Saturday, July 31, 2010

Monday, July 26, 2010

Hari 43: Seoul kota untuk pria, betul tak Son Ye Jin?

26 Julai
Jinchon Ferry - Tianjin Port - Incheon

Sinar mentari Korea menerangi lautan luas terlihat sayup-sayup mata kengantokan dari jendela kamar dan jam sudah menunjukkan ke angka 11. Bangun, gosok gigi, minum nescafe dan makan roti krim jenama Lotte sebelum melabuhkan punggung di sofa enak menghadap laut di tingkat 7, satu lantai di bawah kamar aku dan dengan pantas terlena diulit mimpi lagi. Sedar sedar feri sudah menghampiri Incheon dan kanak-kanak riang rombongan cuti musim panas dari Korea Selatan dan China sudah hingar bingar ke sini sana sepertinya Jinchon Ferry ini adalah taman tema. Kepala mulai pusing, aku ikut keramaian orang ke ruang deck terbuka melihat-lihat burung camar terbang bebas menikmati makanan yang dihidangkan penumpang feri, comel sungguh burung-burung ni, burung yang bebas.

Dua jam kemudian feri selamat melabuh di terminal feri Incheon dan kali ini aku jangkakan dugaan akan menanti di imigrisen. Beratur dengan yakin dan setibanya di kaunter, puan imigrisen bertanya, berapa hari di Korea? buat apa di Korea? ada tiket pulang? dan aku jawab 8 hari, cuti dan aku tunjukkan semua tiket pulang ke Tianjin dan KL. Dari pandangan mata kasar seperti sudah lepas dan Vovin kemudian dipanggil sekali ke kaunter, keputusannya sila masuk ke pejabat, huhu.

Kami dibiarkan menunggu lama bersama seorang lagi pelancong China di pejabat yang tiada staf, semuanya seakan sibuk menguruskan pelancong rombongan. Aku bilang sama Vovin, kalau diorang nak hantar pulang ke KL naik pesawat aku ok je, tapi kalau balik Tianjin naik feri esoknya, huhu. Sejam berlalu, akhirnya ada yang melayani dan kami sepertinya sempat menjadi bahan gosip agaknya apabila ramai staf staf yang menghurungi bapak yang mengecek pasport kami sambil menyebut-nyebut; Malaysia, Malaysia.....kemudian senyum dan gelak. Kemudian bapak itu datang dan bertanya hubungan kami, aku jawab kawan dan dia angguk, kemudian berapa lama, aku jawab 8 hari, kemudian ada tiket pulang, Vovin tunjukkan. Selesai, dan aku rasakan positif kerana mood terlihat ceria di dalam pejabat, dan yay! kami lepas dan berkali-kali aku sebut kamsahamnida sambil menunduk-nunduk kepala.

Kemudian berjalan kaki ke stesen Line 1 subway Seoul berhampiran, Dong-Incheon yang akan membawa kami ke Hapjeong di Line 2. Seperti di Beijing, sistem subway di Seoul mudah digunakan walaupun berselirat jalur subwaynya di sana sini melingkari kota dan kemudahan kad prepaid memudahkan lagi perjalanan.

Sekitar jam 6 petang kami sampai di Mr. Kim's Friends Guesthouse yang kami pesan lewat internet di hostelworld.com dan harga untuk satu katil di dorm campur untuk 8 orang hampir RM50. Agak mahal berbanding di China tetapi antara yang termurah di kota mahal Seoul.

Oleh kerana aku dan Vovin membuat pesanan asing dan bilik kepadatan tamu, kami awalnya mahu diletakkan di bilik berasingan yang berjarak 5 minit perjalanan sebelum bos besar mengarahkan stafnya untuk meletakkan kami di dalam satu bilik dan naik kelas lagi, dorm untuk 6 orang - bonus 2 orang cewek Korea yang cantik.

Di Seoul juga aku akhirnya menamatkan puasa facebook yang sebenarnya akibat kekejaman kerajaan China memblok banyak laman web seperti twitter, youtube, blogger dan banyak lagi.

Malam kami berputar-putar di kawasan Hongdae yang berdekatan, nama lain bagi daerah sekitar Universiti Hongik yang terkenal dengan kursus seni halus dan pastinya untuk lelaki lurus inzal wanita, cewek-ceweknya yeh-peu-dah (cun) persis seperti di dalam drama Korea dan untuk cewek inzal laki, ala-ala Rain dan Won Bin bersepah di sini.

Di satu lokasi yang terdapat lukisan mural, kami ditegur oleh pasangan manis muda Korea yang mahu mengambil gambar kami dan bergambar bersama-sama, salah satu contoh dari lima keramahan orang Korea yang kami harungi; pertama di terminal feri di Tianjin, kedua di kamar di dalam feri, ketiga di dalam subway, keempat di kedai cetak menanya arah dan ini kelima. Dari luaran China dan Korea jauh berbeza, adakah demokrasi puncanya?

Setelah mata penat menikmati kecantikan, kami singgah di Family Mart, kios 24 jam menikmati makan malam, mi segera dan air mineral yang berkos 1,700 won (RM4.70). Kenyang pulang dan bermesra-mesra dengan teman sebilik yang sepertinya dalam keadaan separa mabuk, tipikal orang Korea.

Pedoman kata hari 43:

untuk anak-anak SD, SMP dan SMA Korea dan juga Malaysia;

My beloved Korean pupils!

Are you happy now? Do you think that you are happy at home and happy with your friends at school today? Are you sure that you will be happy in the future? Happiness is always situated in your mind. Merely the happy state of your mind itself is real happiness.

Let us think about how to find happiness situated in our mind.

First, I hope that you have a loving heart for all things in nature, even though it is difficult to put it into practice. You should not recklessly treat even an insect or a blade of grass by the roadside. And you should also cultivate your attitude to the acceptance of the natural circulation of the ecosystem.

Second, when you are positive about everything and determined to extend your grateful thanks to everyone, you will feel more comfortable and your love for others will grow on you. When you are accustomed to loving your friends, close relations with your friends are made, your stabilized mind promotes your school performance, and you have a joyful school life.

Third, it seems better to me to have a variety of experiences so as to find out your aptitudes and talents. By enjoying and experiencing various events and social and natural phenomena that are taking place around us, as much as you want, you will all get happiness as a gift.

Fourth, as a common proverb says, ``Walls have ears,” I would like you to bear in mind that there are no secrets, no lies and no deception in this world. That is why we have to live an honest life. Historical events that took place scores of years ago have come to light one by one through both whistle-blowers and scientific progress. Even trivial falsehoods and excuses, groundless rumors and curses are obstacles that do serious damage to children's pure hearts and their happy future.

Last but not least, let us greet each other with big smiles from the bottom of our hearts. Successful people around us share a secret that ordinary people do not know. That is, they have an attractiveness that everyone likes to possess. They are the people who behave themselves, try to remember others' names, and show consideration for others to the end, wherever and whenever they are.

My dear Korean students!

Please be always with Mother Nature, love your family and neighbors, and display your own talents and traits to the fullest. I hope that all Korean youth are always happy with an honest heart and a bright and untainted smile.

-
Lee Jong-hee, The writer is vice principal of an elementary school in Gyeonggi Province. He can be reached at pt4312@hanmail.net.

Hari 38: Aduhai tiket feri

21 Julai - Rabu, ibu kota China

Bangun tidur, tidur lagi, bangun lagi, tidur lagi, bangunnnnnnnnnnnn tidur lagi..hahaha, lagunya arwah Mbah Surip memang kena tepat dengan perangai bangun tidur lagi aku ni. Rasa ada macam kebebasan kewangan bak kata Azizi Ali, ptuihhhhhhhhhh..hahaha, perangai ala-ala Jiang Zemin yang berfalsafah untuk kaya cepat ni harus ditonjol jauh-jauh kerana yang bersalah bukan wang tetapi peribadi mengejar wang itu. Maka tidak hairanlah ramai yang sudah mulai letih dengan perangai ekstremis wang, tak percaya tanya lelaki hebat yang membuat aksi demo di Yunnan, sebuah wilayah miskin di selatan China.

Hari ni macam semalam tiada agenda khusus walaupun dalam senarai perkara banyak yang hendak dilakukan dan oleh kerana nama pun hendak - boleh jadi nak atau tak nak bergantung pada mood dan macam-macam, senang kata fleksibel.

11.30 pagi bangun dan siap-siap sebelum melayari internet percuma di kamar sejam dua, perasaan malas untuk keluar menyelinap di dalam diri ditambah pula dengan cuaca mega panas yang mulai melanda Beijing.

