Monday, July 5, 2010

Hari 22: Tidur terapi terbaik

4 pagi - 4 petang - TIDUR!

Lokasi masih di Bandung, tanah kelahiran band ST12

Tak mandi macam biasa sebab air terlalu dingin membahayakan tulang

Setelah bangun tidur macam biasa makan - berlima dengan Aris yang baru pulang, Qinwan, sepupu Qinwan dan Angkuy menyantap di Igalanca, sebuah tempat makan di atas bukit di Dago Pakar. Macam biasa sejuk dan rasa nak nikah versi tak ada komitmen. Melantak iga bakar (iga ni rusuk lembu) + nasi dan lasagna untuk mengisi perut kosong.

Qinwan ni mahasiswa Indonesia di UM dan kami hanya sempat bersua sekali sahaja di KL sewaktu Bottlesmoker berkunjung ke KL tahun lepas dan pertemuan kedua ini lebih bermakna - sebab baru mendapat tahu dia sudah menjadi orang penting Persatuan Pelajar Indonesia di Malaysia sekarang sekaligus senang lah untuk aku bekerjasama dalam beberapa program nanti. Seperti aku pernah bilang, percutian ini adalah kerja juga sebab kerja aku adalah cuti dan cuti aku adalah kerja. Jalan-jalan membina rangkaian.

Selesai berbicara multi topik dari Timor Leste ke awek Universiti Padjajaran yang cakep (cun), Aris sang sopir yang cekap menghantar penumpang kereta ke destinasi masing2 meninggalkan aku dan Aris ke lapangan terbang untuk mengambil tiga tamu dari Malaysia yang alhamdulillah semuanya cewek dan mungkin tidak alhamdulillah sekiranya mereka menimbulkan masalah dengan perangai2 ala Malaysia; Diyana Nawwar, Nazahiyah dan Liya. Selamat datang ke Kota Bandung! Jangan pernah untuk mencuba Ariel ya!

Menghantar gadis2 dari negara yang tidak mahu mengaku Hindu dulunya untuk daftar masuk dahulu di Hotel Puri Gardenia sebelum keluar makan malam bagi mereka di Cabe Rawe. Ngumpat sana ngumpat sini, gosip sana gosip sini kami pun pulang.

Bertemu Yulius sang manajer band Bottlesmoker yang cemerlang untuk membincangkan perihal adik lelakinya yang mendapat tawaran kerja sebagai professional teknik di Accenture PJ. Tahniah dengan gaji yang dikhabarkan lumayan!

1 pagi - 6.30 pagi - WARNET!

Sunday, July 4, 2010

Hari 21: Santai2 saja di Bandung

Oleh kerana pagar rumah di Tubagus Ismail sudah dikunci dan salah satu pemilik kunci merangkap tuan bilik yang aku tumpang Aris sedang di Bogor maka aku melelapkan mata di warnet sementara menunggu pagi hari. Hendak memarkir motor di luar rumah tidak pula menyakinkan kerana banyak kes kehilangan motorsikal terjadi.

Di rumah ini bilik-bilik disewakan dan dipanggil 'kos' atau 'kosan' yang menjadi budaya di sini jika ingin tinggal di sesuatu tempat, amat jarang boleh mendapat seunit rumah atau apartment untuk disewa. Ada pro dan kontra sistem ini - pronya sewa murah dan boleh tinggal sebulan paling minimal dan kontranya tiada privasi dan kebebasan kerana banyak pemiliik kosan mengunci pintu setelah jam 12 tengah malam seperti yang aku hadapi ramadhan tahun lepas di Jakarta sehingga terpaksa menunggu jam sahur untuk dibolehkan masuk.

Jam 9 pagi tersedar setelah on dan off berinternetan dan lumayan juga tidur di warnet yang mempunayi cubicle tersendiri beralaskan karpet enak dan ruang besar, siap ada bantal kecil lagi. Singgah sebentar di Hotel Puri Garden untuk memesan kamar buat cewek2 KL yang akan datang esok malam.

10 pagi - 5 petang - TIDUR

Bangun dari lena setelah bising2 anak2 Bottlesmoker yang rupanya sudah selesai membuat persembahan di gig peduli palestin kelolaan anak2 punk Bandung di Universiti Pasundan Bandung.

Gosok gigi dan tak mandi, aku menghidupkan skuter Yamaha Mio ke warung Indo Mee kerana kelaparan - Indo Mee Goreng + telur + coffemix + krupuk = 7000 rupiah sahaja. Hanya dapat di warung2 tepi jalan dan tidak di mal-mal yang harga over tapi tak sedap. Selesai, aku ke toko buku Gramedia di hadapan mal Bandung Indah Plaza melihat2 dan membaca buku secara percuma sebelum ke warnet meneruskan kerja2 dan membatalkan niat ke gig Peduli Palestina.

Di Indonesia sekarang ini sedang hangat isu letupan gas elpiji (LPG disebut di Malaysia) yang memakan banyak korban sudah. Aku masih ingat semasa mula2 aku ke Jakarta 2004 dahulu penggunaan elpiji ini masih sangat kurang dan kebanyakannya menggunakan minyak tanah dan baunya sentiasa menggamit aku ke sini. Hanya bermula tahun lepas pemerintah Indonesia sudah tidak memberlakukan penggunaan minyak tanah dan secara perlahan-lahan bekalan minyak tanah ditiadakan dan gas elpiji yang dimonopoli Pertamina yang memalukan kerana gagal sehebat Petronas ini menjadi wajib. Waktu itu di semua media sosialisasi penggunaan elpiji ini dilakukan supaya masyarakat tahu menggunakannya dan walhasilnya masih ada kematian dan letupan.

Seperti di Malaysia dan belahan dunia lainnya, masing-masing menuding jari dan setakat ini banyak operasi pihak berwajib telah menemukan tong gas dan komponen lainnya yang akan dan sudah berada di pasaran tidak mencapai standar nasional - makanya ada kecurangan dan itu tipikal Indonesia lalu terjadi kecelakaan . Moga2 pemerintah Indonesia serius menangani hal ini kerana aku yang sering makan di warung2 ini juga sentiasa terdedah pada ancaman.

Di Malaysia juga terjadi kecelakaan sewaktu permulaan pemakaian gas dalam masakan (tahun2 sebelum 1990 kalau tak silap) dan masih dalam ingatan ketakutan aku jika disuruh emak untuk membuka dan mematikan corong gas.

Pedoman kata Hari 21:

Ayo umat nusantara di Indonesia, Malaysia & Filipina, beri dukungan kita pada Spanyol dan Belanda untuk ke final...Uruguay dan Jerman tidak pernah mahu menjajah tanah kita - persetankan merek - Zulhabri Supian

Saturday, July 3, 2010

Hari 20: Bangsa pemikir memalukan Maradona

3 Julai 2010
Sabtu
Jakarta dan Bandung

Menghampiri waktu daftar keluar jam 12 tgh hari aku bangunkan diri dari lena. Siap semuanya aku menumpang letak beg di kaunter hotel untuk ke warnet sementara menanti Tyaz, teman cewek yang hiper aktif dan mandiri.

Menelefon 'travel' ke Bandung membuat pesanan trip jam 2.30 petang dan kemudian menerima panggilan dari Tyaz mengatakan akan sedikit lewat yang disambut gembira kerana boleh melangsaikan beberapa kerja di warnet.

Tyaz ni aku kenal dari teman kepada teman yang berlingkar-lingkar lingkarannya dan memang sangat berguna untuk kepentingan jaringan dan bukan jaringan, Oleh kerana dia ini seorang penyanyi juga, mc dan presenter professional, maka senanglah mendapat kontak2 selebriti dan band2 papan atas Indonesia.

Jam 1 tgh hari dia sampai di pot lepak kami, KL Village yang teh tariknya boleh bersaing hebat jugaklah kalau diletak di KL dan kerana kesuntukan masa untuk berbincang pelbagai perkara, aku tangguhkan trip ke Bandung ke jam 4.30 petang.

4.45 petang - van 'travel' Cititrans bergerak meninggalkan Jakarta ke kota Bandung dan tiba ke destinasi 3 jam setengah kemudian, lewat sejam kerana ramai orang Jakarta berpusu-pusu ke Bandung.

Takde aktiviti sangat hari ni walau mulanya nak ke gig bertemu Irfan, orang aktif Bandung dalam musik independen generasi awal 20an dengan cewek2 Bandungnya yang bikin pusing kepala. Nasib baik hujan lebat dan terasa malas nak naik motor meredah hujan dan kedinginan, lainlah kalau ada yang menanti malamnya di ranjang - baru boleh rajin.

Alternatifnya, aku ke warnet di Dipatiukur sambil menonton aksi Maradona dibelasah Hitler.

Friday, July 2, 2010

Hari 19: Babi guling

Jam 7 pagi melelapkan mata dan jam 11.30 pagi sudah bangun, kalau tidak ketinggalan pesawat, maka kasihanlah cewek di Jakarta.

Merempit kali terakhir di Bali menuju lapangan terbang Ngurah Rai melewati jalan by pass yang panjang berkilo-kilo sambil menikmati pemandangan babi guling yang boleh dijadikan produk pelancongan untuk Muslim Malaysia yang jauh2 datang kemudian merasa jijik. Kasihan dan gagal pastinya untuk menjadi da'ie.

Jalan di Bali tidaklah terlau sukar dihafal jika dibanding Bandung, tetapi tidak terlalu mudah seperti Jogjakarta. Tapi dengar khabarnya di facebook Vovin yang bersendirian selepas itu sesat di dalam kota Denpasar, entah benar atau sengaja mengaburi mata kerana sudah terjumpa cewek-cewek asli Bali yang tidak kurang kalahnya dengan cewek Bandung - nak-nak kalau mereka sedang beribadat di kuil-kuil mereka dengan pakaian adatnya. Tip untuk kaum laki-laki lurus orientasi seks, sila bertandang ke kota Denpasar jika ingin berbicara dengan cewek2 tempatan dan bukan di Kuta dan Sanur yang banyaknya cewek2 'teroris budaya' atau 'anti-babi guling'. Namun peringatan harus hati2 dan jangan tersalah pilih yang sudah berteman laki2 tempatan, jika tidak niscaya akan dibelasah dan dijadikan tajuk berita di koran Bali Times.

Pesawat Air Asia QZ7513 tujuan Jakarta yang sepatutnya berlepas jam 2 petang telah lewat dan dijadualkan berangkat jam 3.30 petang dan kali ini aku sambut dengan gembira kerana boleh makan KFC pro-Islam dahulu. Selesai berjihad di KFC, aku dan Vovin berpisah benaran dan akan bertemu semula Insya Allah nanti di Bali sekali lagi bulan Ramadhan atau mungkin di Beijing atau Seoul - bergantung pada jadual dia nanti.

Penumpang Air Asia yang kelewatan dijamukan dengan Roti Boy dan air mineral seraya menimbulkan rasa jeles penumpang pesawat lain yang turut kelewatan, cayalah Air Asia pendahulu pejuang demokrasi aviasi, korang bikin aku bangga sebagai rakyat Bik Mama!

Sejam 40 minit kemudian aku tiba dengan selamat di Jakarta dan kemudiannya menaiki bas Damri ke stesen kereta api Gambir sebelum disambungkan dengan ojek ke Jalan Jaksa. Kali ini Luna Maya tidak di sisi seperti tempoh hari kerana dia sudah pandai berbohong - aku tak suka dia, aku lagi suka Gillian Chung.

Rancangan asal mahu ke Bandung terus terbantut kerana sering terpesona dengan kota Jakarta dan isi-isinya. Mujur ada lagi bilik di Hostel Djody yang semurah 75,000 rupiah per malam dengan seala kadarnya, kalau tidak tidur di warnet sajalah.

Letak barang dan terus cau ke warnet sebelum ke KL Village menonton aksi suku akhir bersama Black yang datang kemudian menemukan Belanda/Indonesia bertemu Brazil yang berkesudahan Indonesia menang 2 gol berbalas 1. Tahniah kalian yang secara psikologi memalukan Malaysia dengan England/Inggerisnya yang lembik dan tidak gagah itu. Ramai sekali anak2 Malaysia di KL Village yang multi kultural dan tidak kejawaan totok seperti di Jogja.

Pedoman kata hari 19:

'Mereka hanya bergaul dengan kelompoknya sendiri. Padahal kalau pergaulan hanya dengan kelompoknya sendiri, itu itu saja mengerdilkan kemanusiaan. Umat Islam perlu lebih terbuka terhadap perbedaan-perbedaan yang terdapat di kelompok-kelompok lain. Keterbukaan akan terbentuk dari pergaulan dengan berbagai kelompok lain. Oleh sebab itu, generasi muda Islam perlu didorong menjalin pergaulan seluas-luasnya. Anak-anak muda, jangan hanya bergelut di organisasinya sendiri, tapi harus bergaul dengan berbagai kelompok lain. Dengan pergaulan yang luas, umat Islam diharap dapat lebih menghargai dan menghormati kebenaran yang diyakini oleh kelompok lain serta memberi kesempatan pada kelompok lain untuk meyakini kebenaran yang dipercayainya" - mantan Ketua Umum Pengurus Pusat Muhammadiyah, Syafi'i Ma'arif

Hari 18: Pulau Luna Maya diancam 'teroris budaya'

Bali? Kalau mat/minah saleh ke sini kerana arak murah, kalau mat/minah malaysia ke sini kerana nak belanja - jadi apa kejadahnya budaya Bali dengan pelancongan? hah, inilah yang akan didiskusikan malam ini di Taman 65, bagaimana pelancongan dikomodotikan ke tahap ekstrem di Bali. Malangnya aku tak sempat hadir kerana sibuk menyiapkan kerja2 menulis yang tertangguh selama 3 hari kerana tiada bekalan internet di Bromo.

Kes pelancong asing atau 'teroris budaya' yang menjahanamkan Bali sangat menarik untuk disoroti dan tahun-tahun mendatang wacana ini akan menjadi semakin besar. Sebagai alternatif, aku dan Termana yang merupakan orang kuat Taman 65 akan mengusahakan 'Alternative Tourism' secara serius bermula di Bali tahun hadapan sebelum Insya Allah dikembangkan ke lokasi-lokasi lain - pelancongan massa sememangnya membosankan.

Rujuk artikel tentang ini di The Malaysian Insider yang aku tulis tahun lepas.

Banyak cerita di Bali yang menjengkelkan, tidak terkecuali Festival Literari Ubud yang mendewakan penulis luar dan menganaktiri penulis lokal dan harga tiket yang tidak terjangkau bagi masyarakat lokal - contoh klasik pemikiran binatang penjajah.

Hari ni tidak berbuat apa sangat, bangun menjelang jam 2 petang - makan siang di restoran masakan Jawa yang enak dan melayari internet selama 7 jam. Setelah itu kami dengan kapcai yang disewa per hari, 35000 rupiah singgah sebentar ke Taman 65, diskusi telah bubar dan yang tersisa sesi ramah mesra plus mabuk-mabuk arak Bali.

Ketemu Ratih di sini yang mabuk2 dan teman2 baru untuk 'faedah' trip Ramadhan nanti ke 'Lombok-Komodo-Nusa Tenggara Timur-Timor Leste'. Hmm, bercerita soal mabuk dan lepak, Bali dan seluruh wilayah di Indonesia tidak boleh dipisahkan kecuali Aceh yang lebuh kuat tradisi ngopi. Menarik sekali sebenarnya kerana di Malaysia rakyatnya berkemampuan lepak berjam-jam lamanya tanpa arak, cukup dengan beberapa gelas teh tarik atau nescafe tarik. Kalau mabuk jarang boleh deal apa-apa baik bisnes atau lain2, tetapi dengan teh tarik bisa membikin banyak perkara - itulah kelebihan di Malaysia barangkali.

Melepasi jam 12 tengah malam, lepak-lepak bubar untuk menghormati mereka2 yang sudah tidur. Maka aku dan Vovin kerana masih belum mengantuk merempit ke Kuta untuk melihat-lihat kelakuan sial 'teroris budaya' dan berkongsi2 cerita terakhir sebelum membawa haluan masing-masing besoknya.

Pelbagai perkara sempat dibincangkan dari soal budaya membaca, gerakan seni bebas dan awek pastinya. Setelah itu pulang ke hotel sebelum singgah menikmati Pop Mie di Mini Mart dan sampai ke rumah penginapan tatkala fajar sudah menyinsing.

