Monday, January 10, 2011

Kayuh - Derita pertama




Mukadimah

Pertamanya, ini merupakan kerja gila, kenapa? Sebab aku tersetuju untuk menyahut cabaran Wak Jan untuk mengayuh basikal selama 5 hari dengan purata 100km lebih setiap hari. Memang kerja gila untuk aku yang kali terakhir mengayuh basikal secara konsisten tahun 1994 dan selepas itu bersara kerana menuntut ilmu di penjara agama berstatus kebangsaan.

Ketika idea mengayuh ini dilontarkan Wak Jan, sekutu backapckers yang aku kenali melalui kawan sekolah bernama Siput, aku teruja dan lantas meyakini kemampuan diri sendiri yang walaupun sebenarnya lutut sudah longgar akibat kekerapan beraktiviti bukan zina. Oleh kerana aku sudah bertekad untuk turut serta, aku gagahi diri juga dan sebelumnya telah diuji keras terlebbih dahulu oleh Wak Jan dengan tayar tebal mengharungi perjalanan panas terik melalui jalan sempit, berbukit dan berbahaya dari UiTM Puncak Perdana ke Kuala Selangor pergi pulang 2 minggu sebelum trip.

Selanjutnya di sini

Sunday, January 9, 2011

Trip pembuka 2011: Lompat-lompat ke Bangkok

Insya Allah tahun 2011 akan dimulai dengan trip menaiki apa-apa kenderaan yang sesuai dari KL ke Bangkok mulai 17hb Februari - 23hb Februari.

Jadual agak2 seperti ini

16, Rabu- bertolak ke Pulau Pinang naik keretapi malam
17, Khamis- dalam tengah hari selepas pekena nasi kandar, naik van ke Phuket
18, Jumaat - singgah Krabi makan, pastu terus ke Phuket..tidur semalam
19 - Sabtu - berlepas ke Bangkok naik apa yang patut
20 - Ahad - Bangkok
21 - Isnin - Bangkok
22 - Selasa - Bangkok
23 - Rabu - pulang KL naik pesawat murah macam selalu

Ok, siapa nak join sama, sila beritahu la. Makasii!