Oleh kerana pagar rumah di Tubagus Ismail sudah dikunci dan salah satu pemilik kunci merangkap tuan bilik yang aku tumpang Aris sedang di Bogor maka aku melelapkan mata di warnet sementara menunggu pagi hari. Hendak memarkir motor di luar rumah tidak pula menyakinkan kerana banyak kes kehilangan motorsikal terjadi.
Di rumah ini bilik-bilik disewakan dan dipanggil 'kos' atau 'kosan' yang menjadi budaya di sini jika ingin tinggal di sesuatu tempat, amat jarang boleh mendapat seunit rumah atau apartment untuk disewa. Ada pro dan kontra sistem ini - pronya sewa murah dan boleh tinggal sebulan paling minimal dan kontranya tiada privasi dan kebebasan kerana banyak pemiliik kosan mengunci pintu setelah jam 12 tengah malam seperti yang aku hadapi ramadhan tahun lepas di Jakarta sehingga terpaksa menunggu jam sahur untuk dibolehkan masuk.
Jam 9 pagi tersedar setelah on dan off berinternetan dan lumayan juga tidur di warnet yang mempunayi cubicle tersendiri beralaskan karpet enak dan ruang besar, siap ada bantal kecil lagi. Singgah sebentar di Hotel Puri Garden untuk memesan kamar buat cewek2 KL yang akan datang esok malam.
10 pagi - 5 petang - TIDUR
Bangun dari lena setelah bising2 anak2 Bottlesmoker yang rupanya sudah selesai membuat persembahan di gig peduli palestin kelolaan anak2 punk Bandung di Universiti Pasundan Bandung.
Gosok gigi dan tak mandi, aku menghidupkan skuter Yamaha Mio ke warung Indo Mee kerana kelaparan - Indo Mee Goreng + telur + coffemix + krupuk = 7000 rupiah sahaja. Hanya dapat di warung2 tepi jalan dan tidak di mal-mal yang harga over tapi tak sedap. Selesai, aku ke toko buku Gramedia di hadapan mal Bandung Indah Plaza melihat2 dan membaca buku secara percuma sebelum ke warnet meneruskan kerja2 dan membatalkan niat ke gig Peduli Palestina.
Di Indonesia sekarang ini sedang hangat isu letupan gas elpiji (LPG disebut di Malaysia) yang memakan banyak korban sudah. Aku masih ingat semasa mula2 aku ke Jakarta 2004 dahulu penggunaan elpiji ini masih sangat kurang dan kebanyakannya menggunakan minyak tanah dan baunya sentiasa menggamit aku ke sini. Hanya bermula tahun lepas pemerintah Indonesia sudah tidak memberlakukan penggunaan minyak tanah dan secara perlahan-lahan bekalan minyak tanah ditiadakan dan gas elpiji yang dimonopoli Pertamina yang memalukan kerana gagal sehebat Petronas ini menjadi wajib. Waktu itu di semua media sosialisasi penggunaan elpiji ini dilakukan supaya masyarakat tahu menggunakannya dan walhasilnya masih ada kematian dan letupan.
Seperti di Malaysia dan belahan dunia lainnya, masing-masing menuding jari dan setakat ini banyak operasi pihak berwajib telah menemukan tong gas dan komponen lainnya yang akan dan sudah berada di pasaran tidak mencapai standar nasional - makanya ada kecurangan dan itu tipikal Indonesia lalu terjadi kecelakaan . Moga2 pemerintah Indonesia serius menangani hal ini kerana aku yang sering makan di warung2 ini juga sentiasa terdedah pada ancaman.
Di Malaysia juga terjadi kecelakaan sewaktu permulaan pemakaian gas dalam masakan (tahun2 sebelum 1990 kalau tak silap) dan masih dalam ingatan ketakutan aku jika disuruh emak untuk membuka dan mematikan corong gas.
Pedoman kata Hari 21:
Ayo umat nusantara di Indonesia, Malaysia & Filipina, beri dukungan kita pada Spanyol dan Belanda untuk ke final...Uruguay dan Jerman tidak pernah mahu menjajah tanah kita - persetankan merek - Zulhabri Supian
No comments:
Post a Comment