelajari dari susuk monumen ini dan bukannya susuk tubuh kita dengan latar belakang Great Wall dan dari walhasil musyawarah kami memilih Mutianyu.
Kami memilih untuk mengikuti pakej yang disediakan pihak hostel kerana menjimatkan waktu dan tenaga walaupun wang tidak sangat dijimatkan. Harga pakej untuk satu kepala adalah 260 yuan dan setelah menolak pakej makan pagi dan tengah hari, kos menurun menjadi 200 yuan.
8.30 pagi mini bas sampai dan perjalanan memakan masa hampir dua jam dan dihabisi dengan tidur sambil sekali sekala menikmati pemandangan sekeliling. Setibanya di lokasi hujan gerimis menyambut kami dan kabus sudah mulai menyelubung menandakan pemandangan gunung-ganang nanti pastinya tidak seperti gambar hiasan di dalam risalah pelancongan. Tidak mengeluh kerana ini semua kerja Tuhan dan pasti ada hikmah di sebalik, Takbir! Alllah Maha Besar!
Tipikal di tempat pelancongan, macam-macam ada dari peniaga yang sepaten perangainya dengan rakan mereka di Indonesia, kereta kabel yang memudahkan pendakian ke atas tetapi menyusahkan dompet dan juga slope downnnnnnnnnnn yang mengujakan kerana trek yang panjang tetapi malangnya tidak boleh beroperasi kerana hujan sudah turun. Kami menghabiskan masa selama 4 jam di Great Wall ini mendaki dan menuruni tangga-tangga yang boleh tahan curam dan melelahkan sambil menikmati pemandangan terhad tetapi tetap indah serta menangisi nasib pekerja-pekerja yang terkorban di dalam pembuatan projek kejam ini. Siapa punya gerangan idea ini? siapa lagi kalau bukan monarki.
Empat jam sudah berlalu tetapi hujan masih setia menemani, sebahagian dari kami membeli belah dengan harga buka yang melampau kejam dan sial, sesuatu yang aku tidak sanggup dan boleh lakukan kerana sifat kasihan terhadap manusia yang menebal. Aku sangat hairan dan kagum dengan manusia penjual yang boleh bermuka tebal dengan melakukan penipuan harga dan pemangsaan pelancong/pembeli dengan penuh keyakinan dan kebenaran, ah dasar manusia tamak memang begini. Sebelum menjadi mangsa aku, Azizan dan Wan memilih untuk menyantap mi segera jenamaaaaaaaaaa yang terkenal di China dan secawan kopi di sebuah gerai dan walaupun harganya sedikit mahal dari di luar sana, ia masih boleh diterima akal.
Dari Great Wall kami terus pulang ke hostel tanpa perlu dilencongkan ke perangkap pelancongan iaitu kedai cenderamata yang selalunya adalah pakatan di antara ejen dan pihak pekedai. Sebelumnya pemandu pelancong kami memberitakan bahawa tiket keretapi ke Hohhot untuk perjalanan malam ini nanti telah berjaya dibeli - tiket kelas berdiri selama 10 jam, huhu siksanya!
Sesampai di hostel sekitar jam 4.45 petang, angkat beg dan beli barang keperluan makanan sedikit sebelum menahan teksi untuk ke stesen keretapi Beijing West. Naik teksi di sini juga satu hal kalau tidak boleh berbahasa Mandarin atau destinasi tujuan tidak ditulis di dalam karakter Cina dan syukur berkat pengalaman trip sebelumnya ke Xi'an, aku meminta staf di hostel untuk menulis Beijing West di dalam karakter Cina.
Setibanya di Beijing West, kami yang terpisah kerana menaiki dua buah teksi dengan aku, Azizan, Wan dan Mariana di dalam satu teksi tidak berjumpa di antara satu sama lain setelah jejak teksi kumpulan pertama yang bergerak dahulu tidak dapat dikesan. Kami diturunkan di luar stesen dan terpaksa menapak sedikit sebelum sampai ke pintu masuk utama stesen yang saiznya sangat gah dan kemudian menunggu serta mencari-cari teman yang lain hampir sejam juga. Buntu memikirkan apa yang terjadi dan sedang memikirkan apa tindakan seterusnya, aku terdengar suara Jega meneriak nama aku dari bahagian atas stesen yang rupa-rupanya adalah pintu masuk utama dan hampir semua teksi menurunkan penumpang di sini, sialan betul sopir teksi aku. Fuhh lega! Aku meneriak kepada mereka yang turut buntu dan sedikit cemas terutama Nani, hehe untuk turun ke bawah kerana tiket ada pada aku. Ok tamat episod ini.