Hari 17: Selamat tinggal Bromo!






Mencari cinta kudus


Pemandangan di luar kamar


Padang pasir dari satu sisi




Tukang ojek yang kami sewa


Jam 5 pagi

Rabu, 30 Jun 2010

Aku meninggalkan Bromo dengan agak sayu dan rasa ingin kembali meluap-luap bersama yang disayang nanti, masih terngiang-ngiang puisi dari pasir yang suka berkata-kata dengan kerendahan vokal.

Hmm, sebenarnya hari ini secara teknikal bermula setelah kami berjaya mengharungi perjalanan memenatkan juga naik, turun, naik, jalan di padang pasir dan sampai semula di hotel. Kelaparan kami disajikan menu asas sarapan di hotel ini yang diberi percuma - roti dengan jem, 3 potong buah dan secawan kopi.

Siap-siap sebelum kami dijemput van yang akan membawa kami mengharungi perjalanan panjang sekali lagi ke kota Denpasar di Pulau Bali. Jam 10 pagi kami bertolak dan dengan pantas mata terpejam dan tahu-tahu sang pemandu sudah siap memarkir van di luar restoran - lokasi di Pasir Putih.

Menikmati nasi goreng spesial dan teh panas sebelum perjalanan diteruskan melewati pesisir pantai Jawa Timur dan 3 jam kemudian sampailah kami di Banyuwangi untuk menaiki feri menyeberang Selat Bali. Van kami selesai di sini dan di seberang akan menunggu van yang lain.

Menaiki feri ala-ala feri Pulau Pinang tatkala senja sudah semakin menghampiri bersama backpackers2 mat saleh lain dan orang lokal tentunya. Ditilik-tilik kalau di Malaysia pastinya kroni2 pemerintah sibuk memikirkan untuk membina projek jambatan menyeberang selat ini seterusnya meraih sebanyak mungkin laba atau harga mark up. Nah yang sedihnya di sini duit pun tarak untuk dibikin projek infrastruktur besar, apatah lagi nak mengaut keuntungan besar sebab keuntungan kecil sudah merakyat seperti kes penjaga pintu masuk Bromo. Di sisi lain korupsi ala Malaysia sering mempesonakan rakyat2 kerana projek2 banyak siap walau ada yang runtuh nanti - lantas mereka yang tidak tahu hak sampai ke liang lahad akan bersyukur ke hadrat Ilahi atas kurniannya.

Hampir sejam dengan kelajuan feri yang perlahan kami sampai di Gilimanuk di bahagian Pulau Bali dan melambai tangan kepada mat england jiran kami di van yang menuju ke pantai Lovina. Tiga jam lagi di dalam van dengan pundi air kencing yang semakin penuh melalui desa-desa kecil di sepanjang jalan ke Denpasar, pusat pemerintahan Pulau Bali.

Jam 10.30 malam kami sampai dan diturunkan di Ubung dan nasib baik restoran masakan padang berjarak tak sampai berapa langkah, maka makan malamlah dulu kami. Kemudian seperti di mana-mana teksi yang menunggu di luar terminal, kami dikenakan caj yang agak mahal mulanya dan selepas ditawar-tawar dapatlah sedikit saja murah - dasar Puduraya! Di Bali dialeknya agak berbeza dengan di luar pulau dan pastinya mereka ketahuan walau cuba ngomongin gaya Indonesia, hehe.

Setelah membayar 70,000 rupiah untuk jarak yang jika memakai meter hanya berkos 25,000, kami sampai di Taman 65 merangkap rumah Termana dan saudara maranya di Jalan WR Supratman. Taman 65 dengan angka 65 diambil bersempena tragedi tahun 1965 atau G30S yang memakan ribuan korban apabila penduduk2 Bali yang disyaki komunis atau simpatisan PKI dibunuh dengan kejam oleh orang Bali sendiri. Jadi siapa bilang orang Bali yang kuat ibadat itu tidak kejam? Nyata lagi jelas agama belum tentu boleh menghindari keganasan dan kekejaman.

Termana masih sibuk dengan urusannya, mujur ada adik Termana dan teman2 lingkungan sedang nongkrong di situ bersama Sharon, gadis asal Amerika yang sedang bertukar program di Bali yang aku ketemu sebentar di Jogja beberapa hari lalu. Jadi kami berjimba-jimba barang sejam dua di sini.

Pedoman hari 17:

"Ramai berfikir orang putih datang ke Bali kerana budayanya, tetapi silap sebab ramai yang datang hanya melepakkan diri di Kuta kerana harga beer yang murah dan mereka tidak peduli sama sekali dengan budaya lokal" - Adik Termana yang aku lupa namanya

Pasca pedoman:

itulah yang sering aku perhati, banyak backpackers2 mat saleh dan pastinya yang bukan backpackers juga tak ambil pusing tentang negara yang dikunjungi - tidak pernah cuba untuk belajar bahasa lokal dan memperlahankan bahasa inggeris mereka supaya mudah difahami - itu sebab juga aku tak ambil peduli sangat dengan mat2 saleh yang poyo

Hari 13 -16 : Jawa, Dian Sastro dan asal muassalku

Hari 16: Tidur di pasir berbisik bersama 'Dian Sastro'




Trek padang pasir ke Gunung Bromo


Kawah Gunung Bromo


dehidrasi




Gunung Penanjakan dilihat dari Bromo


Pemandangan dari Penanjakan


Besoknya kami tidur di bawah kabus tu


Gunung Bromo yang keluar asap (yang rendah)





Jam 3 pagi aku dikejutkan oleh tukang jaga hotel dan dengan kedinginan yang sepertinya mahu membunuh, perasaan malas untuk bangun sangat mencengkam fikiran walau akhirnya aku gagahi jua sebagai salah satu latihan 'revolusi'. Tiga puluh minit kemudian jeep-jeep sudah mulai datang dan aku dan Vovin bersama 3 orang Mat Saleh berangkat menuju Gunung Penanjakan pada ketinggian 2270 meter untuk melihat matahari terbit merentasi padang pasir Bromo yang ditutupi kabus tebal seterusnya menaiki jalan kecil meninggi bersama deretan jeep-jeep lain.

