Sunday, June 20, 2010
Hari 7: Santai
aksi Brazil dan Pantai Gading di KL Village
Hari minggu adalah hari rehat, maka setelah selesai menghadam indo mee rebus jam 5 pagi, aku ketiduran sampai jam 5 petang lebih. Tidur yang sangat kualiti pasca-hedonis.
Vovin ternyata bangkit lebih awal 2 jam dari aku dan setelah aku bangkit, kami terus ke Ambassador Mall untuk (aku) membeli tiket Air Asia dari Bali ke Jakarta tanggal 2 Julai nanti kerna ternyata ada makwe dari Malaysia akan kubawa jalan2 nanti. Dari mall yang popular kerana koleksi DVD dan CD cetak rompak yang komprehensif, kami menaiki teksi bukan Bluebird ke stesen televisyen propaganda Indonesia, TVRI untuk hadir memberi sokongan kepada band teman, Angsa & Serigala yang tampil bersama beberapa band lain di acara Jamin-TVRI. Sebelumnya sempat ngopi di pondok kawal pejabat Kemeterian Pemuda dan Olahraga yang terletak bersebelahan sambil melihat aksi pak guard yang asik melihat siaran langsung Itali menentang Selandia Baru berbanding kerja, ini contoh terbaik untuk menikmati hidup. Cayalah!
Angsa & Serigala beraksi
Pengalaman berada di beberapa stesen TV Indonesia sebelum ini seperti di Trans TV dan TV One dan sekarang TVRI memberi rasa dan suasana berbeza, tidak seperti di TV3, TV9 dan RTM. TVRI yang dibilang kurang cool dan kurang digemari anak muda di sini ternyata lebih hidup dan supportif tanpa mengeksploitasi scene muzik independen. Boleh menghisap rokok di mana-mana walau aku tidak ngerokok dan krew2 orang tuanya sangat cool. Paling penting TVRI di sini bukan alat propaganda pemerintah seperti RTM di Malaysia yang menggeli gelemankan. Banyak band beza variasi dan genre tampil di sini; Eron & Everyone, Stafan, Larva dan Ray D' Sky di samping dua pembicara yang membahas musik Indonesia, Bens Leo dan Bongky. Menurut aku walaupun muzik arus perdana Indonesia mengalami stagnansi dan berbau Metal (Melayu Total) melulu demi keperluan pasar, jalur-jalur luar arus perdana tetap meriah dan mampu hidup di dalam komunitas mereka sendiri yang relatif besar juga; The SIGIT, Efek Rumah Kaca, Risky Summerbee & Honeythief dan banyak lagi sebagai contoh.
Oh siapa nak menonton stesen tv Indonesia secara langsung, sila layari www.mivo.tv
Bercerita tentang teksi, perkhidmatan di kota ini dibanding KL jauh sangat2 baik dengan teksi tersedia di mana-mana dan hampir semua memakai meter. Kalau dulu teksi warna biru Bluebird sangat popular kerana selamat, terpercaya dan bersih, sekarang ada kompetitor lain seperti Express berwarna putih yang masih memakai tarif lama sedangkan Blurbird memakai tarif baru yang sedikit mahal. Aku juga menilai naik teksi di sini lebih mudah berbanding Singapura yang leceh dengan ketertiban melulu, apatah lagi KL yang haru biru.
Pedoman kata hari 7:
"Seniman tari jangan hanya asyik dalam studio sambil mempercanggih teknik dan properti pentas, tapi kehilangan pertautan dengan dunia luar. Para koreografer mestinya membenturkan diri pada masalah riil di masyarakat" - Afrizal Malna, penyair Indonesia
kata-kata pedoman sesuai buat renungan kita bersama, semua kita yang membikin sesuatu jangan khayal dengan dunia dan lingkungan kita sahaja. Wallahu'alam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment