Friday, June 18, 2010
Hari 5 - Acha Septriasa bicara politik
Soalan2 gosip
Momen serius
Nanti jangan lupa baca puisi di Pekan Frinjan ya
Hari ni bangun awal siap2 untuk interbiu Acha Septriasa untuk kolum The Malaysian Insider aku edisi jalan-jalan 90 hari. Seperti biasa, aku bangun lebih awal dari Vovin berkat kehidupanku yang kembali berjadual normal.
Siap2 semua sementara menunggu Vovin, aku minum2 dan makan juga lepas tu di KL Village sambil menelefon bakal makwe (?) di Malaysia yang sedang berhadapan masalah. Sebagai lelaki yang 'bertemu tidak jemu, berpisah tak gelisah', aku tanggapi masalah makwe ini dengan rasional dan langsung tidak menunjukkan kemachoan dan sisi seksis :)
Sesudah santap, kami menaiki teksi ke destinasi tujuan iaitu rumah keluarga Acha di Tebet supaya awal dan tidak lewat. Hasilnya kami sampai di sana jam 2 petang, 30 minit awal dari janjian sekaligus berjaya menolak tanggapan bahawa orang Melayu itu tidak menepati janji. Hidup Melayu!
Ibu Acha, Rita Sagitta merangkap pengurus peribadi sang artis menjemput kami duduk sementara menunggu Acha yang baru pulang dari KL menduduki peperiksaan akhir semester turun mengadap kami. Sesi yang awalnya direncana di lokasi syuting filem dibikin di rumah Acha yang serba mewah setelah jadual syuting ditunda sekaligus memberi kesempatan kepada aku untuk bertanya banyak soalan. Interbiu bersama Acha Septriasa yang membicarakan soal sosial politik, dinamika hubungan Malaysia-Indonesia dan pornografi akan disiarkan di The Malaysian Insider kelak. Apa yang pasti tiada soalan tentang pacaran dan sampah2 lain yang boleh dibaca di Hai, Pancaindera dan sekutu2 mereka.
Apa yang pasti, Acha dengan filem2 dan lagu2 cinta biasanya tidak sama jika diperbandingkan jawaban2 beliau. Bayangkan jika Siti Nurhaliza berbicara politik? ya ampun. Walau mungkin tidak secerdas jawapan Dian Sastro, aku berjaya juga mengorek sisi intelektual beliau yang popular dengan lagu duet bersama Irwansyah, 'Heart' dan 'Berdua Lebih Baik'. Agaknya ada tak selebriti Malaysia setaraf karya Acha (lagu2 putus cinta) bisa mengungkap persoalan2 yang dihadapi bangsa kita?
Sesudah terpesona dengan kepetahan Acha berbicara dan juga kemanisan wajahnya yang bisa bikin aku panasaran, kami sempat singgah ke pejabat parti Megawati, Partai Demokrasi Indonesia - Perjuangan (PDI-P) bahagian Jakarta untuk melihat pameran foto Bung Karno sempena bulan khas beliau, Juni. Nasib baik aku bukan orang Indonesia, jika tidak aku mahu bilang sudahlah beromantisma dengan masa lampau, buatlah kerja dan bangunkan bangsa kamu.
Kemudian singgah sebentar di pusat sewaan filem independen dan festival, Indies Jakarta milik teman, Wim Prihanto yang tidak jauh lokasinya dari rumah Acha. Oleh kerana Wim sedang mengajar di Bogor, kami hanya lihat2 dan Vovin sempat membeli dua buah DVD. Pasca-lawatan kami bertekad untuk merealisasikan pusat seperti ini di KL/Selangor nanti dan Insya Allah akan bermula di kedai UYA di Subang Jaya.
Setelah itu berjalan kaki ke Galeri Seni Ruang Rupa (RuRu)yang juga tempat melepak anak2 band independen seperti White Shoes dan The Upstairs serta penggiat2 seni aliran alternatif/bebas. Tiada pameran sedang dilangsungkan dan sempat berkongsi2 cerita, acara dan kemaskini berita semasa dengan penjaga Ru Ru yang aku lupa namanya.
Seterusnya kami menuju ke Pekan Raya Jakarta yang sedang berlangsung Jakarta Fair 2010 selama satu bulan. Hajat sebenar mahu bertemu teman, Isra yang juga manajer band arus perdana Geisha yang sedang naik daun di sana berbincang beberapa hal. Dijadikan cerita aku tak dapat nak hubung dia sejak semalam dan aku nekadkan diri untuk ke sana juga. Awalnya cubaan untuk menerjah masuk ke khemah artis tidak berjaya kerana tiada pas dan tidak seperti Pekan Frinjan, ini acara besar dengan pentas yang maha besar dan sistem bunyi dan visual yang baik. Maka, kami duduk melayan aksi Jerman dan Serbia yang ditayang di pentas utama/konsert sebelum hujan lebat turun sesudah selesai 93 minit. Ramai sekali manusia Indonesia yang melayani aksi peringkat kumpulan berdasarkan pemerhatian setakat ini.
Tamat melayan lagu2 cinta dan omongan jiwang Momo, sang vokalis Geisha yang boleh tahan comel walau agak ngerock dan Sheila on 7, kami bergegas pulang dengan harapan tertemu Isra dan anak2 band. Seperti di dalam filem2 yang banyak babak tidak sengaja dan dianggap tidak logik, aku bertemu juga Isra di luar dan di saat mereka hendak pulang dan tepat tekaan aku, blackberry atau bbnya Isra hilang. Geisha yang menurut aku bagus juga walau lagunya cinta melulu dijadualkan ke Malaysia tanggal 24 Jun tetapi telah ditunda ke hujung tahun atas2 sebab teknikal.
macam aksi finale
Momo vokalis Geisha
Habis cinta melulu yang kadang2 perlu, kami naik teksi lagi menuju Plaza Semanggi untuk bertemu penyair muda Malaysia, Mimi Morticia yang sedang karaoke bersama2 doktor fetish mayat lainnya :)
Foto kredit pada Vovin yang menjadi jurugambar rasmi, lebih foto di facebook beliau
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment