Wednesday, September 15, 2010

Tanpa Monarki tamat

Kembara 90 hari tanpa monarki selesai sudah walaupun kurang 3 hari dari rencana awal. Sepulang dari Beijing, aku sempat curang seminggu di KL atas hal-hal yang tak dapat dielakkan sebelum bersambung ke Bali.

Rangkuman

H1-H7 = Jakarta
H8 = Bogor
H9- H11 = Bandung
H12 - H15 =Yogyakarta
H16 - H17 = Bromo
H18 - H19 = Bali
H20 = Jakarta
H21 - H22 = Bandung
H23 - H25 = Jakarta
H26 - H27 = Beijing
H28 = Hohhot, Inner Mongolia
H29 = Xilamuren Grassland, Inner Mongolia
H30 - H31 = Hohhot, Inner Mongolia
H32 - H42 = Beijing
H43 - H54 = Seoul
H55 - H57 = Beijing
H58 - H65 = MONARKI
H66- H87 = Bali

Tahun 2011 trip menanti

1- Februari, KL-Penang-Bangkok bersama Termana & Ika
2- Jun, Delhi-Kolkata-Dhaka gabungan bersama geng backpacker dan solo
3- Julai, Pulau Jawa bersama adik kandung dan suaminya
4- Julai/Ramadhan, Teheran Iran solo

Hari 87: Tamat

Rabu
8hb September

Tak jadi 90 hari sebab nak balik kampung, gara-gara menonton filem Aftershock di Beijing

Monday, September 6, 2010

Hari 85: DVD Filem Indonesia sebagai hadiah hari raya?

Entri ini ditujukan kepada sesiapa yang nak menjadikan DVD/VCD filem Indonesia sebagai hadiah untuk orang lain atau diri sendiri sempena lebaran nanti.

Oleh kerana esok, 7hb Oktober iaitu hari selasa malam terakhir aku di Bali dan tadi terjumpa akhirnya kedai yang menjual DVD filem asli Indonesia (di kebanyakan kedai hanya versi VCD sahaja yang dijual). Maka sesiapa yang nak memesan DVD2 di bawah dan tajuk-tajuk lain, CD dan buku, serta untuk mengetahui prosedurnya dan harga sila emel aku ke zulhabri@gmail.com atau mesej di Facebook.

DVD YANG BANYAK AKU NAMPAK TADI

Sang Pemimpi
Laskar Pelangi
Rumah Maida
Cinta
Jamila dan Sang Presiden
Menculik Miyabi (cerita macam sial, tapi untuk fanatik Miyabi beli ini untuk koleksi sepanjang hayat)
Under The Tree (VCD)
Generasi Biru (VCD) untuk fanatik Slank
Alangkah Lucunya Negeri Ini
Menebus Impian. filem pasal MLM, tapi lakonan Acha mantap :) (sbb dia Acha kot, hehe)
Ketika Cinta Bertasbih
Mereka Bilang Saya Monyet
Perempuan Berkalung Serban
dan citer2 hantu yang berlambak

BUKU ANDREA HIRATA BARU PUN ADA



Buku untuk pemula













PESANAN DITUTUP JAM 5 PETANG ESOK, 7 OKTOBER

SYARAT DAN KETENTUAN BERLAKU (BUKU MUNGKIN BERGANTUNG PADA KEADAAN SEBAB AKAN MEMBERATKAN BAGASI SETERUSNYA MENGKAYAKAN AIR ASIA)

SESIAPA YANG PERNAH MEMESAN DAN SUDAH MEMBAYAR SEBELUM NI BAIK DVD ATAU APA SEKALIPUN DAN MASIH BELUM MENERIMA, SILA EMEL AKU SEKALI LAGI UNTUK MENGETAHUI STATUS


Ok, terima kasih.