Setelah malas hilang, aku menyantap hidangan tengah hari terlebih dahulu di pot biasa restoran cina muslim ada arak yang berjarak tak sampai 100 meter. Menu daging lembu masak kicap gila manis untuk porsi 2-3 orang tetapi aku makan solo bertemankan air coca cola yang anehnya menjadi konsumsi regular aku di China. Sesudah makan aku menetapkan fokus untuk ke CTS dan sebuah ejen pelancongan di Hotel Gloria Plaza mencari dan terus mencari tiket feri ke Seoul. Sebelumnya aku telah meminta pertolongan staf di kaunter resepsi hostel untuk membuat panggilan terus ke Jinchon Ferry dengan mendail nombor yang tertera di laman web mereka dan juga kitab suci Lonely Planet, malangnya dan lahanatnya nombor itu tidak wujud - apa kejadahnya Jinchon Ferry ni. Sebagai alternatif lain, staf ini menelefon ejen yang dikenal dan dari perbualan ia menjanjikan sessuatu yang positif dan setelah disuruh emel, jawapan balas sesudah makan siang yang diterima adalah tiket feri sudah penuh dan aku dinasihatkan untuk sama ada mencuba nasib dengan datang terus ke terminal pada hari keberangkatan atau membeli tiket pesawat dengan harga istimewa dari si Billy ni - hmmm, macam perangkap untuk suruh aku beli tiket pesawat je.

Ok, sesampai CTS di Chaowengmen, staf kaunter kata takde jual tiket feri dan kemudian ke Hotel Gloria Plaza di Jianguomen, hotelnya sedang dalam ubah suai, huhu. Ok ok, sabar kerana assabru minal iman.

Naik lagi subway dan kali ini destinasi tujuan Stadium Nasional atau sarang burung yang aku lawati beberapa hari lepas bersama kawan2 tetapi tidak sempat masuk ke dalam kerana waktu operasi sudah tamat, kebenarannya kalau belum tamat pun takkan masuk sebab kedekut duit, ada ke dia caj 50 yuan untuk masuk dalam untuk lawat-lawat kosong.

Hari ni kalau masuk berbayar pun berbaloi gak kerana ada aksi persahabatan amal di antara Birmingham City dan Beijing Guo'an dan tiket paling murah adalah 100 yuan dan aku belum ada tiket pun, redah je dengan anggapan pasti ada ulat. Di dalam subway menuju stadium sudah kelihatan penyokong tegar Beijing Guo'an dengan jersi hijau berjenama Nike di mana-mana dan mat-mat saleh suspek orang England yang lembik layu terkulai di Afrika Selatan.

Telahan aku betul kerana ulat tiket di mana-mana dan aku cuba terlebih dahulu mencari kaunter dan tidak jumpa sebaliknya terbeli tiket dengan ulat yang menawarkan tiket berharga 380 yuan dengan harga serendah 100 yuan, tanpa mahu negosiasi lagi aku beli je setelah berkali-kali diyakinkan bahawa tiket yang dijual adalah asli. Terus aku masuk stadium dan gah sungguh stadium ini persis Stadium Nasional kita di Bukit Jalil, minus kita punya bukan sarang burung tetapi sarang Jom Heboh - bumbung stadium sudah kotor dan beberapa bahagian dalaman stadium sudah mulai nampak usang seperti trek olahraga dan padang yang sekelas Stadium Shah Alam dari pandangan luar. Pengalaman masuk ke banyak stadium di belahan dunia manapun membuatkan aku boleh mengagak seperti apa berada di dalam stadium dan setelah beberapa minit, perasaan teruja menjadi biasa dan seperti di mana-mana negara bukan Eropah dan Amerika, sering stadium yang dibina untuk temasya tertentu akan menjadi kusam dan kurang terurus - kita tunggu dan lihat Afrika Selatan nanti bagaimana.

Anggaran 50,000 yang hadir dan majoriti menyokong Beijng Guo'an dan ramai yang memboo Birmingham seandainya ada aksi yang tidak senonoh terhadap pemain Beijing, satu sikap yang baik dan perlu dipuji - untuk apalah nak poyo-poyo sokong kelab luar negara yang tak berakar langsung di luar negaranya selain akar kapitalis dan kolonialisme. Perlawanan tidaklah membosankan tetapi tidaklah pula menarik, 5 peratus lebih menarik dari aksi persahabatan Norwich City dan Malaysia di Stadium Cheras beberapa tahun dahulu tatkala Proton dengan bodohnya menaja kelab yang cuba meniru jersi Kedah itu :). Beijing Guo'an mendominasi penguasaan bola walaupun cubaan tepat dimenangi Birmingham dan keputusan akhir, Birmingham 1 berkat gol 7 minit sebelum tamat dan Beijng 0. Tiada lemparan plastik air dan kerusi ke arah trek walaupun kalah, sebaliknya balingan kapal terbang kertas di sana sini - boleh diterapkan nanti di Shah Alam.

Hari 37: Oba Mao?

20 Julai - Selasa dan masih di Beijing

Hoorayyyyyyyyyyyyyyyyy! Bisa bangun lambat! Capek sekali setiap hari harus bangun awal, haha

Beberapa kali aku terjaga kerana sudah terbiasa bangun pagi, tetapi syukur pada skil boleh tidur lebih masa tanpa pening yang dianugerahi pencipta, maka jam 11.30 pagi aku bangun dan ke bilik air dan makwe2 pun dah keluar.

Hari ini memang aku sudah dedikasikan untuk rehat dan rehat.

Cuma ada satu tujuan, mencari pejabat CITS, agensi pelancongan terbesar di China milik pemerintah yang katanya menyediakan khidmat jualan tiket feri Jinchon yang sangatlah anti-non Cina dan Korea sepertinya, laman web pun tidak ada di dalam Inggeris, memang menyusahkan.

Sampai di bangunan CITS yang mempunyai 11 tingkat, aku terus ke tingkat 11 kerana bahagian jualan di situ dan sedikit ragu-ragu aku masuk ke dalam yang jelas lebih kepada pejabat dan tiada kaunter jualan. Mujur ada seorang wanita dewasa yang MILF mungkin dan agak cantik juga serta boleh bercakap Inggeris ' a little bit' yang sudi menolong membuat tempahan yang akhirnya berlaku salah faham - tiket feri yang diminta menjadi tiket kapal terbang berkat 'a little bit'. Kemudian aku bercakap dengan seorang staf lelaki bahagian kapal yang fasih Inggerisnya dan dia memaklumkan CITS tidak menjual tiket feri sebaliknya hanya menjual tiket kapal cruise - mungkin CITS Tianjin ada menjual katanya setelah aku memberitahu maklumat tentang itu ada di kitab Lonely Planet China.

Hampa lagi.

Kaki menghayun ke arah Wangfujin untuk ke toko buku Inggeris. Berhenti beli roti untuk makan tengahari.

Di Wangfujin, baca kitab Lonely Planet Korea percuma di toko buku sebelum rehat makan sate ayam muslim di deretan gerai-gerai panjang berdekatan. Berbagai aneka juadah disediakan di sini, tinggal pilih dan yakin.

Kemudian melepakkan diri membaca akhbar Global Times dan buku panduan Beijing sambil melihat-lihat ribuan manusia mencari entah apa. Ironis sekali tatakala berada di daerah belanja sampai mati ini, aku terbaca artikel Utopian Dreams tentang Cao Zhanjing yang merasa romantis dengan zaman Mao yang elagitarian. Pada aku ada sisi pro dan kontra China zaman Mao dengan ekonomi terancang dan zaman ekonomi terbuka Deng Xiaoping dan sewaktu melintasi deretan kedai-kedai pameran kereta mewah, Bugatti, Ferrari dan segala macam lancau itu - aku merasakan Hu Jintao harus segera memberlakukan pengaagihan kekayaan lebih seimbang di anatar bandar dan luar bandar, pesisir pantai dan tanah daratan dan di antara wilayah. Jangan sampai rakyat China menjadi orang-orang Cina diaspora yang berjaya tetapi lemas karakternya.

Leka dan jam sudah menunjukkan 7.30 malam, aku bergerak pulang melewati Chongwenmen dengan hajat mengusha pejabat China Travel Services yang (CTS) aku bercadang datang esok hari. Dari Chaowengmennnnnnn menaiki subway ke Hepingman melewati Liulichang yang hampir semua toko-toko di lorong ini sudah ditutup.

Makan mi daging dan pulang ke kamar. Kasihan Nadia dan Liana sakit-sakit, aku tidak boleh berbuat apa sekadar memberi ubat paramex, ubatnya sakit kepala Indonesia.

Hari 36: Hujan sangat marah di Tanggu

Beijing

19 Julai, Isnin

Sedar tak sedar sudah memasuki hari terakhir untuk trip 'rasmi' Beijing-Inner Mongolia bersama geng-geng 'backpackers tahunan'. Aku menyedarkan diri seawal jam 8 pagi untuk ikut menghantar pulang 'geng 7' yang akan pulang ke tanah monarki dengan 'istana air mata'nya di sebuah jalan yang sibuk waktu pergi dan pulang kerja. Pesawat pulang akan berlepas dari bumi yang dikepalai Hu Jintao pada jam 3.50 petang dan rencana perjalanan seperti yang dipersetujui malam sebelum adalah pada pukul 9 pagi - biar awal supaya tidak ketinggalan pesawat dan setelah mengira-gira jangkaan waktu yang akan terbuang untuk mencari bas setibanya di stesen keretapi Tianjin. Untuk makluman mereka-mereka yang hendak ke Beijing melalui Tianjin menggunakan pesawat Air Asia, angkutan langsung ke Beijing hanyalah teksi dan bas, tiada keretapi.

Selesai geng 7 dan aku daftar keluar, aku kembali daftar masuk untuk tambahan 4 malam sehingga Jumaat, 23 Jun seorang diri bersama Nadia dan Liana dan tetamu baru yang akan ganti masuk katil empuk Wan. Ikut bersama dalam rombongan pulang adalah jiran bilik Nani dari Grogol, Jakarta Indonesia, tiga orang sekeluarga dan 2 orang cowok dari Bogor juga Indonesia yang menginap di hostel lain yang berdekatan - maka semuanya 13 orang dengan beg-beg sarat barang-barang untuk rakan dan keluarga mungkin, tradisi yang tidak pernah aku semai untuk diamalkan.

Menuju stesen Qianmen dan seterusnya menukar ke Line 4 di stesen Xuanwumen sebelum tiba di stesen Beijing South. Berbekalkan bantuan Jega seperti biasa, kami menavigasi rombongan kombo dagang Malaysia-Indonesia ke China untuk mencari kaunter tiket dan seterusnya membeli. Setelah soseh-soseh bermandarin, 13 tiket keretapi laju tujuan Tianjin dari Beijing South berjaya dibeli dengan kos satu tiket memakan mangsa kertas yuan sebanyak 58 (RM29).

Stesen Beijing South jikalau diletak sebelah menyebelah dengan KL Sentral, nescaya akan menangis air mata darah kepiluan stesen hub kebanggan kita itu. Dengan desain ala-ala stadium dan seperti di mana-mana di China, bangunan stesen ini sangat besar dan boleh dianggap mega ala-ala Mahathirisme kita. Malah kebersihan tandas juga boleh dibanggakan, terima kasih kepada sistem flash automatik, kalau tidak bertepek-tepek tahi macam biasa.

Setelah menunggu 30 minit lebih, keretapi berangkat tepat jam 11 pagi seperti dijadualkan dan perasaan kagum dengan teknologi transportasi keretapi di China semakin bertambah, siapa bilang negara ramai penduduk tidak boleh berbuat apa seperti yang sering diklaim nasionalis dan geng-geng penafian di Indonesia dan India? Keretapi meluncur laju dengan kelajuan maksima dicatat ialah 336 km/j dan tepat 30 minit kemudian keretapi sampai dengan selamat di stesen Tianjin, pengalaman yang menarik dan menyeronokkan tambahan pula gadis pramugarinya cantik-cantik dan manis-manis.

Di sini bermulalah episod tipikal di China, mencari terus mencari dan kali ini carian kami adalah bas ke lapangan terbang Tianjin Binhai. Tanya sana dan tanya sini semuanya menghampakan, seorang cakap sana, seorang cakap sini dan seorang tak tahu. Bertemankan hujan renyai-renyai yang mulai turun membasahi bumi Tianjin - tempat kelahiran banyak bet-bet ping pong yang sering aku baling kalau kalah, aku dan Jega berbekalkan logik akal dan pembacaan sebelumnya memfokuskan mencari bas yang dicari-cari di luar stesen keretapi dan setelah pusing-pusing akhirnya kami menjumpai stsesen bas yang gayanya seperti untuk bas tempatan dengan nombor-nombor terpamang di depan bas. Setelah bertanya bas ke lapangan terbang kepada penjaga kaunter, pakcik itu menunjukkan ke arah bas nombor 825 dan seraya berakhirlah pencarian ini.

Bas pun mula berjalan, dalam hati aku semacam tidak yakin bas ini akan langsung ke lapangan terbang dengan tidak ada gaya seorang penumpang lokal yang seperti mahu ke lapangan dan ini ditambah pula dengan banyak orang turun dan naik sepanjang perjalanan - sesuatu yang tidak normal untuk sebuah bas ke lapangan terbang. Nah, 40 minit kemudian pemandu bas ini yang tipikal China - kasar mengarahkan kami turun di tepi jalan dengan papan tanda di jalan menunjukkan lapangan terbang hanya tinggal 2 kilometer. Dengan desupan air hujan yang turun, sebuah van sampai diikuti dengan teksi motor beroda tiga yang sedang diperangi pemerintah dan sebuah lagi kereta - dengan koordinasi yang mantap dari geng-geng prebet sapu kami berjaya juga sampai di lapangan terbang - setengah jam awal sebelum kaunter daftar masuk dibuka. Tahniah!

Aku. Jega dan Wan menaiki kereta tiga roda yang lucu dan lembab beralaskan tikar kayu di kerusi belakang dan disambut meriah dengan klikan kamera dari rakan-rakan dan pandangan aneh dari orang lokal. Bayaran setiap penumpang adalah 4 yuan, rendah berbanding rakan-rakan lain dengan 'kenderaan laju' yang dikenakan 8 yuan. Aku dan Wak Jan membuat keputusan untuk menyantap KFC sambil mengusha bas yang sebenar ke Tianjin di bahagian kedatangan dan setelah ditunjukkan arah, rupanya memang ada bas khas shuttle ke stesen keretapi Tianjin dan pastinya bukan 825.

Setelah melambai tangan dan bersalam-salam dengan perasaan sedih juga - satu lagi perpisahan, aku pun membawa diri dengan menaiki bas shuttle yang tidak dijumpai lokasi keberangkatannya di Tianjin. Tiket berharga 10 yuan dan destinasi tujuan ada dua, satu stesen keretapi Tianjin dan satu lagi Nanjing Road dan kekerapan adalah setengah jam sekali sehingga berakhirnya pesawat. Tepat 2.30 petang bas bergerak dengan hujan yang konsisten turun dan semakin lebih dari renyai-renyai dan 30minit kemudian bas berhenti di sisi stesen (berdekatan pintu utara) yang sebenarnya agak jauh dan tersisih dari bangunan utama, patutlah tak jumpa dan ramai tidak tahu.

Aku meneruskan perjalanan dengan menaiki bas 621 ke Tanggu, bandar pelabuhan setelah basah kuyup mengharungi jarak senggang di antara terminal bas lapangan terbang dan bas bandar. Bas pertama penuh dan aku menunggu bas seterusnya dan malang sekali gagal mendapat tempat duduk dan terpaksa berdiri betul-betul dekat kerusi belakang dengan ruang kaki untuk bergerak maksima 20 sentimeter. Menaiki bas ini memang pengalaman menarik, macam-macam gelagat orang lokal yang sangat kekampungan China terbentang di depan mata - ada gelagat cumbuan secara terbuka tapi malu-malu sedikit, tipikal bercakap dengan nada tinggi dan paling menarik pakcik depan aku dengan yakin menghaktui - dasar orang China!

Sejam berlalu destinasi masih belum kelihatan walaupun aku tahu bas ini pasti benar kerana pemandangan sekeliling sangat berwajah pelabuhan dengan gudang-gudang dan treler di sini sana. Setengah jam sesudah itu bas melewati stesen keretapi dan kelibat papan tanda bertulis Tanggu melegakan hati aku, ya aku sudah sampai di Tanggu dan sekarang persoalan muncul turunnya di mana? terminal ferinya di mana? Ragu-ragu aku turun di stesen terakhir untuk lebih selamat.

Tujuan aku ke sini ada tiga: untuk mengusha terminal feri ke Incheon, Korea secara fizikal setelah maklumat lengkap sangat-sangat sukar didapati di internet, membeli tiket feri dan menginap semalam di sini. Malangnya misi gagal disebabkan bilik hotel yang murah-murah dan dekat-dekat sudah penuh dan cuaca sangat buruk dengan hujan dan angin yang kuat dan semua orang yang aku tanya termasuk teksi tidak memahami destinasi tujuan, padah tak tahu bercakap dan menulis karakter Cina. Buntu, aku berjalan kaki dengan payung murah yang banyak kali hampir diterbangkan angin kuat menuju ke stesen keretapi yang aku berjaya simpan di dalam memori jalannya, 2 kilometer berjarak dari stesen terakhir yang aku turun. Oleh kerana hujan dan angin semakin kejam, aku menahan teksi dan mengarahkan pemandu teksi untuk terus dan ikut isyarat tangan aku. Terima kasih pakcik yang baik dan sempat mengajar aku menyebut stesen keretapi di dalam Mandarin. Di stesen aku sempat bertanya awek jaga kaunter arah ke terminal feri dan seperti biasa dia tidak tahu sehingga aku teringat untuk menunjukkan gambar kapal di dalam buku panduan pelancongan, oh langsung dia tahu dan aku meminta dia menulis karakter cina supaya mudah untuk ditunjukkan kepada pemandu teksi - dan rupanya Tianjin Ports berjarak 15-20 minit perjalanan lagi.

Menaiki keretapi laju pulang ke Beijing South dengan segala macam rasa - kos 70 yuan.

Urut kaki 30 minit dulu di depan hostel.

Tapau nasi goreng daging di restoran muslim berdekatan dan di kamar sudah ada tamu baru, cewek dari Perancis. 3 cewek 1 cowok. Nikmat sekali! Hilang semual lelah

Hari 33: Khutbah tanpa doa monarki

16 Julai, Jumaat

Beijing

Kalau dahulu keretapi bertolak dari Beijing West, keretapi dari Baotau ini berhenti di Beijing Main yang strategis lokasinya kerana mempunyai stsen subway sendiri yang dihubungkan dengan semua jalur subway kota Beijing.

Teksi antrian panjang dan bas sesak, maka kerana itu kami menaiki subway ke stesen Qianmen dan kemudian berjalan kaki mengikut tunjuk arah seperti di dalam 'directions'yang dicetak terus dari laman web Hostelworld.com dan syukur jumpa dengan jayanya. Qianmen Hostel & Cafe ini jauh lebih strategik berbanding hostel pertama kami di Sanlitun yang agak jauh dengan Tiananmen dan sekitarnya serta harganya hampir sama dengan Sanlitun dan suasanya lebih sunyi dan harmoni berbanding Sanlitun yang seperti di bar yang penuh dengan mat rempit dan minah rempit minah salleh.

Oh bercerita tentang backpackers mat salleh ni memang menarik, banyak sisi boleh dilihat tabiat dan karakter mereka, ada cerah dan ada gelap. Ok gelapnya adalah banyak dari mereka berfikir bahawa tamadun mereka superior dan berperangai tanpa sedar seperti imperialis dan paling bodoh sekali, ada ke setelah jauh-jauh berjalan ke China sebagai contoh, sarapan pagi mereka adalah ala barat dan minuman mereka seringnya arak jenama barat, jauh sekali dari tanggapan ramai dari kita yang naif tentang mat/minah salleh miskin harta/pemikiran ini yang sering kali mengembara bukan kerana budaya melainkan kerana benua Asia adalah benua yang murah untuk mereka bercuti panjang dan berkelakuan terror budaya, lihat sahaja Bali dan Bangkok sebagai contoh. Maka sepengalaman aku mengembara dan bercampur dengan backpackers salleh-salleh ini, janganlah terlalu poyo-poyo nak mengendeng-ngendeng dengan mereka semata-mata mereka berkulit putih, kalau nak pun carilah yang ada kesedaran budaya sedikit yang malangnya spesis unik di kalangan mereka kerana majoriti dari mereka hanyalah ingin menginvasi budaya lokal dengan budaya mereka yang asing. Backpackers atau luxury traveller dari barat, dua dunia berbeza tetapi menataliti tetap sama. Selamat mencuba!

Destinasi pertama - Masjid Niu Jie untuk solat jumaat.

Setelah dua kali mencuba naik bas dengan meredah saja dan dua-duanya gagal ke destinasi tujuan, akhirnya kami berjalan kaki mencari masjid Niu Jie, masjid yang didirikan pertama kali pada 996 sebelum dibina semula dan diperbesar semasa pemerintahan Qing Emperor Kangxi (1622-1722).

Pengalaman solat jumaat di sini sangat menarik dengan muka-muka cina ala gangster bersembahyang bersama-sama muka-muka global dari seluruh pelusuk dunai. Kami sampai awal dan ceramah agama dalam Mandarin sedang berlangsung yang aku suspek penceramahnya adalah Ismail Kamus versi Beijing yang sedang memaki hamun Presiden Hu Jintao dan pemerintahan komunis nasionalis kapitalis samsingis China.

Selesai ceramah, khutbah pun disampaikan dan teks disediakan oleh Jabatan Agama Islam Beijing dengan memasukkan doa panjang umur untuk Sultan China, Tuanku Hu Jintao, kalau tidak rukun solat tidak cukup dan akan dicampakkan ke neraka nanti. Syukur tiada demonstrasi anti-Hu Jintao atau anti-Israel diadakan setelah solat, manakan tidak kalau nak berniaga kopiah dan makanan pun dihalau oleh polis atas sebab ketertiban, mujur geng-geng Yusuf Tayyub (penjual barang2 agama yang sepertinya wakil Tuhan dan di atas undang-undang) yang hobinya menerjah masuk mana-mana acara terutama ceramah tanpa meminta izin tidak ada di sini, kalau tidak polis China pun takut woo.

Selesai solat tibalah giliran menikmati makanan tengah hari dengan aneka hidangan lauk di restoran muslim berdekatan dengan pelayan yang boleh tahan comel, aduh apa nih semua nya comel, takpe aku akan tetap setia pada comel yang satu.

Destinasi kedua - Stadium Nasional atau saran burung

Siapa yang mengikuti Sukan Olimpik Beijing 2008 pasti tahu stadium yang dibina dengan rekaan sarang burung ini, bersambung.....

Hari 32: Pulang ke ibu kota

15 Julai, Khamis

Hohhot ke Beijing

Selamat tinggal Inner Mongolia!

Menaiki keretapi malam dari Hohhot ke Beijing, kali ini kami berjaya duduk dan sekali sekala berdiri kerana lebih enak rasanya :)

Pedoman kata hari 32:

Western-style democracy doesn't fit the situation in China because people are in need of democratic qualities, but in 30-50 years time, Chinese will know better what democracy is -
Shu Kexin (Shu), an advocator of self-government by homeowners in Chinese communities

Hari 31: Dinosaur lah

14 Julai, Rabu

Hohhot, Inner Mongolia


aksi solat di pintu masuk


Lorongan muslim

Hari ni melawat Muzium Inner Mongolia yang masya allah gagah sekali rekaan bangunan ini dan alhamdulillah tidak dikenakan bayaran, terima kasih pemerintah Inner Mongolia dan China atas subsidi ini! Muzium ini antara tarikan pelancongan di Hohhot yang wajib dilawati sama ada kerana rekaan bangunannya ataupun bahan pamerannya yang menarik dari koleksi tentang dinosaur hingga ke ruangan aerospace yang menjadi kebanggan Inner Mongolia dan China kerana projek angkasanya bukan sekadar menghantar pelancong ke angkasa yang yeye je raba-raba bontot kecoh kecoh. Walaupun aku tabik dan hormat juga dengan Dr. Sheikh Muzaffar di atas kejayaannya yang tidak mudah juga itu, tapi jangan sampai hormat itu menutup mata kita dengan perkara yang lebih utama iaitu soal ke mana arah kita sebenarnya di dalam projek angkasa ini?

Cerita perjalanan ke Muzium dari hotel sangat kelakar dan memenatkan tenaga manusia kami kerana konon-konon tak nak naik bas, kami menapak hampir 4 jam sebelum sampai ke destinasi. Bukanlah terlalu jauh sangat melainkan gangguan kedai-kedai menarik yang bertebaran di tepi jalan dari kedai pakaian, kedai basikal dan bank untuk tukar duit, hehe. Insaf dan merasa hina, pulang kami menaiki bas nombor 5 setelah dikonfimasi dua cewek (lagi) cun yang baik hati. Dengan tambang subsidi lagi serendah 1 yuan kami menuju ke kawasan Muslim berdekatan Great Mosque untuk hidangan tengah hari kami.

Insaf, kami menyantap selagi dibenarkan agama kami yang syumul ini, kecuali agama Jega...haha dan kemudian sebahagian menunaikan solat di masjid tua yang digelar 'Great Mosque' dengan rekaan bercirikan Cina kuno yang sangat menarik. Selesai kami berbudaya belanja di sebuah jalan yang meriah aktiviti berjualan dan berbelian, macam-macam tangkapan dibuat rakan-rakan dan aku berjaya dapat dua barang sahaja - tetikus lenovo dan ubat gatal

Pedoman kata hari 31:

government subsidies have made Beijing public trans-port perhaps the cheapest and most affordable in the world, with a bus ticket costing as little as 4 mao ($0.06) and the subway a mere 2 yuan ($0.30) per trip.

Hari 30: Main pasir bukan korek pasir

13 Julai, Selasa

Kubuqi Dessert
Hohhot

Padang pasir? Kalau hari tu di Bromo pasirnya hitam, di sini pasirnya kuning kecoklatan persis di dalam Rali Paris-Dakar.

Pengalaman di padang pasir Kubuqi, sebahagian dari Gurun Gobi memang mengujakan walaupun sepanjang perjalanan tapak-tapak industri arang batu dan mineral lain menyemakkan mata. Hmm, Inner Mongolia sememangnya kaya dengan sumber mineral pelbagai macam dan industi arang batu menjadi antara penyumbang utama ekonomi Inner Mongolia dan China bersama. Cuaca sangat panas dan trio aku, Azizan dan Wan tidak juga menunggang unta sebaliknya hanya mundar mandir di sekitar memotret foto manakala aku bertentang mata dengan awek ala-Mongol (namanya Xie) yang sayangnya tidak boleh berkembang jauh akibat masalah bahasa, malah dia dan Julie yang kemudian datang sibuk mengajar aku perkataan-perkataan di dalam Mandarin, terima kasih dan akan aku dapatkan Susanne untuk menjadi tutor peribadi Mandarin sepulang ke KL nanti.