4.15 pagi kami sampai - sewa jaket yang berkos 10,000 rupiah dan membeli sarung tangan bekal untuk melawan kesejukan dan sempat makan Pop Mie dan minum Indo Cafe dahulu di deretan kedai-kedai yang meriah menghiasi.

Sungguh ramai dan meriah di atas puncak ini dengan pelancong domestik dan luar bersaing-saing mencari posisi terbaik memotret foto. Apa yang pasti keindahan bumi Tuhan di Taman Nasional Bromo Tengget Semeru ini sangat sukar ditulis dalam bentuk kata dan foto-foto dari Vovin yang akan dipamer di sini kemudian mungkin boleh menceritakan serba sedikit.

Selesai kami menuruni cerun-cerun tajam untuk ke Gunung Bromo yang masih aktif sebagai gunung berapi melewati jalan padang pasir yang kami lewati sewaktu perjalanan pergi. Kuda-kuda untuk yang malas berjalan dan yang ingin merasai pengalaman turut disediakan. Oleh kerana kabus tebal sehingga tidak nampak apa membikin aku dan Vovin merasa tidak perlu naik kuda dengan anggapan tidaklah jauh mana. Nah sampai pertengahan sudah kepenatan apabila terlihat trek pendakian semakin jelas, huhu dan sangatlah menyesal tidak naik kuda sedari awal lagi.

Aku meninggalkan Vovin yang asyik memotret dan sempat singgah di gerai di tengah2 trek untuk menggantikan ion badan yang hilang - terima kasih Pocari Sweat! 100 Plus versi Indonesia. Vovin sampai - dan kemudian meneruskan pendakian.

Pemandangan dari puncak Bromo (Gunung Brahma, salah seorang Dewa Utama Hindu) yang dipercaya sebagai gunung suci oleh penduduk Bromo, suku Tengger sangatlah indah terkata dan tertulis. Kawah di bawahnya yang masih aktif mengeluarkan kepulan2 asap dan sulfur yang menjadi punca rezeki bagi sebahaian penduduk lokal. Sejam lebih di sini memang tidak cukup dan inilah kontranya kalau memakai paket yang diurus ejen pelancongan.

Pulang ke hotel aku dan Vovin masih belum membuat keputusan untuk terus ke Bali atau tinggal semalam lagi. Setelah dihitung-hitung kami bermalam semalam lagi dan meneruskan aktiviti dengan menyewa ojek untuk membawa kami ke Savannah yang digembur-gembur seperti di dalam rancangan tv Teletubbies yang aku pun tak pernah tengok - dan apapun benar sekali, cantik menghijau!

Perjalanan ke Savannah mengharungi padang pasir menaiki motorsikal kapcai bertayar biasa sangat lucu dan mencabar juga ala-ala Rali Paris Dakar dengan tayar belakang yang asyik menghambur ke kiri ke kanan melewati pasir tebal - dan bagusnya tak terjatuh kami berdua, makasii pada tukang ojek!

Paling mencuri tumpuan fikiran untuk trip ke Savannah ini adalah kami dibawa setelah diminta ke lokasi penggambaran filem lakonan pertama makwe idaman yang sudah nikah, Dian Sastro berjudul 'Pasir Berbisik'. Sejak pertama kali menonton filem Pasir Berbisik aku memang telah bertekad ke sini suatu hari nanti dan akhirnya tiba jua walau hati dirundung kuciwa, haha.

Nasib baik trip ini semacam free & easy dan masa lebih lama untuk santai dan merenung diri melihat lautan pasir terbentang luas di hadapan mata berlatar belakangkan gunung-ganang, deruan pasir ditiup angin dan kehenginan suasana - memang menginspirasilah. Setelah lebih kurang 3 jam, kami ke Cemoro Lawang base terakhir sebelum masuk ke Taman Nasional ini untuk menikmati makan tengah hari dan sesudahnya tidur.

Bangkit lebih kurang jam 8 malam untuk menonton aksi Jepun melawan Paraguay sekali lagi di restoran Hotel Yoschi yang enak nasi gorengnya. Insya Allah Hotel Yoschi pilihan sesuai untuk aku bertahun madu nanti seandainya ada jodoh la, kalau tak cara lain la. Dua jam lebih menunggu menghasilkan kekecewaan apabila Para-para Guay lebih bernasib baik di perjudian sepakan penalti.

Balik bilik menonton siaran stesen tvone yang sedang mendiskusikan isu pornografi dengan terbuka dan hadirinnya di kalangan mahasiswa, jauh sekali dengan diskusi di stesen tv kita - nak-nak bicara siswa yang boleh menyebabkan mati pucuk tu.

Selesai diskusi di tv, aku terinspirasi untuk trekking ke lokasi Pasir Berbisik pagi2 hari dan lontaran idea ini disambut positif Vovin. Maka berangkatlah kami sekitar jam 2.45 pagi dari hotel menuju ke Cemoro Lawang yang melelahkan kerana treknya agak tinggi juga. Vovin semacam sudah penat dan aku penat juga walau masih maintain, haha sebelum diselamatkan oleh tukang ojek yang menawarkan servis menghantar ke atas dengan baki perjalanan lebih kurang 2km dengan trek meninggi. Tawaran ini disambut dengan tanpa berfikir lagi walau pada awalnya kami menolak untuk menaiki kuda, maaf pakcik ya! Kuda lambat, motor cepat.