+6281389486919

Hari 84: Nyama Selam, Hindu & Kristen ke Denpasar

5 September 2010
Denpasar, Bali





Seperti hari-hari sebelumnya, aku bangkit sekitar jam 3 sore berlatarbelakangkan suara penyampai berita cun TV One yang aku buka sepanjang waktu tidur, agar kembar Dina dan Dita Faisal hadir ke dalam mimpi indah bersamaku, hehe.

Kamar agak bersepah dengan surat khabar yang aku hadam malam tadi sehingga ngantuk berselerakan di dalam kamar. Bangun lewat menyebabkan gadis sunti alias pekerja di Nusa Indah (villa tempat aku tinggal selama di Bali), Eloh asal Karengasam yang imut juga tidak membersih dan mengemas bilik yang sering dia lakukan awal pagi. Aku sering bilang kalau pendingin hawa masih hidup dan kedengaran dari luar, itu maknanya aku masih tidur jadi tidak perlu penat2 mengerah kudrat, santai aja..kasihan kamu umur 18 tahun udah kerja.

Mandi siap, minum kopi siap, nonton tv one siap, aku ke warnet.

Jam 6 segitu, Termana dan Ika datang ke warnet untuk sama-sama ke Denpasar mencari sesuatu. Denpasar dan Pulau Bali sejak sebulan ini banyak kejadian keganasan sesama warga dan ini sempat mengkhawatirkan pemerintah kota Bali yang dibimbangi akan menjejaskan kedatangan pelancong seterusnya wang rupiah. Aku tidak hairan tentang hal ini kerana sudah diberitahu agak lama oleh Termana tentang rekod keganasan penduduk Bali sesama seperti yang terjadi di dalam persitiwa tragis G30S 1965. Mujur sepanjang keluar malam di Denpasar dan Sanur aku tidak pernah diganggu geng motor (mat rempit Indonesia) atau penjahat manapun, terima kasih Tuhan!

Kami ke kedai DVD dan toko buku Gramedia, dapatlah DVD Menculik Miyabi untuk teman di Malaysia yang mengirim dan buku Andrea Hirata yang juga orang kirim, aku malas dah nak beli apa-apa, terlampau banyak dah dan tak terbaca dan nonton. Sebelumnya sempat makan dahulu di salah satu food court di mal lama di Bali yang menyajikan pelbagai menu; aku hadam ayam presto dan ikan bakar ala manado, kena makan dua kali sebab porsinya aduhai sangat tak Malaysia, haha.

Hajat untuk karaoke lagu Geisha dan D'Massive, hehe tidak kesampaian kerana tarif untuk jam puncak agak mahal, maka kami melepakkan diri di warung yang dibilang popular untuk anak2 kota di hadapan pusat karaoke tadi. Menu pelbagai dan kelihatan menggiurkan, manakan tidak indo mee yang payah didapati di pinggir jalan Bali tidak seperti di kota2 lain Indonesia ada di sini dari indomee telur ke keju hingga ke kornet. Hanya kerna aku masih kekenyangan, teh halia sahaja menjadi pilihan pesanan aku. Kekurangan tempat lepak nyaman di Denpasar membulatkan tekad aku untuk membikinnya nanti di sini, Amin!

Oke selesai lepak pulang ke kamar dan rutintas harian berlanjutan.

Pedoman kata Hari 84:

Maka, jangan heran, bila selama Ramadhan para pejabat kita tampak santun dengan baju muslimnya, terlihat lebih sering datang ke masjid, apalagi bila disorot kamera televisi. Tetapi, semua ”atribut kemusliman” itu tentu saja tak mengubah apa-apa. Karena itu, korupsi terus dilakukan secara santun dan berjamaah - Agus Noor Prosais, Cerpenis, Sutradara

Monday, August 16, 2010

Hari 65: Dirgahayu ke-65 Republik Indonesia dari Malaysia!

