21 Julai - Rabu, ibu kota China
Bangun tidur, tidur lagi, bangun lagi, tidur lagi, bangunnnnnnnnnnnn tidur lagi..hahaha, lagunya arwah Mbah Surip memang kena tepat dengan perangai bangun tidur lagi aku ni. Rasa ada macam kebebasan kewangan bak kata Azizi Ali, ptuihhhhhhhhhh..hahaha, perangai ala-ala Jiang Zemin yang berfalsafah untuk kaya cepat ni harus ditonjol jauh-jauh kerana yang bersalah bukan wang tetapi peribadi mengejar wang itu. Maka tidak hairanlah ramai yang sudah mulai letih dengan perangai ekstremis wang, tak percaya tanya lelaki hebat yang membuat aksi demo di Yunnan, sebuah wilayah miskin di selatan China.
Hari ni macam semalam tiada agenda khusus walaupun dalam senarai perkara banyak yang hendak dilakukan dan oleh kerana nama pun hendak - boleh jadi nak atau tak nak bergantung pada mood dan macam-macam, senang kata fleksibel.
11.30 pagi bangun dan siap-siap sebelum melayari internet percuma di kamar sejam dua, perasaan malas untuk keluar menyelinap di dalam diri ditambah pula dengan cuaca mega panas yang mulai melanda Beijing.
Setelah malas hilang, aku menyantap hidangan tengah hari terlebih dahulu di pot biasa restoran cina muslim ada arak yang berjarak tak sampai 100 meter. Menu daging lembu masak kicap gila manis untuk porsi 2-3 orang tetapi aku makan solo bertemankan air coca cola yang anehnya menjadi konsumsi regular aku di China. Sesudah makan aku menetapkan fokus untuk ke CTS dan sebuah ejen pelancongan di Hotel Gloria Plaza mencari dan terus mencari tiket feri ke Seoul. Sebelumnya aku telah meminta pertolongan staf di kaunter resepsi hostel untuk membuat panggilan terus ke Jinchon Ferry dengan mendail nombor yang tertera di laman web mereka dan juga kitab suci Lonely Planet, malangnya dan lahanatnya nombor itu tidak wujud - apa kejadahnya Jinchon Ferry ni. Sebagai alternatif lain, staf ini menelefon ejen yang dikenal dan dari perbualan ia menjanjikan sessuatu yang positif dan setelah disuruh emel, jawapan balas sesudah makan siang yang diterima adalah tiket feri sudah penuh dan aku dinasihatkan untuk sama ada mencuba nasib dengan datang terus ke terminal pada hari keberangkatan atau membeli tiket pesawat dengan harga istimewa dari si Billy ni - hmmm, macam perangkap untuk suruh aku beli tiket pesawat je.
Ok, sesampai CTS di Chaowengmen, staf kaunter kata takde jual tiket feri dan kemudian ke Hotel Gloria Plaza di Jianguomen, hotelnya sedang dalam ubah suai, huhu. Ok ok, sabar kerana assabru minal iman.
Naik lagi subway dan kali ini destinasi tujuan Stadium Nasional atau sarang burung yang aku lawati beberapa hari lepas bersama kawan2 tetapi tidak sempat masuk ke dalam kerana waktu operasi sudah tamat, kebenarannya kalau belum tamat pun takkan masuk sebab kedekut duit, ada ke dia caj 50 yuan untuk masuk dalam untuk lawat-lawat kosong.
Hari ni kalau masuk berbayar pun berbaloi gak kerana ada aksi persahabatan amal di antara Birmingham City dan Beijing Guo'an dan tiket paling murah adalah 100 yuan dan aku belum ada tiket pun, redah je dengan anggapan pasti ada ulat. Di dalam subway menuju stadium sudah kelihatan penyokong tegar Beijing Guo'an dengan jersi hijau berjenama Nike di mana-mana dan mat-mat saleh suspek orang England yang lembik layu terkulai di Afrika Selatan.
Telahan aku betul kerana ulat tiket di mana-mana dan aku cuba terlebih dahulu mencari kaunter dan tidak jumpa sebaliknya terbeli tiket dengan ulat yang menawarkan tiket berharga 380 yuan dengan harga serendah 100 yuan, tanpa mahu negosiasi lagi aku beli je setelah berkali-kali diyakinkan bahawa tiket yang dijual adalah asli. Terus aku masuk stadium dan gah sungguh stadium ini persis Stadium Nasional kita di Bukit Jalil, minus kita punya bukan sarang burung tetapi sarang Jom Heboh - bumbung stadium sudah kotor dan beberapa bahagian dalaman stadium sudah mulai nampak usang seperti trek olahraga dan padang yang sekelas Stadium Shah Alam dari pandangan luar. Pengalaman masuk ke banyak stadium di belahan dunia manapun membuatkan aku boleh mengagak seperti apa berada di dalam stadium dan setelah beberapa minit, perasaan teruja menjadi biasa dan seperti di mana-mana negara bukan Eropah dan Amerika, sering stadium yang dibina untuk temasya tertentu akan menjadi kusam dan kurang terurus - kita tunggu dan lihat Afrika Selatan nanti bagaimana.
Anggaran 50,000 yang hadir dan majoriti menyokong Beijng Guo'an dan ramai yang memboo Birmingham seandainya ada aksi yang tidak senonoh terhadap pemain Beijing, satu sikap yang baik dan perlu dipuji - untuk apalah nak poyo-poyo sokong kelab luar negara yang tak berakar langsung di luar negaranya selain akar kapitalis dan kolonialisme. Perlawanan tidaklah membosankan tetapi tidaklah pula menarik, 5 peratus lebih menarik dari aksi persahabatan Norwich City dan Malaysia di Stadium Cheras beberapa tahun dahulu tatkala Proton dengan bodohnya menaja kelab yang cuba meniru jersi Kedah itu :). Beijing Guo'an mendominasi penguasaan bola walaupun cubaan tepat dimenangi Birmingham dan keputusan akhir, Birmingham 1 berkat gol 7 minit sebelum tamat dan Beijng 0. Tiada lemparan plastik air dan kerusi ke arah trek walaupun kalah, sebaliknya balingan kapal terbang kertas di sana sini - boleh diterapkan nanti di Shah Alam.
No comments:
Post a Comment