Geng-geng unta pulang kami semua menjadi kanak-kanak riang bermain pasir dan menggelongsor ke sana sini walaupun semua usianya sudah bermula dengan angka 3 dan 4 kecuali aku masih 2 yang hujung sekali. Takpe inilah namanya semangat anak muda tanpa mengira tua biologi tubuhnya.

Malam aku dan Azizan keluar mencari hiburan makan malam dan hasilnya sate kambing masin dan mi ala-ala mi kari. Sedap juga. Teman-teman lain banyak yang membeli belah seperti biasa. Hajat nak urut badan dan kaki tanpa tambah2 dibatalkan kerana tidur lebih nikmat.

Pedoman kata hari 30:

A mature nation is confident and easy. I think India, another big developing country, is our model in this regard. People in India enjoy a kind of leisure and ease in life. They don't put material goods or the pursuit of profit as the only standard of life. They manage to lead an easy life, which is different from the West, because the latter has robust welfare policies.

I think the core of the middle class is decency. I've been stressing civil society, middle class, decency, abundance of polarization, and supervision and criticism in the system since the beginning, because in my opinion, these are the elements that make up a mature nation. We also need an elite that show these values. At present, due to the get-rich-quick culture, the idea of philanthropy is barely developed in China

So I have always said that China has a history of 5, 000 years but a 30-year-old mentality. We are really immature in the face of criticism from other countries. Our political culture shows little tolerance for different voices and well-intentioned criticism from the outside. And the supervisory function of the media is weakened in China.

A mature nation should be tolerant and plural, and allow for many voices.

-lelaki yang sama dengan pedoman kata hari 29

Hari 29: Ngeri berak di Padang rumput

12 Julai, Isnin

Xilamuren Grasslands

Ada saja trip mesti kena ditindas bangun awal dan penindasan ini hikmahnya sangat positif apabila tanpa diduga, cewek ala Mongol yang menghantui sebelumnya turut sama berada di dalam minibas ini, yahooooooooooooooooooooooooo!

Hohhot merupakan ibu kota wilayah autonomi Inner Mongolia yang bersempadan dengan Mongolia dan subjek tentang Mongol sangat sensitif untuk dibicarakan di sini walaupun ia tidak sesensitif seperti di wilayah Xinjiang dan Tibet yang masih berlarutan konflik dari masa ke semasa. Majoriti penduduk Inner Mongolia adalah keturunan Han (85%) dan Mongol hanya membentuk sekitar 15 peratus dan selebihnya Hui, Manchu, Daur dan Ewenki. Inner Mongolia bukan pilihan terbaik untuk dikunjungi seandainya ingin mempelajari budaya orang Mongol asli kerana Mongol di Inner Mongolia sudah mula berasimilisasi dengan budaya orang China Han, sebaliknya harus ke Mongolia sendiri yang masih kuat tradisi dan adatnya. Namun begitu Inner Mongolia masih sangat menarik dikunjungi untuk melihat bagaimana wilayah ini berperanan di dalam pembinaan sebuah negara bernama Republik Rakyat China di bawah pemerintahan Parti Komunis China yang lebih nasionalis, kapitalis dan samsengnya dari komunisme dan sosialismenya

Sejam lebih perjalanan kami pun sampai ke sebuah penempatan di Xilamuren Grasslands disambut dengan nyanyian dan welcome drink, air arak yang tinggi alkoholnya. Pemandangan padang rumput yang tiada rumputnya kerana musim kemarau terbentang luas saujana mata memandang dan tetap indah kerana semuanya ciptaannya tidak pernah ada yang buruk dan kusam. Kami akan bermalam di sini dan sepertinya tempat ini dibina khas untuk kemudahan pelancong berbanding penduduk lokal, takpelah kalau nak sangat merasai seperti orang lokal akan aku kahwini gadis-gadis di sini dengan hantaran ikan siakap masam manis (kat sini ikan mahal kerana tiada laut).

Perangkap pelancong bermula lagi dengan perkhidmatan 'semua kena bayar mahal' seperti naik kuda (150 yuan) , sewa topi, sewa kasut but dan macam-macam. Aku kerana nak menjimatkan wang dan melihat lebih dari sekadar naik kuda bersama-sama Azizan dan Wan membuat keputusan tidak menunggang kuda dan hanya berjalan kali menikmati pemandangan dan suasana sambil memotret foto. Jalan punya jalan kami pun bertembung dengan teman-teman yang menunggang kuda dan awek ala-Mongol itu yang kelihatan sangat berani dan keyakinan tinggi, hehe, baru sehaja selesai menikmati susu yorkkkkkkkkkkkkkk

Dua jam jalan, kami pun pulang ke kem semula untuk memunggah beg ke dalam yurtttttttttt yang panasnya sangat amat, namun gagal menghalang sebahagian dari kami termasuk aku untuk tidur seketika.

Jam 12 tengah hari kami dikejutkan oleh Julie, sang cewek pemandu pelancong untuk ke restoran menikmati masakan tengah hari ala-Mongol diiringi nyanyian dan persembahan kebudayaan Mongol. Bagaimana makanan Mongol? Boleh tahan sedap terutama kambing panggang mentang, nyam nyam.

Selesai makan lena lagi untuk membulatkan perut yang semakin menipis akibat kurang makan lewat malam di mamak sebelum dikejutkan lagi oleh Julie untuk menonton pertunjukan kuda dan sebagainya yang aku tidaklah teruja sangat sebab semuanya palsu dan materealistik, ala-ala persembahan kebudayaan di hotel-hotel yang membosankan dan tiada jiwa. Lepas merasa bosan, rehat lagi sebab itu sahaja yang sesuai dilakukan kerana cuaca di luar panas dan tidak lembab. Petang hari kami berami-ramai berjalan-jalan di sekitar padang rumput berfoto-foto dan huha-huha sebelum menyantap makan malam seterusnya sesi foto matahari terbenam, di sini 8.30 malam baru mulai gelap.

Bab terakhir hari ini adalah persembahan kebudayaan Mongol yang warna warni sebelum diakhiri dengan dansa-dansi kami bersama-sama penyembah Mongol dan lain-lain, tak terkecuali awek ala-Mongol pastinya :). Berak? Masih diharamkan kerana kondisi tandas di sini sangat 'Shocking Asia'.

Pedoman kata hari 29:

The PRC has made great achievements since its founding, especially in the past 30 years. China now holds a significant position in international society and has a big say in all kinds of international affairs.

The economy keeps growing, political systems are getting more mature, and society is diversifying. Meanwhile, however, people are becoming more practical and intent on profit. This is no surprise in a commodity economy, but it shows the fickle and superficial side of our society.

Nowadays, China seems to have lost its soul in development, which probably results in China's weak-nation mentality. When a country has too little faith in politics or religion like in China, whether in the government or among the people, its people suffer from a psychic deficiency.

That means they have much more to live on but less to live for. They lack enough faith to give their lives meaning. As a result, they become impatient and fickle, only interested in material affluence Yang Rui is a star interviewer with China's English-language TV channel, CCTV-9

Hari 28: Imejan Altantuya

11 Julai, Ahad

Hohhot, Inner Mongolia

Imejan cewek ala Mongol ini menganggu sistem visual imaginasi, tetapi berjaya dipadam apabila bisikan tidur lebih kuat tarikannya.

Jam 10 pagi tidur dan jam 12 tengah hari bangun untuk makan siang dan menu untuk kali ini; nasi dengan hidangan ayam ala-ala kari, kambing dan sayur-sayuran di restoran Muslim berdekatan dan yang paling sedap adalah teh cinanya yang sempurna rasa dan teksturnya menurut aku. Sebelumnya kami menempah trip 2 hari 1 malam ke Xilamuren Grasslands dan Kubuqi Desert.

Selesai santap kami menuju ke stesen keretapi untuk membeli tiket pulang ke Beijing dan berjaya setelah tidak perlu beratur panjang bersama orang-orang China kerana kami orang asing yang memerlukan perhatian, haha.

Aku dan Azizan pulang ke kamar tidur dan yang lain jalan-jalan. Rencana untuk bangun pagi menonton aksi final Piala Dunia di skrin gergasi berdekatan hotel juga dibatalkan kerana tidur lebih penting, tambahan pula aku bukannya orang Sepanyol dan Belanda pun untuk mengorbankan keperluan diri sendiri walaupun sukan bola sepak adalah diri aku juga - kalau Malaysia dan Selangor sanggup aku korbankan!