17 Ogos 2010
Bali





Indonesia tanah airku
Tanah tumpah darahku
Disanalah aku berdiri
Jadi pandu ibuku

Indonesia kebangsaanku
Bangsa dan Tanah Airku
Marilah kita berseru
Indonesia bersatu

Hiduplah tanahku
Hiduplah negriku
Bangsaku Rakyatku semuanya
Bangunlah jiwanya
Bangunlah badannya
Untuk Indonesia Raya

Indonesia Raya
Merdeka Merdeka
Tanahku negriku yang kucinta

Indonesia Raya
Merdeka Merdeka
Hiduplah Indonesia Raya

Hari 64: Bali ketiduran

-tidur seharian dan berbuka seadanya dengan kopi dan mi segera
-menonton tv dan ada diskusi kontroversi terkait insiden penahanan tiga pegawai Satuan Kerja Pengawas Sumber Daya Kelautan dan Perikanan Batam oeh polis Malaysia

Saturday, August 14, 2010

Hari 62: LAGU KEBESARAN NEGERI PERAK

Dilanjutkan Allah usianya Sultan
Adil dan murah memerintah watan
Ditaati rakyat kiri dan kanan
Iman yang saleh Allah kurniakan
Allah berkati Perak Darul Ridzuan
Allah selamatkan Negeri dan Sultan

Sunday, August 8, 2010

Hari 57: Duli Yang Maha Mulia

Selangor

LAGU NEGERI SELANGOR

Duli Yang Maha Mulia,
Selamat diatas taktha,

Allah lanjutkan usia Tuanku
Rakyat mohon restu,
Bawah duli Tuanku,

Bahagia selama-lamanya
Aman dan sentosa
Duli Yang Maha Mulia.

Hari 56: Negaraku

Negaraku
Tanah tumpahnya darahku,
Rakyat hidup
bersatu dan maju,


Rahmat bahagia
Tuhan kurniakan,

Raja kita
selamat bertakhta

Rahmat bahagia
Tuhan kurniakan.

Raja kita
selamat bertakhta

Monday, August 2, 2010

Hari 50: K-Indie ke KL?


Seoul Fringe Fest

2 Ogos 2010

kota Sondambi


Bangun sekitar jam 1 tgh, tak lewat sebab hanya tidur jam 6 pagi lebih, ngam-ngam 6 jam. Dalam keamaian terlihat 3 gadis kurus cantik, sangkaan awal mimpi rupanya awek benaran, segera bangun dan buat-buat segar dan melontar kata, hai dan morning.

Mandi dalam keadaan penuh motivasi untuk segera ke kamar konon-konon nak berborak, malangnya 'a very little bit' inggeris mereka membantutkan progres perkenalan dan perkongsian cerita. Kemudian taip di tembok facebook Vovin bertanya khabar sudah bangun ke belum sambil2 beraktiviti facebook sambil melayan lagu Sondambi, Can't u see uang sudah aku layan ulang berpuluh-puuh kali dalam masa sehari lebih. Sambil-sambil tu menikmati sarapan dan makan siang, egg & cheese bagel with hash brown, 4000 won bertukar tangan.

Hampir jam 4 petang, Vovin tiba dan sesegeranya kami ke kantor anak2 Seoul Fringe Network yang tidak jauh dari rumah tumpangan aku. Walaupun dekat, tapi dek kerana mengejar masa kami naik teksi yang gagalnya tersasar sedikit sebelum si sopir menekan nombor lot yang tertulis di coretan kertas aku di skrin sistem GPS, awal-awal tak nak tekan dan tak semena-mena kos meningkat 1000 won.

Seoul Fringe Network merupakan penganjur Seoul Fringe Fest yang sudah berlangsung sejak 1998 di kawasan Hongdae dan edisi 2010 akan bermula 12 ogos ini dan malangnya aku sudah pulang tatkala itu. Aku akan menulis lebih panjang tentang scene independen dan frinjan di Korea di kolum The Malaysian Insider kelak

Bertemu dengan 3 cewek; Sung A sang pengerusi dan 2 staf kuat edisi 2010 Goim dan Sung Hyung bertukar-tukar cerita, info dan situasi di negara masing-masing dan insya allah usaha sedang dirangka untuk tahun 2011 sebuah acara frinjan/alternatif bersaiz skala agak besar dari Pekan Frinjan yang ada sekarang sama ada di KL atau Shah Alam. Pelan lain yang sedang difikirkan dan mungkin lebih senang mendapat biaya pihak berkaitan adalah Korean Indie Festival @ KL, sebuah pertunjukan seni budaya sisi lain Korea dan pastinya tiada artis K-pop di sini baik Sondambi yang aku suka mahupun Wondergirls.

