Monday, June 21, 2010

Hari 8: Bogor

Kalau selalu hari dimulai dengan peristiwa bangun tidur, tetapi di zaman mukabuku semua itu boleh saja difikir ulang. Aku dan Vovin hanya memulakan hari ke lapan dengan aksi tidur jam 11 pagi setelah bersarapan roti dengan jem dan kopi susu, persis perangai aku sebelum sebulan yang lepas.

Jam 3 lebih aku gegabah bangun setelah menerima pesanan lewat telefon dari Yoga yang menulis sudah on the way dari Bogor ke Blok M. Siap2, check out, naik teksi dan makan nasi timbel ikan bawal di Plaza Blok M sementara menanti Yoga. Tak lama kemudian Yoga datang dan selesai santap, kami bergerak menuju ke Pondok Indah Mall 2 kerna Yoga ingin bertemu temannya. Sempat menghadam donut Krispy Kreme yang menurut aku walaupun bergelar cikgu donut, tetap kalah dengan J.co anak murid.

Rencana awal hari ini adalah menuju Bandung menaiki kereta api tetapi ditukar pada saat akhir kerana aku ingin mempercepatkan janjian bertemu Budy dari STE Dewantara berkaitan tur studi ke Malaysia yang dirancang akhir oktober nanti. Insya Allah aku akan bertindak sebagai juru lancong mereka nanti.

Perjalanan ke Bogor dari Pondok Indah yang dikendarai sopirnya bapak Yoga mengambil masa sejam dan disambut dengan hujan renyai-renyai pro-bersenggama. Hmm, Yoga ni sebenarnya abang kepada Aris, teman2 Bottlesmoker dan sering aku menumpang tidur di kosan (bilik) mereka setiap kali ke Bandung. Keluarga Yoga boleh dikategori ke dalam masyarakat menengah atas Indonesia dengan rumah yang besar dan di sinilah aku menyambut hari raya pertama aku tahun lepas. Orang tua mereka yang berasal dari Padang sangat baik sehingga aku yang tidak baik ini agak segan2.

Dijemput makan setelah rehat2 jap dan sesuai tradisi tidak pernah menolak, kami dijamu hidangan ayam goreng, sup ayam dan tauhu, buah tembikai dan keropok2 dan sesudah itu sempat membicarkan hal hubungan dua hala Malaysia-Indonesia. Aku sejak sekian waktu ini seperti menjadi duta atau mediator kedua-dua negara,tanpa perlu menjadi PTD.

Pedoman kata hari 8:

"Masyarakat Riau begitu majemuk, melahirkan kebudayaan majemuk. Melayu menjadi budaya terbuka, mengadopsi budaya luar dengan falsafah "diayak dan ditapis" (yang kasar dibuang yang halus diambil" - Tenas Effendy

maka orang Melayu wajib kekal dengan sifat kosmopolitan, dan jangan sesekali berfikir untuk membuat seperti China Town atau Little India.

No comments:

Post a Comment