Makan malam: Makan ayam McD
Tren sampai tepat pada waktu kerana semua perjalanan harus mengikut jadual dan sedikit kelewatan akan menjejaskan perjalanan tren-tren lain yang berlambak-lambak. Insiden tolak menolak untuk masuk ke dalam koc keretapi memberi gambaran bahawa dengan segala kemodenan infrastruktur dan lain-lain, mentaliti masyarakat China masih di tahap dunia ketiga persis ala Malaysia Boleh kita. Setelah bergasak sana dan sini, skil yang harus dipelajari di China untuk kesinambungan hidup, kami berjaya untuk berdiri dan duduk di aisle berdekatan dan mencuri tumpuan penumpang di dalam koc kerana perbezaan warna kulit dan rupa wajah barangkali.
Siksaan pun bermula, ada yang diantara kami sudah berjaya curi-curi duduk di aisle yang sempit dan dipenuhi beg-beg kami dengan ketidakselesaan dan kekerapan ke hulu ke hilir para penumpang yang asyik ke tandas, isi air panas untuk minuman dan mi segera dan mungkin sekadar hobi untuk membikin leceh. Aku bertahan untuk berdiri selama 5 jam lebih diikuti Azizan 4 jam dan masa-masa siksa ini dihabisi dengan membaca dan mendengar mp3; Alhamdulillah habis juga membaca buku Jayzuan dan Karl Marx: Membongkar Akar Krisis Global serta majalah Tempo edisi 13 Julai.
Lenguh dan longlai akhirnya aku berjaya juga untuk duduk setelah menolak kaki Wan ke sana dan kaki Joni ke sudut lain, namanya membikin ruang. Sedar sedar sudah tertidur sebelum dibangunkan dengan kesibukan aktiviti mengambil air panas penumpang-penumpang yang ingin menikmati sarapan pagi mi segera dan teh cina serta yang tak sabar-sabar nak gosok gigi. Haih menggelabah betul diorang ni, haha, tetapi menarik macam-macam ragam sepanjang 10 jam perjalanan dan yang paling kelakar kegagalan seorang jejaka untuk mengorat awek di hadapannya yang sebetulnya aku tegur sebelumnya tetapi dek kerana masalah bahasa, perbualan berhenti setelah beberapa detik walaupun ada respon dengan senyuman, haha, Tahniah untuk cowok sebelah awek ini yang berjaya!
Sampai Hohhot yang sudah kelihatan banyak muka-muka Mongol dan ala Altantuya, misi seterusnya adalah mencari hotel dan setelah membuat tidak pot kepada seorang ejen yang asyik mengikut, kami berjaya mendapat 4 buah bilik untuk 8 orang di sebuah hotel bersebelahan Inner Mongolia Trade Center dengan harga satu kepala RM25 dengan kemudahan bilik setara 3 bintang. Aduih minah jaga kaunter boleh tahan manis dan belum sempat nak berkenal-kenalan datang dengan desupan cahaya seorang cewek anugerah Ilahi yang manis ala Mongol dan ala Najib Altantuyaa, fuhhhhhhhhhhhhhhhhhh!
pedoman kata hari 27:
"We're in danger of raising the first generation who could live sicker and die younger than the generation before them"
James Marks, Senior Vice President of the Robert Wood Johnson Foundation based in Princeton, New Jersey on results of a study of the institution that found that adult obesity rates rose in 28 U.S. states over the past year and that more than one third of children and teens are obese - Beijing Review, July 15
takziah utk WakJan dlm cerita ini. dunia hanya pinjaman semata, hanya Allah jualah yg kekal selamanya ...
ReplyDelete