Pedoman kata hari 28:

"By joining the world's Top 500 list, foreign companies displayed their competitiveness; but Chinese companies entering the list only indicates their monopoly power" - Lang Xiaomin, economics professor at Beijing Technological and Business University, said about the Chinese media after they blindly cheered the jump in the number of Chinese enterprise on Top 500, as quoted by Economy and Nation Weekly Saturday.

Hari 27: Tembok besar kekejaman

10 Julai, Sabtu

Di sini aku ingin merakamkan ucapan takziah di atas buat Wak Jan di atas kehilangan kamera DSLR nya yang difahamkan bernilai ribuan ringgit setelah secara tidak sengaja ditinggalkan di dalam bakul di mini market malam sebelumnya dan hanya disedari pada pagi ini. Memang sedih, namun teknik mudah untuk menghadapi semua ini ialah dengan mengingati bahawa semua di dunia ini adalah pinjaman sementara dan tuan sebenar adalah Yang Maha Esa, dia yang lebih maha mengetahui.

Bangun seawal 7 pagi walaupun jelas ini adalah pelanggaran hak asasi manusia (HAM) demi untuk trip 'wajib Beijing' ke Great Wall yang ironisnya juga simbol pelanggaran hak asasi manusia maha hebat dan kekejaman manusia ke atas manusia. Bijak sekali manusia apabila produk pelanggaran HAM dijaja dan dijual sebagai tarikan pelancongan; bayangkan Kem Kamunting, Kem Simpang Renggam dan Plaza Masalam sebagai mercu pelancongan Perak, Johor dan Selangor, indah bukan? Oh apa yang pasti aku tidak akan melaporkan insiden terpaksa bangun awal ini ke Suhakam dan peguam jelita lagi garang, Puspawati Rosman boleh berehat buat sementara waktu.

The Great Wall

"He who has not climbed the Great Wall is not a true man" - Mao Zedong

Benarkah kata Pak Mao ni? mungkin separuh benar dan kebenaran yang jelas adalah kenyataan ini sangat patriakal dan penuh dengan sifat maskuliniti yang sangat old school. True man is bullshit! Sejarah Great Wall ini boleh dibaca dengan menaip di Google, pelbagai sumber disajikan.

Aku difahamkan buat masa ini hanya Great Wall di Badaling, Mutianyu, Juyongguan, Jinshanling dan Huanghua yang boleh dikunjungi pelancong dan dua yang pertama sangat popular manakala Simatai yang agak mencabar ditutup sementara atas sebab keselamatan. Aku tak kisah manapun sebab yang terpenting adalah apa yang boleh dipelajari dari susuk monumen ini dan bukannya susuk tubuh kita dengan latar belakang Great Wall dan dari walhasil musyawarah kami memilih Mutianyu.

Kami memilih untuk mengikuti pakej yang disediakan pihak hostel kerana menjimatkan waktu dan tenaga walaupun wang tidak sangat dijimatkan. Harga pakej untuk satu kepala adalah 260 yuan dan setelah menolak pakej makan pagi dan tengah hari, kos menurun menjadi 200 yuan.

8.30 pagi mini bas sampai dan perjalanan memakan masa hampir dua jam dan dihabisi dengan tidur sambil sekali sekala menikmati pemandangan sekeliling. Setibanya di lokasi hujan gerimis menyambut kami dan kabus sudah mulai menyelubung menandakan pemandangan gunung-ganang nanti pastinya tidak seperti gambar hiasan di dalam risalah pelancongan. Tidak mengeluh kerana ini semua kerja Tuhan dan pasti ada hikmah di sebalik, Takbir! Alllah Maha Besar!

Tipikal di tempat pelancongan, macam-macam ada dari peniaga yang sepaten perangainya dengan rakan mereka di Indonesia, kereta kabel yang memudahkan pendakian ke atas tetapi menyusahkan dompet dan juga slope downnnnnnnnnnn yang mengujakan kerana trek yang panjang tetapi malangnya tidak boleh beroperasi kerana hujan sudah turun. Kami menghabiskan masa selama 4 jam di Great Wall ini mendaki dan menuruni tangga-tangga yang boleh tahan curam dan melelahkan sambil menikmati pemandangan terhad tetapi tetap indah serta menangisi nasib pekerja-pekerja yang terkorban di dalam pembuatan projek kejam ini. Siapa punya gerangan idea ini? siapa lagi kalau bukan monarki.

Empat jam sudah berlalu tetapi hujan masih setia menemani, sebahagian dari kami membeli belah dengan harga buka yang melampau kejam dan sial, sesuatu yang aku tidak sanggup dan boleh lakukan kerana sifat kasihan terhadap manusia yang menebal. Aku sangat hairan dan kagum dengan manusia penjual yang boleh bermuka tebal dengan melakukan penipuan harga dan pemangsaan pelancong/pembeli dengan penuh keyakinan dan kebenaran, ah dasar manusia tamak memang begini. Sebelum menjadi mangsa aku, Azizan dan Wan memilih untuk menyantap mi segera jenamaaaaaaaaaa yang terkenal di China dan secawan kopi di sebuah gerai dan walaupun harganya sedikit mahal dari di luar sana, ia masih boleh diterima akal.

Dari Great Wall kami terus pulang ke hostel tanpa perlu dilencongkan ke perangkap pelancongan iaitu kedai cenderamata yang selalunya adalah pakatan di antara ejen dan pihak pekedai. Sebelumnya pemandu pelancong kami memberitakan bahawa tiket keretapi ke Hohhot untuk perjalanan malam ini nanti telah berjaya dibeli - tiket kelas berdiri selama 10 jam, huhu siksanya!

Sesampai di hostel sekitar jam 4.45 petang, angkat beg dan beli barang keperluan makanan sedikit sebelum menahan teksi untuk ke stesen keretapi Beijing West. Naik teksi di sini juga satu hal kalau tidak boleh berbahasa Mandarin atau destinasi tujuan tidak ditulis di dalam karakter Cina dan syukur berkat pengalaman trip sebelumnya ke Xi'an, aku meminta staf di hostel untuk menulis Beijing West di dalam karakter Cina.

Setibanya di Beijing West, kami yang terpisah kerana menaiki dua buah teksi dengan aku, Azizan, Wan dan Mariana di dalam satu teksi tidak berjumpa di antara satu sama lain setelah jejak teksi kumpulan pertama yang bergerak dahulu tidak dapat dikesan. Kami diturunkan di luar stesen dan terpaksa menapak sedikit sebelum sampai ke pintu masuk utama stesen yang saiznya sangat gah dan kemudian menunggu serta mencari-cari teman yang lain hampir sejam juga. Buntu memikirkan apa yang terjadi dan sedang memikirkan apa tindakan seterusnya, aku terdengar suara Jega meneriak nama aku dari bahagian atas stesen yang rupa-rupanya adalah pintu masuk utama dan hampir semua teksi menurunkan penumpang di sini, sialan betul sopir teksi aku. Fuhh lega! Aku meneriak kepada mereka yang turut buntu dan sedikit cemas terutama Nani, hehe untuk turun ke bawah kerana tiket ada pada aku. Ok tamat episod ini.

Makan malam: Makan ayam McD

Tren sampai tepat pada waktu kerana semua perjalanan harus mengikut jadual dan sedikit kelewatan akan menjejaskan perjalanan tren-tren lain yang berlambak-lambak. Insiden tolak menolak untuk masuk ke dalam koc keretapi memberi gambaran bahawa dengan segala kemodenan infrastruktur dan lain-lain, mentaliti masyarakat China masih di tahap dunia ketiga persis ala Malaysia Boleh kita. Setelah bergasak sana dan sini, skil yang harus dipelajari di China untuk kesinambungan hidup, kami berjaya untuk berdiri dan duduk di aisle berdekatan dan mencuri tumpuan penumpang di dalam koc kerana perbezaan warna kulit dan rupa wajah barangkali.

Siksaan pun bermula, ada yang diantara kami sudah berjaya curi-curi duduk di aisle yang sempit dan dipenuhi beg-beg kami dengan ketidakselesaan dan kekerapan ke hulu ke hilir para penumpang yang asyik ke tandas, isi air panas untuk minuman dan mi segera dan mungkin sekadar hobi untuk membikin leceh. Aku bertahan untuk berdiri selama 5 jam lebih diikuti Azizan 4 jam dan masa-masa siksa ini dihabisi dengan membaca dan mendengar mp3; Alhamdulillah habis juga membaca buku Jayzuan dan Karl Marx: Membongkar Akar Krisis Global serta majalah Tempo edisi 13 Julai.

Lenguh dan longlai akhirnya aku berjaya juga untuk duduk setelah menolak kaki Wan ke sana dan kaki Joni ke sudut lain, namanya membikin ruang. Sedar sedar sudah tertidur sebelum dibangunkan dengan kesibukan aktiviti mengambil air panas penumpang-penumpang yang ingin menikmati sarapan pagi mi segera dan teh cina serta yang tak sabar-sabar nak gosok gigi. Haih menggelabah betul diorang ni, haha, tetapi menarik macam-macam ragam sepanjang 10 jam perjalanan dan yang paling kelakar kegagalan seorang jejaka untuk mengorat awek di hadapannya yang sebetulnya aku tegur sebelumnya tetapi dek kerana masalah bahasa, perbualan berhenti setelah beberapa detik walaupun ada respon dengan senyuman, haha, Tahniah untuk cowok sebelah awek ini yang berjaya!