Sampai di Cemoro Lawang, makan bakso jap sebelum memulakan perjalanan. Macam biasa menyewa jaket dan meninggalkan selimut tebal yang tiba2 menjadi leceh dan beban kerana cuaca tidak sedingin semalam. Dari Cemoro Lawang, trek menuruni bukit sebelum ditemukan dengan hamparan padang pasir yang diselimuti kabus tebal dan kaki melangkah lurus berkat latihan di 'alun-alun' mencari pasir berbisikku.

Jalan punya jalan macam tak ketemu juga lokasi tujuan dan pada satu tahap terasa semacam sudah jauh, mujur kami terjumpa satu hamparan padang pasir yang meninggi dan boleh tahan cantik dan aku berfikir yang ini pun ok dan bagus untuk lokasi tidur dan refleksi diri kami - bila kabus menghilang dicari lagi pasir dian itu.

Tidur di sini sangat mengasyikkan dan biarlah video yang dirakam Vovin yang berkata visual nanti. Tiada mimpi indah datang dan tiada bisikan2 cinta dari Dian atau gadis Bromo melainkan ketenangan, perghh poyo betul, haha.

Usai tidur dan tatkala kabus mula menghilang, kami berjalan ke hadapan lagi dan rupa-rupanya 'pasir dian' itu hanya di belakang kami, terima kasih Tuhan!

Tidur sebentar lagi sebelum dikejutkan dengan bunyi-bunyi enjin jeep yang mulai datang.

Hari 15: Selamat tinggal kota totok Jawa!

Aku bangun jam 6 pagi lebih sikit kerana harus berada di tempat menunggu van (minibas) sebaiknya jam 7 pagi.

Tidak lama kemudian teksi yang ditelefon Yoshi pun datang menjemput dan perpisahan pun terjadi - pastinya aku akan merindui kucing Yoshi dan anjing jirannya yang asyik melalak menghasilkan irama muzik. Ternyata kami sampai awal dan setelah menunggu sejam akhirnya van ke Bromo pun muncul tiba.

Bersama-sama penumpang lain yang semuanya backpackers manca (pelbagai) negara, perjalanan yang ditempuh akan memakan korban masa kira-kira 12 jam. Sepanjang perjalanan aksi mengelamun dan bernostalgia agak kurang kerana ketiduran yang asyik diselang seli dengan lagu-lagu pelbagai irama yang menghipnotis. Berhenti sejenak makan di restoran khas untuk angkutan umum ala-ala di Malaysia dan di mana pun - satu yang aku perhati di sini adalah penggunaan van secara massal untuk tujuan pengangkutan jarak dekat dan jarak jauh.

Jam sekitar 6.30 petang kami sampai di Probolinggo untuk menukar van ke Bromo yang akan mengambil masa sejam lagi. Setelah menempuh perjalanan terakhir ini kami pun sampai di Hotel Sion View dan suhu sejuk sangat mencengkam tulang-tulang aku yang syukur sudah disaluti banyak juga daging dan lemak. Terima kasih mamak!

Daftar masuk, letak barang dan menyelesaikan apa2 yang patut dengan ejen perjalanan bernama Rohim yang kuat semangat orang hitamnya (orang kita merujuk pada yang sawo matang dan coklat) sebelum menikmati makanan malam di restoran Hotel Yoschi di bawah seraya menonton aksi Piala Dunia Belanda melawan Slovakia.

Tidur yang indah kalau boleh senggama. Sayang sekali.

Hari 14 - Merempit Merapi


Menuju Merapi

Ahad - hari ke gereja bagi mereka yang beragama Kristian dan hari tidur untuk yang malas bangun tanpa mengira agama.

Hajatan awal mahu ke Gunung Merapi di pagi hari terpaksa ditangguhkan ke petang setelah hanya tidur ketika hari sudah nak siang gara-gara menulis dan berinternet. Bangun sekitar 1 tgh hari dan terus makan nasi padang bungkus yang dibeli Yoshi sebelum bersiap-siap untuk perjalanan panjang menaiki motorsikal ke 'Lava Tour' lokasi terakhir Gunung Merapi yang boleh diakses kenderaan.

Tantangan awal datang apabila tayar belakang aku rasakan kempis dan setelah dipam, tetap kembali mengempis perlahan-lahan dan akhirnya aku membuat keputusan untuk menukar tiub (disebut ban di sini). Di Indonesia, tiub masih boleh ditampal seperti mana di Malaysia dahulu kala sebelum ditiadakan perlahan-lahan oleh pasar yang dikawal 'kapitalis'.

Lega dengan ban yang sudah ditukar, perjalanan diteruskan dan seperti biasa aksi sesat tersesat pasti ada dan untuk tidak jauh dari lokasi tujuan yang digelar 'lava tour', aku menyebut arah lokasi rumah Mbah Marican yang juga jurukunci Merapi yang mistis sebagai rujukan setiap kali menanya arah. Setelah mengharungi sejam lebih perjalanan dan kegusaran tersesat, kami berjaya sampai ke lokasi lava tour yang masih tersisa kesan malapetaka letupan terakhir pada tahun 2006 (menewaskan 2 nyawa di bunker maut) sekitar jam 4.30 petang. Gunung Merapi tidak kelihatan kerana diliputi kabus tebal dan bagi mereka yang berminat untuk mendaki sehingga hampir ke puncak, trek khusus ada disediakan.


