Wednesday, September 15, 2010

Tanpa Monarki tamat

Kembara 90 hari tanpa monarki selesai sudah walaupun kurang 3 hari dari rencana awal. Sepulang dari Beijing, aku sempat curang seminggu di KL atas hal-hal yang tak dapat dielakkan sebelum bersambung ke Bali.

Rangkuman

H1-H7 = Jakarta
H8 = Bogor
H9- H11 = Bandung
H12 - H15 =Yogyakarta
H16 - H17 = Bromo
H18 - H19 = Bali
H20 = Jakarta
H21 - H22 = Bandung
H23 - H25 = Jakarta
H26 - H27 = Beijing
H28 = Hohhot, Inner Mongolia
H29 = Xilamuren Grassland, Inner Mongolia
H30 - H31 = Hohhot, Inner Mongolia
H32 - H42 = Beijing
H43 - H54 = Seoul
H55 - H57 = Beijing
H58 - H65 = MONARKI
H66- H87 = Bali

Tahun 2011 trip menanti

1- Februari, KL-Penang-Bangkok bersama Termana & Ika
2- Jun, Delhi-Kolkata-Dhaka gabungan bersama geng backpacker dan solo
3- Julai, Pulau Jawa bersama adik kandung dan suaminya
4- Julai/Ramadhan, Teheran Iran solo

Hari 87: Tamat

Rabu
8hb September

Tak jadi 90 hari sebab nak balik kampung, gara-gara menonton filem Aftershock di Beijing

Monday, September 6, 2010

Hari 85: DVD Filem Indonesia sebagai hadiah hari raya?

Entri ini ditujukan kepada sesiapa yang nak menjadikan DVD/VCD filem Indonesia sebagai hadiah untuk orang lain atau diri sendiri sempena lebaran nanti.

Oleh kerana esok, 7hb Oktober iaitu hari selasa malam terakhir aku di Bali dan tadi terjumpa akhirnya kedai yang menjual DVD filem asli Indonesia (di kebanyakan kedai hanya versi VCD sahaja yang dijual). Maka sesiapa yang nak memesan DVD2 di bawah dan tajuk-tajuk lain, CD dan buku, serta untuk mengetahui prosedurnya dan harga sila emel aku ke zulhabri@gmail.com atau mesej di Facebook.

DVD YANG BANYAK AKU NAMPAK TADI

Sang Pemimpi
Laskar Pelangi
Rumah Maida
Cinta
Jamila dan Sang Presiden
Menculik Miyabi (cerita macam sial, tapi untuk fanatik Miyabi beli ini untuk koleksi sepanjang hayat)
Under The Tree (VCD)
Generasi Biru (VCD) untuk fanatik Slank
Alangkah Lucunya Negeri Ini
Menebus Impian. filem pasal MLM, tapi lakonan Acha mantap :) (sbb dia Acha kot, hehe)
Ketika Cinta Bertasbih
Mereka Bilang Saya Monyet
Perempuan Berkalung Serban
dan citer2 hantu yang berlambak

BUKU ANDREA HIRATA BARU PUN ADA



Buku untuk pemula













PESANAN DITUTUP JAM 5 PETANG ESOK, 7 OKTOBER

SYARAT DAN KETENTUAN BERLAKU (BUKU MUNGKIN BERGANTUNG PADA KEADAAN SEBAB AKAN MEMBERATKAN BAGASI SETERUSNYA MENGKAYAKAN AIR ASIA)

SESIAPA YANG PERNAH MEMESAN DAN SUDAH MEMBAYAR SEBELUM NI BAIK DVD ATAU APA SEKALIPUN DAN MASIH BELUM MENERIMA, SILA EMEL AKU SEKALI LAGI UNTUK MENGETAHUI STATUS


Ok, terima kasih.

+6281389486919

Hari 84: Nyama Selam, Hindu & Kristen ke Denpasar

5 September 2010
Denpasar, Bali





Seperti hari-hari sebelumnya, aku bangkit sekitar jam 3 sore berlatarbelakangkan suara penyampai berita cun TV One yang aku buka sepanjang waktu tidur, agar kembar Dina dan Dita Faisal hadir ke dalam mimpi indah bersamaku, hehe.

Kamar agak bersepah dengan surat khabar yang aku hadam malam tadi sehingga ngantuk berselerakan di dalam kamar. Bangun lewat menyebabkan gadis sunti alias pekerja di Nusa Indah (villa tempat aku tinggal selama di Bali), Eloh asal Karengasam yang imut juga tidak membersih dan mengemas bilik yang sering dia lakukan awal pagi. Aku sering bilang kalau pendingin hawa masih hidup dan kedengaran dari luar, itu maknanya aku masih tidur jadi tidak perlu penat2 mengerah kudrat, santai aja..kasihan kamu umur 18 tahun udah kerja.

Mandi siap, minum kopi siap, nonton tv one siap, aku ke warnet.

Jam 6 segitu, Termana dan Ika datang ke warnet untuk sama-sama ke Denpasar mencari sesuatu. Denpasar dan Pulau Bali sejak sebulan ini banyak kejadian keganasan sesama warga dan ini sempat mengkhawatirkan pemerintah kota Bali yang dibimbangi akan menjejaskan kedatangan pelancong seterusnya wang rupiah. Aku tidak hairan tentang hal ini kerana sudah diberitahu agak lama oleh Termana tentang rekod keganasan penduduk Bali sesama seperti yang terjadi di dalam persitiwa tragis G30S 1965. Mujur sepanjang keluar malam di Denpasar dan Sanur aku tidak pernah diganggu geng motor (mat rempit Indonesia) atau penjahat manapun, terima kasih Tuhan!

Kami ke kedai DVD dan toko buku Gramedia, dapatlah DVD Menculik Miyabi untuk teman di Malaysia yang mengirim dan buku Andrea Hirata yang juga orang kirim, aku malas dah nak beli apa-apa, terlampau banyak dah dan tak terbaca dan nonton. Sebelumnya sempat makan dahulu di salah satu food court di mal lama di Bali yang menyajikan pelbagai menu; aku hadam ayam presto dan ikan bakar ala manado, kena makan dua kali sebab porsinya aduhai sangat tak Malaysia, haha.

Hajat untuk karaoke lagu Geisha dan D'Massive, hehe tidak kesampaian kerana tarif untuk jam puncak agak mahal, maka kami melepakkan diri di warung yang dibilang popular untuk anak2 kota di hadapan pusat karaoke tadi. Menu pelbagai dan kelihatan menggiurkan, manakan tidak indo mee yang payah didapati di pinggir jalan Bali tidak seperti di kota2 lain Indonesia ada di sini dari indomee telur ke keju hingga ke kornet. Hanya kerna aku masih kekenyangan, teh halia sahaja menjadi pilihan pesanan aku. Kekurangan tempat lepak nyaman di Denpasar membulatkan tekad aku untuk membikinnya nanti di sini, Amin!

Oke selesai lepak pulang ke kamar dan rutintas harian berlanjutan.

Pedoman kata Hari 84:

Maka, jangan heran, bila selama Ramadhan para pejabat kita tampak santun dengan baju muslimnya, terlihat lebih sering datang ke masjid, apalagi bila disorot kamera televisi. Tetapi, semua ”atribut kemusliman” itu tentu saja tak mengubah apa-apa. Karena itu, korupsi terus dilakukan secara santun dan berjamaah - Agus Noor Prosais, Cerpenis, Sutradara