Sampai Hohhot yang sudah kelihatan banyak muka-muka Mongol dan ala Altantuya, misi seterusnya adalah mencari hotel dan setelah membuat tidak pot kepada seorang ejen yang asyik mengikut, kami berjaya mendapat 4 buah bilik untuk 8 orang di sebuah hotel bersebelahan Inner Mongolia Trade Center dengan harga satu kepala RM25 dengan kemudahan bilik setara 3 bintang. Aduih minah jaga kaunter boleh tahan manis dan belum sempat nak berkenal-kenalan datang dengan desupan cahaya seorang cewek anugerah Ilahi yang manis ala Mongol dan ala Najib Altantuyaa, fuhhhhhhhhhhhhhhhhhh!

pedoman kata hari 27:

"We're in danger of raising the first generation who could live sicker and die younger than the generation before them"

James Marks, Senior Vice President of the Robert Wood Johnson Foundation based in Princeton, New Jersey on results of a study of the institution that found that adult obesity rates rose in 28 U.S. states over the past year and that more than one third of children and teens are obese - Beijing Review, July 15

Wednesday, July 7, 2010

Hari 24: Bertemu tidak jemu, berpisah tak gelisah

-sambung terus dari semalam - maknanya belum tidur
-menunggang mototsikal yamaha mio kesayangan buat kali terakhir ke Hotel Puri Gardenia dan isteri2 semuanya sudah bangun dan siap2 di depan meja untuk bersarapan
-mio aku simpankan pada hotel untuk dikasi semula kepada penjaga, Danny Mokoginta
-7 pagi - berangkat ke Jakarta menggunakan minivan Cititrans yang selesa
-10 pagi - sampai dan sambung menaiki teksi ke Jalan Jaksa untuk penginapan
-isteri2 di Hotel Sari Ratu dan suami mereka di Djody Hostel
-tak lama kemudian, termakan sate ayam sebab itu tempat berteduh akibat hujan lebat mengejut
selesai - BUDAYA KONSUMEN DI PLAZA GRAND INDONESIA
selesai - BUDAYA KONSUMEN DI PASAR TANAH ABANG
selesai - BUDAYA BERHIBUR DI JAKARTA FAIR DI KEMAYORAN - jumpa anak2 Efek Rumah Kaca yang membuat persembahan di Jakarta Fair
selesai - BUDAYA TEH TARIK DI KL VILLAGE

keseluruhan aku rasa gembira sangat2 sebab si dia ada dekat2 :)

tetap gembira walau akan berpisah semula selepas ini :)

Hari 23: Belanja sampai mati

6 Julai 2010
Paris Van Java

9.45 pagi - bangun tidur
10.25 pagi - sampai di Hotel Puri Gardenia mengambil 3 isteri dan hantar mereka menaiki teksi ke Pasar Baru (neraka bagi aku) dan aku pula naik motorsikal sebab nak tukar duit2 RM sebagai nafkah mereka
KEGANASAN BUDAYA KONSUMEN
12.00 tgh hari - makan siang....Diyana ekstremis nasi padang, Liya dan Naza nasi ayam timbel porsi anti-orang Malaysia. Aku juga nasi padang, adakah aku suka Diyana?
hantar mereka ke teksi ke Plaza Dago
kira-kira jam 2 petang - aku memarkir motorsikal di Plaza Dago dan menghantar Diyana ke pusat bb di depan Plaza Dago untuk membaiki keypad 'beliau' yang rosak 'sangat sedikit je'
-bertemu rakan kongsi niaga Botak UYA, Johari yang baru tiba dari KL - terus jadi rakan kerana dia super ramah
setelah itu - KEGANASAN BUDAYA KONSUMEN
setelah itu - terjumpa Fannee orang kuat label Screamous di Trunojoyo dan sesuai dengan karakter kapitalis sosial aku - maka berbisnislah bicaranya sementara isteri2 aku suruh makan
setelah itu - isteri2 dan kawan baru bernama Jo, singkatan kepada Johari aku hantar menaiki teksi ke mal Paris Van Java - kiamat!
TIADA KEGANASAN!
-lepak2 sebelum menghantar isteri pulang dan aku yang dinafikan nafkah batin - pulang ke kamar Tubagus Ismail bersama Jo menyertai anak2 Bandung lainnya menonton game Uruguay Belanda dan makan indo mee cornet telur
-hantar Jo pulang ke kamarnya di Hotel Wisma Dago
-aku warnet!

Belanja Terus Sampai Mati- Efek Rumah Kaca

Akhir dari sebuah perjalanan
Mendarat di sudut pertokoan
Buang kepenatan

Awal dari sebuah kepuasan
Kadang menghadirkan kebanggaan
Raih keangkuhan

Tapi tapi
Itu hanya kiasan
Juga juga suatu pembenaran
Atas bujukan setan,
Hasrat yang dijebak jaman
Kita belanja terus sampai mati

Duhai korban keganasan peliknya kehidupan urban

Repetisi oleh Goenawan Mohamad di majalah Tempo edisi 5 Julai

Pada suatu hari saya berjalan dalam sebuah mall, di sepanjang deretan etalase. Seakan-akan melangkah di atas ruas jalan yang telah dipindahkan dari tengah kota ke sebuah interior, saya tertegun. Beberapa detik lamanya, saya tak tahu saya sedang di mana.

Di saat itu saya sadar, sebuah mall bukanlah sebuah titik dalam peta bumi. Ia bukan sebuah lokasi; berada jauh dari langit dan tanah, ia seakan-akan tak tersentuh waktu + unsur alam. Di mana pun letaknya, ia sesuatu yang generik: sebuah atau serangkaian bangunan besar yang berisi pelbagai toko dan restoran. Untuknya, konteks tak diperlukan.

Mungkin karena mall adalah sebuah pengulangan. Saya bisa berpindah dari yang satu ke yang lain dan mengalami hal yang sama. Toko-toko itu memajang merek yang sama pula dari satu bangunan ke bangunan lain. Baik di Oxford Road, Singapura, ataupun di Senayan, Jakarta; baik di Brunswick, Melbourne, ataupun di Queensway, Hong Kong, model-model yang ditampilkan di pelbagai tempat itu praktis serupa-setidaknya dengan potongan tubuh dan gaya yang tak berbeda-dengan kaca-kaca etalase yang bermiripan.

Repetisi tampaknya punya peran tersendiri di sini. Ia perpanjangan dari sifat fashion. Fashion, atau mode, tiap kali memang memperbarui diri, tetapi sebenarnya ia merupakan cerminan pengulangan. Ia hidup dengan membuat keinginan datang berulang kali untuk memperoleh merek favorit itu lagi, lagi, dan lagi.

Ia juga perlu mengulang-ulang kehadirannya karena ia adalah penanda yang ingin diingat. Sebagai keseluruhan, etalase-etalase dengan manekin dan poster yang itu-itu juga ingin meninggalkan bekas di bawah sadar kita, agar mereka (Zara, Prada, Giorgio Armani, Versace...) terkait secara permanen sebagai penanda kemolekan, ketampanan, kemutakhiran, yang makin memenuhi angan-angan kita

Di dalam etalase mall itulah agaknya pelbagai komoditas, diwakili manekin berdandan dan poster wajah + tubuh yang memikat, "seakan-akan sosok-sosok yang otonom" yang hadir "dengan kehidupan mereka sendiri", seperti dikatakan Marx ketika ia berbicara tentang "fetisisme komoditas" dalam Das Kapital. Benda-benda itu bukan lagi seperti produk dan kreasi orang. Mereka berhubungan dengan sesama mereka, selain dengan umat manusia.

Demikianlah di kaca-kaca yang tak kunjung habis itu mereka bersaing, tapi semua melihat ke arah kita, mengajak kita masuk ke dalam dunia di mana mereka jadi pusat. Kaca itu seakan-akan menyediakan diri sebagai cermin. Dan sebagaimana layaknya cermin, ia menyajikan ilusi tentang diri yang utuh. Ia juga mendorong kita untuk melihat diri sendiri silih berganti antara "tampan" dan "kurang tampan".

Dalam peralihan itu, lahirlah hasrat. Hasrat adalah tanda manusia sebagai kekurangan. "Menghasratkan," kata Gabriel Marcel, yang menulis sebuah telaah fenomenologis yang terkenal tentang "punya" (l'avoir), "adalah punya tanpa mempunyai."

"Punya" mengandung ketegangan, antara yang empunya dan yang dipunyai, antara qui dan quid. Di satu pihak, sesuatu yang dipunyai, quid, adalah sesuatu yang di luar aku yang empunya, qui. Tapi di lain pihak, ia bagian dari diriku. Itu sebabnya, kata Marcel, "Ada semacam penderitaan atau perasaan terbakar yang merupakan satu bagian hakiki dari hasrat"-satu kesimpulan yang berabad-abad sebelumnya telah disebutkan Sang Buddha dalam kata dukha.