Gerai2 yang tertimbus



Sejam berlalu, kami menuruni Merapi dengan cuaca mulai gelap dan destinasi seterusnya dalah Universiti Negeri Yogyakarta (UNY). Aku ke UNY untuk menonton Frau, sang penyanyi dan pianis cewek independen di bawah Wowok yang sedang naik daun secara langsung sempena Konsert MedJazz yang turut menampilkan Glenn Fredly, Marcell dan Andien. Menarik sekali adalah fakta bahawa konsert ini dianjurkan oleh Fakulti Kedoktoran Universiti Islam Indonesia dan krew2nya hampir semua memakai tudung dan banyak juga di kalangan audien ceweknya yang memakai celana pendek sehingga menganggu juga konsentrasi aku, haha. Menarik diperhatikan di sini juga apabila banyak gig-gig dan konsert-konsert dibuat di dalam kawasan kampus dan ini dibenarkan dengan rasa gembira dan lebih megejutkan Metalfest yang berlangsung semalam dibenarkan anjur di kampus Atmajaya, wah memang kool! Bila agaknya univerisiti kita ya?


Pot banyak cewek mahasiswi


Frau dari kejauhan

Selesai Frau membuat persembahan, kami bergerak pulang kerana ada aksi bola sepak Piala Dunia Jerman menentang Inggeris yang lebih mengujakan dan faktor tambahan aku tidak mampu melayan pun lagu-lagu Glen dan rakannya. Kami bergegas ke warung instan semalam tetapi di sini sudah penuh dengan orang, lantas ke Elpueblo yang malangnya tidak menyiarkan dan akhirnya kami ke Jalan Parangpritis yang terdapat banyak kafe-kafe untuk mat saleh - akhirnya kami melayani aksi invasi Jerman ke atas Inggeris di Reggae Bar dengan cewek pelayan yang boleh tahan manis.




Wowok bergaya dengan buku Ayam

Alun-alun selatan mencuba nasib keberuntungan

Sesudah gembira dengan kekalahan bekas penjajah dan pelindung penjajahan bentuk baru Malaysia menerusi BN dan monarki, kami ke Ruang Mes 56 untuk bertemu Wowok berkenal-kenal dan merangka projek Frinjan seterusnya.

Ruang MES 56 is a non-profit institution established on February 28, 2002, which is active in the field of photography that emphasizes in the exploratory approach of contemporary photography, both in theory and practice, conceptually and contextually; having the purpose to develop the discourse of contemporary photography sphere in Indonesia.
Ruang MES 56 does several programs, which are Exhibition, Creative Exchange, Workshop, and Archiving. All of these programs are carried out by self-financing and with the support from several donors, either from non-profit institution or from commercial company. All of the programs aim to empower the pop-culture society in Indonesia.
Hari 13 - Kejogjaan


Mural di mana-mana kota ini

Aku dikejutkan oleh sms dan panggilan yang tak dijawabnya sebelumnya dari Adzreen kerna masih asik ketiduran. Tanpa rasa mahu menipu sunat, aku membalas sms tersebut dengan teks, "Saya sedang siap2, baru bangun" dan dibalas dengan mesej yang seakan tidak memarahi, syukur Alhamdulillah.


Buku2 Resist

Setelah aku dan Vovin siap bersolek, kami terus melaju dengan motor rempit dari kadar kebiasaan Jogja untuk ke pejabat penerbit buku 'kiri', Resist Book yang terletak di Jalan Magelang, kira-kira 15 minit dengan motorsikal tanpa aksi superman. Aku menyukai buku-buku terbitan Resist Book yang walau agak propagandis tetapi kulit bukunya jelas bercitarasa unggul dan artistik, t-shirtnya juga - siapa bilang kalau kiri harus tidak berdisiplin dan cincai bancai? Menyorot kembali perkenalan dengan Resist Book bermula sewaktu aku bekerja di penerbitan alternatif Malaysia, Gerakbudaya, sebenarnya sebelumnya lagi cuma tidak secara rasmi 'industri buku'. Bung Indro dan Guntur juga sudah tidak bersama Resist dan sekarang dikepalai oleh orang lama Resist juga, Bung Eko.

Sesat sebentar sebelum bertanya orang2 di tepi jalan akan keberadaan lokasi Resist dan akhirnya menemui pejabat lama mereka sebelum Titih menyelamatkan kami, pejabat baru mereka terletak tak sampai 200 meter dari premis lama. Adzreen sudah di sana dan terlihat sedang menikmati minuman fanta. Sejam di sana bertukar-tukar cerita dan sempat terbeli satu buah buku yang bertajuk 'Karl Marx: Membongkar Akar Krisis Global' buat bacaan semasa dalam perjalanan2 panjang. Aku sebenarnya telah membuat keputusan ala-ala Najib Tun Razak 'flip flop' untuk tidak membeli buku, tetapi akhirnya akur dengan tuntutan nafsu yang memberontak melawan, ah sialan. Banyak juga judul-judul baru dan salah satu darinya sempat dilarang edar oleh pemerintah Indonesia yang aku lupa judulnya - insya allah akan aku pesan nanti melalui pos untuk diberi tidak percuma kepada anak2 muda dan mungkin tua Malaysia nantinya di acara-acara Frinjan dan kawan-kawan.

