Hohhot, Inner Mongolia
Lorongan muslim
Hari ni melawat Muzium Inner Mongolia yang masya allah gagah sekali rekaan bangunan ini dan alhamdulillah tidak dikenakan bayaran, terima kasih pemerintah Inner Mongolia dan China atas subsidi ini! Muzium ini antara tarikan pelancongan di Hohhot yang wajib dilawati sama ada kerana rekaan bangunannya ataupun bahan pamerannya yang menarik dari koleksi tentang dinosaur hingga ke ruangan aerospace yang menjadi kebanggan Inner Mongolia dan China kerana projek angkasanya bukan sekadar menghantar pelancong ke angkasa yang yeye je raba-raba bontot kecoh kecoh. Walaupun aku tabik dan hormat juga dengan Dr. Sheikh Muzaffar di atas kejayaannya yang tidak mudah juga itu, tapi jangan sampai hormat itu menutup mata kita dengan perkara yang lebih utama iaitu soal ke mana arah kita sebenarnya di dalam projek angkasa ini?
Cerita perjalanan ke Muzium dari hotel sangat kelakar dan memenatkan tenaga manusia kami kerana konon-konon tak nak naik bas, kami menapak hampir 4 jam sebelum sampai ke destinasi. Bukanlah terlalu jauh sangat melainkan gangguan kedai-kedai menarik yang bertebaran di tepi jalan dari kedai pakaian, kedai basikal dan bank untuk tukar duit, hehe. Insaf dan merasa hina, pulang kami menaiki bas nombor 5 setelah dikonfimasi dua cewek (lagi) cun yang baik hati. Dengan tambang subsidi lagi serendah 1 yuan kami menuju ke kawasan Muslim berdekatan Great Mosque untuk hidangan tengah hari kami.
Insaf, kami menyantap selagi dibenarkan agama kami yang syumul ini, kecuali agama Jega...haha dan kemudian sebahagian menunaikan solat di masjid tua yang digelar 'Great Mosque' dengan rekaan bercirikan Cina kuno yang sangat menarik. Selesai kami berbudaya belanja di sebuah jalan yang meriah aktiviti berjualan dan berbelian, macam-macam tangkapan dibuat rakan-rakan dan aku berjaya dapat dua barang sahaja - tetikus lenovo dan ubat gatal
Pedoman kata hari 31:
government subsidies have made Beijing public trans-port perhaps the cheapest and most affordable in the world, with a bus ticket costing as little as 4 mao ($0.06) and the subway a mere 2 yuan ($0.30) per trip.
No comments:
Post a Comment