Nomor sembilan hari dimulakan dengan rasa syukur kerna dikurniakan anugerah untuk terus hidup mendepani masalah bangsa ini :). Setelah mandi hadas dan berdoa untuk makan, aku, Vovin dan Yoga menuju ke Sekolah Tinggi Ilmu Ekonomi (STIE) Dewantara untuk mesyuarat menaiki kereta dan pastinya seperti biasa didahului dengan membaca doa naik kenderaan.
15 minit setelah itu kami sampai di STIE Dewantara dan Bapak Yoga yang juga pemilik sekolah swasta ini membawa kami tur keliling sekolah. Selain STIE Dewantara, di kompleks ini juga didirkan bangunan tadika dan sekolah dasar (SD) yang menurut aku impresif juga. Agak lucu apabila aku disalami dengan hormat oleh pelajar2 wanita SD, sepertinya aku ini berhubungan dekat dengan Bapak Yoga, haha. Menarik juga di SD ini ialah basisnya adalah Islam tetapi budaya Islam yang diterapkan agak terbuka dan tidak terlalu keras, bayangkan suasana di mana pelajar2 SD wanita bermain futsal di lapangan memakai tudung dan disaksikan pelajar2 lekaki, indah sekali!
Oh terlupa, satu hal yang menarik di Indonesia adalah hampir semua SMA (sekolah menengah atas) yang setaraf sekolah menengah pasca PMR di Malaysia 'diwajibkan' membikin acara Pesta Seni yang bersifat tahunan (ala-ala hari kantin). Di Pesta Seni, penganjur adalah di kalangan pelajar2 itu sendiri dan mereka sering mengundang band2 indie mahupun band2 besar sesuai bajet yang ada. Nah, ini sebenarnya yang membikin scene di Indonesia meriah dan relatif sentiasa muda kerana regenerasi itu menjadi budaya baik di pihak penggiat mahupun penganjur. Bila agaknya suasana ini boleh terjadi di Malaysia yang banyak dikuasai Islam garis keras di sekolah-sekolah, dan penganjur2 pula sentiasa orang-orang itu aja.
Setelah selesai mesyuarat tentang trip belajar mahasiswa STIE Dewantara ke Malaysia yang akan aku uruskan oktober nanti. Kami berangkat ke kota kembang atau kotanya Ariel Peterpan yang sedang menjadi tersangka kes pelanggaran UU Pornografi yang menurut aku berlebih-lebihan ditanggapi media dan masyarakat.
Sampai di Rumah Frinjan tidak rasmi Bandung di Tubagus Ismail, aku langsung tidur sebentar kerana masih kekurangan tidur dan kepenatan.
Bangun2 setelah hampir maghrib, kami siap2 dan ke warnet sebentar sebelum diambil Aris untuk ke sesi wawancara Bottlesmoker di Paramuda Radio pada jam 9 malam. Alang-alang aku sudah di sini, aku turut ditanya tentang scene muzik di Malaysia dan rencana tur Bottlesmoker ke Malaysia oktober mendatang. Alhamdulillah sempat aku memberi sedikit airtime percuma untuk Upin dan Ipin yang lagi terkenal di Indonesia sekarang, haha.
Bercerita tentang radio dan media lain di Indonesia menimbulkan rasa iri hati terhadap kebebasan yang dinikmati mereka. Tiada kekangan dan alasan bukan2 seperti yang sering diberi SKMM untuk membikin radio sendiri di Malaysia. Indonesia pasca-reformasi telah memeri kebebasan untuk siapa aja membuka radio sendiri selagi mana syarat2nya dipenuhi sehingga sampai sekarang frekuensi FM di Bandung sudah penuh. Moga2 seandainya Pakatan memerintah nanti ruang ini dibuka dan jika menang tetapi masih menutup, terimalah akibatnya nanti. Tunggu Frinjan FM ke udara nanti!
Sesudah wawancara selama sejam, kami menuju ke rumah makan ibu mas untuk menikmati makanan khas sunda dengan sambal yang dibilang terpedas di Bandung, "pedes sampai nangis". Satu hal yang menarik di Indonesia adalah rumah makannya dengan presentasi penyediaan makanan yang masih berseni dan melalui proses2 ketelitian yang seronok untuk ditonton, tidak cincai dan laju2 seperti di Malaysia.
Setelah itu singgah sebentar di Common Room, pot lepaknya anak2 muda kreatif Bandung. Tempat ini memang keren dan sering diadakan aktiviti2 menarik di sini, emangnya aku banyak jeles dengan Bandung.
Pedoman kata hari 9:
"Saya tidak pernah gagal akademik, tetapi percintaan itu sering ya" - Angkuy (personil Bottlesmoker saat diwawancara)
percintaan itu biasa-biasa aja, lagi2 cinta laki dan pompuan. tetapi percintaan dalam makna yang luas sangat wajib diraikan dan seandainya cinta hanya eksklusif untuk seorang manusia, maka itu menurutku tragedi kecurangan cinta yang paling tragis - Zulhabri Supian, Kota Ariel 23 Jun 2010
No comments:
Post a Comment