Friday, June 25, 2010

Hari 11: Tahniah Akiho Yoshizawa!

Dimulakan dengan bismillah

Hampir siang aku berjaya bangkit dari kepenatan untuk meneruskan perjalanan hari sabalas untuk bangsa nusantara. Oh rencana hari ini apa ya? mahu ke factory oulet yang berlurusan wujudnya di jalan dago atau rumah mode di setiabudi? ah persetan itu semua kerana agak janggal kalau aku yang tidak kaya ini memakai seluar jeans berjenama alfred dunhill yang sangat mutu dan unggul itu. Hmm, anjir sekali nasib orang Malaysia yang berduyun-duyun ke sana kerana sudah mulai maraknya produk palsu atas nama jenama tertentu demi melayani kebutuhan rakyat Malaysia.




koleksi dvd Kineruku yang berbasis di Rumah Buku

Destinasi tujuan pertama hari khamis, 24 juni adalah Rumah Buku/Kineruku yang terletak di Jalan Hegarmanah, tidak jauh dari Rumah Mode. Pemeriksaan mendadak atau cidak istilah popularnya di sini mengejutkan tuan punya rumah, Ariani dan syukur tiada kesalahan hukum dipertemukan dan tiada juga koleksi video mesum (porno) Ariel atau anak2 SMA dan mahasiswa lain di ruangan video. Alhamdulillah!

Rumah Buku ini sangat aku sukai konsepnya (harap2 Rumah Frinjan dapat dikembangkan seperti ini di satu lokasi yang nyaman datang) kerana menggabungkan toko kecil, perpustakaan buku dan filem serta kafe dan yang paling menarik sekali, laman di belakang agak luas dengan rumput menghijau yang segar fisik apabila eksis di situ. Di laman ini sering diadakan tayangan filem dan setakat ini filem Fahmi Reza, 10 Tahun Sebelum Merdeka dan Liew Seng Tat, Flower in the Pocket pernah ditayangkan di sini tahun lepas. Pada kunjungan lepas aku sempat memberi dan bertukar2 beberapa judul buku untuk dikoleksi mereka dan kali ini buku zine Jargon dan Stabil karya Fared Ayam aku hadiahi untuk mengeratkan silaturahmi sastera serumpun. Kebetulan ada seorang editor, penulis dan publisis bebas bernama Anwar Holid yang sedang nongkrong di situ, maka sempatlah bertukar2 cerita sebentar.


Boss Ultimus bergaya khas khusus untuk Ayam

Sesudah itu, kami pantas menuju ke Ultimus, penerbit buku aliran kiri yang 'digeruni' dan 'dibenci' organisasi massa anti komunis di Indonesia. Bertemu orang kuat Ultimus, Bilven berkongsi-kongsi cerita dari politik kiri sehinggalah ke Acha sebelum sempat terjadi tabrakan (kemalangan) di luar kantor Ultimus sehingga mengakibatkan seorang cewek luka-luka di muka, takziah. Bercerita tentang trafik di Bandung memang mengerikan juga, kadar kelajuan kenderaan dilihat semakin pantas dan gopoh tidak seperti awal2 kedatangan aku ke Bandung beberapa tahun lepas dan sangat wajib untuk bersiap siaga menjangka kecelakaan - kaki Vovin sempat tersepit2 di celah2 kenderaan yang hanya memberi ruang sempit untuk motor, maka bersyukurlah mat2 rempit di Malaysia yang lubangnya lebih luas. Aku tidak lama di sini kerana harus bersiap2 untuk berangkat ke stasiun keretapi api jadwal jan delapan malam ke Jogja, kota perlahan dan Insya Allah aku akan ke sini lagi tanggal 5 Julai untuk diskusi panjang dan setelah dibelanja makan kerana kelaparan, kami berangkat pulang ke rumah tumpangan kami di Tubagus Ismail, mirip2 Taman Tun Dr. Ismail.



Siap-siap selesai, kami dihantar ke stasiun oleh Aris ditemani Amien dan ceweknya mungkin :) serta diiringi lagu runut bunyi bergenre nasyid 'Doa Perpisahan' nyanyian Brothers. Kami menaiki keretapi Lodaya Malam kelas bisnes tidak berhawa dingin yang berharga 100,000 rupiah (RM36) dan perjalanan ke Jogja akan mengambil masa 8 jam. Malang sekali apabila teman seks telinga aku bernama Sony kehabisan bateri sekaligus memaksa aku membaca dan menelaah semua halaman akhbar Kompas dan Koran Tempo yang aku beli sebelumnya dan berkongsi curhat (curahan hati) kepada Vovin isu-isu semasa, suka dan seni budaya serta sedikit awek, haha.

Oleh kerana bimbang tersasar ke Solo, kami tetap setia membuka mata dan syukur jam 4.15 pagi kami sampai di stasiun Tugu Yogya dengan jaya sekali. Mengikut cadangan Yoshi, kami mampir minum kopi dan makan nasi kerana kelaparan di Twin Cafe sambil merasa gembira atas keberhasilan negara Akiho Yoshizawa yang lolos ke pusingan kedua. Jam delima lebih, kami menaiki teksi ke markas bukan teroris kami di Jogja, sebuah rumah sederhana di perumahan Kembang Asri di KM9 Godean milik Yoshi.

Disudahi dengan Alhamdulillah.

No comments:

Post a Comment