3 Julai 2010
Sabtu
Jakarta dan Bandung
Menghampiri waktu daftar keluar jam 12 tgh hari aku bangunkan diri dari lena. Siap semuanya aku menumpang letak beg di kaunter hotel untuk ke warnet sementara menanti Tyaz, teman cewek yang hiper aktif dan mandiri.
Menelefon 'travel' ke Bandung membuat pesanan trip jam 2.30 petang dan kemudian menerima panggilan dari Tyaz mengatakan akan sedikit lewat yang disambut gembira kerana boleh melangsaikan beberapa kerja di warnet.
Tyaz ni aku kenal dari teman kepada teman yang berlingkar-lingkar lingkarannya dan memang sangat berguna untuk kepentingan jaringan dan bukan jaringan, Oleh kerana dia ini seorang penyanyi juga, mc dan presenter professional, maka senanglah mendapat kontak2 selebriti dan band2 papan atas Indonesia.
Jam 1 tgh hari dia sampai di pot lepak kami, KL Village yang teh tariknya boleh bersaing hebat jugaklah kalau diletak di KL dan kerana kesuntukan masa untuk berbincang pelbagai perkara, aku tangguhkan trip ke Bandung ke jam 4.30 petang.
4.45 petang - van 'travel' Cititrans bergerak meninggalkan Jakarta ke kota Bandung dan tiba ke destinasi 3 jam setengah kemudian, lewat sejam kerana ramai orang Jakarta berpusu-pusu ke Bandung.
Takde aktiviti sangat hari ni walau mulanya nak ke gig bertemu Irfan, orang aktif Bandung dalam musik independen generasi awal 20an dengan cewek2 Bandungnya yang bikin pusing kepala. Nasib baik hujan lebat dan terasa malas nak naik motor meredah hujan dan kedinginan, lainlah kalau ada yang menanti malamnya di ranjang - baru boleh rajin.
Alternatifnya, aku ke warnet di Dipatiukur sambil menonton aksi Maradona dibelasah Hitler.
No comments:
Post a Comment