Sesudah itu, kami mencari pawagam XXI dengan niat menonton dua filem Indonesia terbaru, 'Not For Sale' dan 'Tanah Air Beta' sebelum dikecewakan dengan sifat anti-nasionalisme pemilik panggung yang memilih untuk hanya menayangkan filem-filem bukan Indonesia - mungkin kerana pawagam ini disasarkan kepada kelas menengah Jogja dan untuk filem-filem Indonesia harus ke pawagam XXI yang satu lagi di mal Ambarrukno yang lebih keIndonesiaan. Mujur di depannya ada kedai makan dan kami memilih untuk menikmati makanan siang dahulu berlaukkan ayam goreng, tahu yang tipikal Indonesia dan sayur-sayuran. Tambah mujur ada pula aksi langsung perlawanan separuh akhir badminton Terbuka Indonesia menemukan Datuk (yang Lim Guang Eng poyo2 kasi) Lee Chong Wei dan Bukan Datuk Sonny Dwi Kuncoro - maka terpaksa menahan diri untuk tidak kelihatan menyokng Chong Wei supaya tidak dibelasah. Tahniah Chong Wei kerana berjaya membalas dendam kekalahan minggu sebelumnya di Terbuka Singapura dan ingat musuh utama anda adalah Lin Dan, Lin Dan dan Lin Dan, Olimpik London 2012 tak lama lagi dah. Menang Olimpik 2012 insya allah akan dapat tun, Ibrahim Ali pasti akan murka nanti sebab Cina yang dapat.

Santapan dibersihkan, kami ke Toko Buku Togamas sebuah rangkaian kedai buku diskaun sederhana yang berjaya memberi saingan hebat kepada Toko Buku Gramedia dengan menawarkan diskaun 10-30 peratus sepanjang masa untuk semua judul yang dijual - sesuatu yang tidak dibenarkan di Malaysia sehingga kewujudan Book Xcess di Amcorp Mall yang menjual dengan harga tidak masuk akal sedang dicekal musuh-musuhnya terutama MPH. Sedang Vovin mencari2 buku, aku pekena teh hijau dulu sambil baring2 kepenatan di kafe yang terletak di sebelah sudut tepi dan setelah Vovin selesai membayar, aku terNajib Tun Razak juga apabila terbeli buku 'Soe Hok-Gie...sekali lagi: Buku, Pesta dan Cinta di Alam Bangsanya.

Selesai memungkiri janji, kami bergerak ke Taman Budaya Jogjakarta untuk ke Festival Kangen Jogja - satu perayaan seni budaya Jogja yang dikelolakan kelompok seniman-seniman dan rohnya sangat berbeza sedikit dengan Festival Kesenian Yogyakarta (FKY) yang berlangsung di gedung sebelah. Bertemu Termana dan anak-anak mahasiswa Amerikanya di sini dan kadang2 Adzreen dan kawan-kawannya. Sedang berlangsung pada waktu ini di KL adalah Urbanscapes 2010 dan jika dibanding dengan Festival Kangen, bahkan FKY sendiri aku merasakan perlu ada alternatif kepada Urbanscapes nanti dan Insya Allah akan diusahakan ke arah itu. Amat malang apabila suara2 seniman muda progresif berbahasa kebangsaan sering dipinggirkan dan meminggirkan - sudah sampai masanya untuk mereka2 ini lebih ke hadapan untuk mencorakkan seni budaya yang boleh dinikmati masyarakat terbanyak.








Ke Jogja kena jual buku, haih

Malam hari ini kota Jogja sangat meriah dengan kehadiran para pelancong domestik terutama anak2 sekolah yang berlibur panjang dan tidak lupa 5 acara seni budaya besar dan kecil yang berlangsung serentak - Klangenan Jogja, FKY dan Festival Kangen yang berlokasi dekat2 sahaja , Fiesta Suzuki di Alun-Alun Utara menampilkan SO7 dan Metalfest di kampus Atmajaya. Rencana awal ke Metalfest bertemu Wowok, pemilik Yesnowave ditunda esok dan kami membahagi masa seadilnya di antara 4 acara tersebut sebelum terhegeh-hegeh mencari kedai makan yang menayangkan perlawanan di antara Korea Selatan dan Uruguay. Berbeza dengan Jakarta dan Bandung, di Jogja amat sukar mencari kedai2 makan atau kafe yang menayangkan aksi perlawanan di skrin besar atau tv. Setelah berpusing-pusing kami terjumpa satu restoran yang ada tv dan ada aksi, dan sebab perut pun dah lapar kami makan di situ juga sebelum terpaksa beredar tatkala aksi babak kedua masih awal kerana sudah tamat waktu operasi.

Pusing-pusing lagi dan terjumpa satu kafe kecil khas untuk apa-apa yang instan semacam indo mee dan indo cafe, kedudukan menjadi seri dan semangat meluap-luap Asia untuk Asia aku semakin menyemarak sebelum terpaksa menerima realiti pahit kekalahan juga - tipikal Asia dalam bola sepak seperti mana tipikal melihat Denmark asyik tersungkur di Piala Thomas.

Kecewa juga, kemudian pulang.

Fakta trip 90 hari tanpa monarki

ayah kepada ibuku berasal dari Pacitan di Jawa Timur dan merupakan etnik Jawa dan ibuku dilahirkan di Kampung Pacitan di Port Dickson, Negeri Sembilan, malangnya aku tidak boleh berbicara Jawa akibat kemalasan mengaji Jawa, sekarang rasanya menyesal. Akibat Air Asia yang tidak muncul awal2 selepas kemerdekaan Malaya dan Indonesia, maka hubungan saudara mara ini terputus - sayang demokratisasi aviasi yang lewat tiba telah menyebabkan hubungan saudara 2 negara ini banyak yang terputus.

Hidup Melayu Raya!