Universiti Hongik membekalkan kemeriahan dan sumber pelanggan kool dan hip di Hongdae yang penuh dengan bar, pub, kafe, restoran, galeri, pusat sehenti seni dan macam-macam dan aku yakin UiTM Shah Alam boleh melakukan hal yang sama di seksyen 7 - bezanya sekarang di Hongdae budayanya berteraskan minum dan dansa dan versi kita yang paling cocok adalah minum teh tarik di mamak sambil berakustika, berflea market dan seumpama - insya allah akan diperpanjang ke MBSA dan pihak berkaitan kelak.

Jam 6 kami bergerak bubar setelah dua jam pertemuan ramah berselang seli jenaka dek kerana komunikasi yang ala-ala lucu dan yapedu (comel) kerana bahasa inggeris yang 'a little bit'. Destinasi tujuan seterusnya KFC untuk makan siang dan seperti biasa, 2 ketul ayam dan coca cola, 5000 won aku serahkan pada makwe kasir.


Menara Seoul



Kenyang setelah yakin halal, kami ke Namsan, gunung/bukit di tengah kota Seoul dengan Menara Seoul melangit tinggi di puncaknya untuk menikmati pemandangan malam. Macam biasa tempat pelancongan ramai manusia dan Namsan telah dipilih sebagai tempat paling best oleh penduduk asing di Seoul baru-baru ini - ya aku pun setuju, sesuai untuk riadah dan merehatkan minda dari Dr. Fadzillah Kamsah.

Kemudian turun dan kami ke Myeong-dong, daerah belanja lagi yang banyak terdapatnya gerai-gerai menjual cenderahati untuk mereka yang mengidolakan Super Junior dan spesis sesamanya. Aku cari juga poster/foto Sondambi, Jun Ji Hyun, Song Hye Gyo, Jang Nara, Ha Ji Won, Lee Jung Hyun dan Son Ye Jin, hmm malangnya takde dan nampak gaya lagi senang cari di Jalan Petaling.








di luar subway Hongdae, penuh cewek cowok

Perut kembali lapar dan kami singgah makan di gerai lorong belakang- menu ayam masak apa ntah dan sup apa tah dan kos semua 15000 won plus kepala mereng-mereng. Oh ini malam akhir, sampai di stesen Hongik, kami duduk lepak lagi di luar famili mart menikmati malam-malam Hongdae yang akan dirindui kelak.

Pedoman kata hari 50:

Earlier this week, a court acquitted liberal Gyeonggi’s top educator Kim Sang-gon of charges that he neglected his duty by not following the education ministry’s order to punish teachers who issued an anti-government statement.

The ruling is expected to give progressive education superintendents fresh impetus to push their liberal policies, including the establishment of a student rights ordinance that will ban corporal punishment and lift restrictions on hair length and allow more freedom of style, among other things.


:

They also plan to eliminate programs they think are designed to boost unnecessary competition. After-school supplementary classes will no longer be compulsory.

Also, students will be free from restrictions regarding the possession and use of mobile phones in school, and they are allowed to pick and choose religious classes. Kim, who is in his second term, proposed the ordinance last March but it was halted at the provincial council, which was dominated by conservative members at that time.


Student rights vs. teachers' authority

Hari 49: Perang seni perang seni


Korea Utara nun di sana






Tren ke Pyeongyang, suatu masa nanti mudah-mudahan


foto2 di pameran On the Line










Nanta, teater masakan




jalan duta korea dulu2


Uni. Hongik, pot kreatif


flea market di Hongdae Park

Saturday, July 31, 2010