Sampai-sampai bandara, Luna Maya sudah menyambutku. Aku bilang jangan tertekan dan kena banyakkan sabar untuk mengharungi dugaan ini, ambil Akiho Yoshizawa dan Maria Ozawa sebagai pedoman nescaya akan positif. Dia angguk dan terima tanda setuju.
Aku yang baru bergelar Dato' Seri kurniaan sultan antah berantah terpaksa melarikan diri dari tanah air tercinta, Malaysia ke tanah buang air tercinta, Indonesia akibat skandal ini. Bukan kerana malu, tetapi lebih untuk menjaga aib sultan antah berantah yang sesuci nabi. Maka aku memulangkan semula darjah yang tak sampai berapa jam aku pakai di profil facebook kepada sultan antah berantah melalui facebook juga. Siap cc kepada beberapa rakan sebagai bukti saksi pemulangan.
Sepanjang perjalanan dari bandara ke Gambir, stesen keretapi ala-ala pusat kononnya. Luna Maya bertanya, 'Mas, lewat Kemayoran ga?', pantas aku jawab, "ga, langsung ke Gambir, kalau mau ke Kemayoran, harus ambil taksi atau ojek di sana, ga terlalu jauh ke sana'. Sesudah itu senyap.
Dari Gambir, aku menaiki ojek ke Jalan Jaksa, markas aku dan lelaki Ipoh bernama Vovin selama seminggu untuk melancarkan perang saraf ke atas negara Malaysia. Ojek ni benda yang wajib ada di Malaysia kerana fungsinya sangat bagus untuk memudahkan perjalanan jarak dekat dan rentas kemacetan (kesesakan).
Untuk yang belum tahu, ojek ni sejenis angkutan umum yang menggunakan motorsikal sebagai teksi. Bayangkan mat-mat rempit mejadi tukang ojek, habis kena rogol semua wanita cantik. Sebab itu ojek tidak ada di Malaysia kerana lelaki-lelaki setaraf ojek di sana semuanya tak pandai kontrol kote mereka.
Persiapan untuk trip ini agak huru-hara kerana kerja-kerja pra-trip yang bertimbun2 dan lantaran itu aku tertinggal beberapa benda yang sepatutnya dibawa bersama. Salah satu kad SIM Telkomsel peneman setia di Republik Indonesia yang berusia lebih setahun sudah. Akibatnya aku terus saja menerjah ke hotel yang aku dan Vovin persetujui untuk berjumpa dan semuanya berjalan seperti skrip; Vovin terbungkam tidur.
Letak barang, kencing, caj mp3 Sony baru peneman tidur, kami ke gerai makan di luar untuk santapan pertama aku hari ni. Lumayan murah 10,000 rupiah untuk ikan nila, nasi putih dan teh hangat sebelum melepakkan diri di KL Village menonton aksi benua Asia yang pendek alat kelamin menentang benua Afrika yang sebaliknya. Siapa kata Afrika hebat di ranjang? Nah, Jepun menang 1-0 ke atas Cameroon. Patutlah Maria Ozawa, Akiho Yoshizawa dan Erika Sato boleh meneruskan kelangsungan hidup di bumi Jepun kerna lelaki Jepun sama dan mungkin lebih gagah walau terlihat jelas pervert.
Selesai hari pertama.
Terima kasih kepada Beeha dan Zuzue yang sudi menghantar aku ke bandara Malaysia. Selamat tinggal Juliana Evans!
Pasca-tulis
Sambil melayari bahtera internet, warnet ini tercemar dengan lagu Rahmat, Ukays dan seangkatan di tengah2 lagu2 Iwan Fals, haha. Siap sing along lagi dari pekerja warnet.
Namun tak pernah ku jawab.....bukannya aku tak tegar, bukan aku pula aku tak cinta.....
Ah, ini bikin aku rindu dendam sama seseorang.
No comments:
Post a Comment