Termasuk dalam penderitaan, ketakseimbangan, keterasingan itu adalah convoitise, sebuah sikap yang dalam bahasa Jawa disebut m�lik. Dalam Baoesastra Djawa yang dihimpun W.J.S. Poerwadarminta (1939), kata itu berarti "hasrat atau keinginan untuk mengambil, memiliki".

Salah satu sifat m�lik: ia tak punya obyek tertentu. Keinginan itu lebih merupakan keinginan mempunyai tanpa sasaran yang sudah dipilih sebelumnya. Ada unsur rasa cemburu dan gelora hati di dalamnya yang berbau busuk. Sebuah kata-kata mutiara Jawa yang terkenal memperingatkan bahaya itu: m�lik ngg�ndhong lali-hasrat dan kecemburuan untuk memiliki membawa dalam dirinya sikap melupakan perilaku yang baik.

Tapi mall demi mall, etalase demi etalase, pada akhirnya adalah kuil-kuil di mana fetisisme komoditas jadi ritual, dan milik jadi ketaatan. Tentu, tak semua menyebabkan lahirnya perilaku buruk. Kapitalisme, yang melembagakan hasrat dan iri hati, pada akhirnya menggerakkan dunia. Bahkan Marx sendiri mengatakan bahwa manusia, sebagai makhluk yang dibentuk dari tubuh yang melihat, menghidu, menyentuh, mencicip, dan mendengar, yang haus dan lapar, adalah makhluk yang menderita (leidendes Wesen) dan sebab itu, dengan gairah, dengan semangat, ia mendapatkan kekuatan menggapai obyeknya.

Tapi saya ingat sebuah lukisan kaca dari Jawa Tengah: Petruk (seperti mengacu ke parodi wayang terkenal, Petruk Jadi Raja) duduk di kursi, memangku seorang perempuan, salah satu tangannya memegang botol minuman. Ruangan besar, ada tanda-tanda kekayaan yang untuk ukuran sang pelukis rakyat sangat mewah. Di gambar itu tertulis huruf-huruf Jawa: m�lik ngg�ndhong lali. Hasrat dan convoitise pada akhirnya bukan saja melahirkan nafsu tubuh, tapi juga hilangnya batas pengertian milik. Milik yang selalu berarti privat, bergerak ke luar. Dari sinilah akumulasi terjadi: menghimpun modal jadi kekuasaan, menguasai puluhan rumah secara sah dan tak sah, menyimpan harta dari penyalahgunaan milik publik.

Tapi di mana akhirnya? Mall demi mall, etalase demi etalase, akan selalu mengulangi ritualnya. Manusia hanya bisa bebas jika ia melintasi obsesi ini: milikku, milikku, milikku....

Goenawan Mohamad

Monday, July 5, 2010

Hari 22: Tidur terapi terbaik

4 pagi - 4 petang - TIDUR!

Lokasi masih di Bandung, tanah kelahiran band ST12

Tak mandi macam biasa sebab air terlalu dingin membahayakan tulang

Setelah bangun tidur macam biasa makan - berlima dengan Aris yang baru pulang, Qinwan, sepupu Qinwan dan Angkuy menyantap di Igalanca, sebuah tempat makan di atas bukit di Dago Pakar. Macam biasa sejuk dan rasa nak nikah versi tak ada komitmen. Melantak iga bakar (iga ni rusuk lembu) + nasi dan lasagna untuk mengisi perut kosong.

Qinwan ni mahasiswa Indonesia di UM dan kami hanya sempat bersua sekali sahaja di KL sewaktu Bottlesmoker berkunjung ke KL tahun lepas dan pertemuan kedua ini lebih bermakna - sebab baru mendapat tahu dia sudah menjadi orang penting Persatuan Pelajar Indonesia di Malaysia sekarang sekaligus senang lah untuk aku bekerjasama dalam beberapa program nanti. Seperti aku pernah bilang, percutian ini adalah kerja juga sebab kerja aku adalah cuti dan cuti aku adalah kerja. Jalan-jalan membina rangkaian.

Selesai berbicara multi topik dari Timor Leste ke awek Universiti Padjajaran yang cakep (cun), Aris sang sopir yang cekap menghantar penumpang kereta ke destinasi masing2 meninggalkan aku dan Aris ke lapangan terbang untuk mengambil tiga tamu dari Malaysia yang alhamdulillah semuanya cewek dan mungkin tidak alhamdulillah sekiranya mereka menimbulkan masalah dengan perangai2 ala Malaysia; Diyana Nawwar, Nazahiyah dan Liya. Selamat datang ke Kota Bandung! Jangan pernah untuk mencuba Ariel ya!

Menghantar gadis2 dari negara yang tidak mahu mengaku Hindu dulunya untuk daftar masuk dahulu di Hotel Puri Gardenia sebelum keluar makan malam bagi mereka di Cabe Rawe. Ngumpat sana ngumpat sini, gosip sana gosip sini kami pun pulang.

Bertemu Yulius sang manajer band Bottlesmoker yang cemerlang untuk membincangkan perihal adik lelakinya yang mendapat tawaran kerja sebagai professional teknik di Accenture PJ. Tahniah dengan gaji yang dikhabarkan lumayan!

1 pagi - 6.30 pagi - WARNET!

Sunday, July 4, 2010

Hari 21: Santai2 saja di Bandung

Oleh kerana pagar rumah di Tubagus Ismail sudah dikunci dan salah satu pemilik kunci merangkap tuan bilik yang aku tumpang Aris sedang di Bogor maka aku melelapkan mata di warnet sementara menunggu pagi hari. Hendak memarkir motor di luar rumah tidak pula menyakinkan kerana banyak kes kehilangan motorsikal terjadi.

Di rumah ini bilik-bilik disewakan dan dipanggil 'kos' atau 'kosan' yang menjadi budaya di sini jika ingin tinggal di sesuatu tempat, amat jarang boleh mendapat seunit rumah atau apartment untuk disewa. Ada pro dan kontra sistem ini - pronya sewa murah dan boleh tinggal sebulan paling minimal dan kontranya tiada privasi dan kebebasan kerana banyak pemiliik kosan mengunci pintu setelah jam 12 tengah malam seperti yang aku hadapi ramadhan tahun lepas di Jakarta sehingga terpaksa menunggu jam sahur untuk dibolehkan masuk.

Jam 9 pagi tersedar setelah on dan off berinternetan dan lumayan juga tidur di warnet yang mempunayi cubicle tersendiri beralaskan karpet enak dan ruang besar, siap ada bantal kecil lagi. Singgah sebentar di Hotel Puri Garden untuk memesan kamar buat cewek2 KL yang akan datang esok malam.

10 pagi - 5 petang - TIDUR

Bangun dari lena setelah bising2 anak2 Bottlesmoker yang rupanya sudah selesai membuat persembahan di gig peduli palestin kelolaan anak2 punk Bandung di Universiti Pasundan Bandung.

Gosok gigi dan tak mandi, aku menghidupkan skuter Yamaha Mio ke warung Indo Mee kerana kelaparan - Indo Mee Goreng + telur + coffemix + krupuk = 7000 rupiah sahaja. Hanya dapat di warung2 tepi jalan dan tidak di mal-mal yang harga over tapi tak sedap. Selesai, aku ke toko buku Gramedia di hadapan mal Bandung Indah Plaza melihat2 dan membaca buku secara percuma sebelum ke warnet meneruskan kerja2 dan membatalkan niat ke gig Peduli Palestina.

Di Indonesia sekarang ini sedang hangat isu letupan gas elpiji (LPG disebut di Malaysia) yang memakan banyak korban sudah. Aku masih ingat semasa mula2 aku ke Jakarta 2004 dahulu penggunaan elpiji ini masih sangat kurang dan kebanyakannya menggunakan minyak tanah dan baunya sentiasa menggamit aku ke sini. Hanya bermula tahun lepas pemerintah Indonesia sudah tidak memberlakukan penggunaan minyak tanah dan secara perlahan-lahan bekalan minyak tanah ditiadakan dan gas elpiji yang dimonopoli Pertamina yang memalukan kerana gagal sehebat Petronas ini menjadi wajib. Waktu itu di semua media sosialisasi penggunaan elpiji ini dilakukan supaya masyarakat tahu menggunakannya dan walhasilnya masih ada kematian dan letupan.

Seperti di Malaysia dan belahan dunia lainnya, masing-masing menuding jari dan setakat ini banyak operasi pihak berwajib telah menemukan tong gas dan komponen lainnya yang akan dan sudah berada di pasaran tidak mencapai standar nasional - makanya ada kecurangan dan itu tipikal Indonesia lalu terjadi kecelakaan . Moga2 pemerintah Indonesia serius menangani hal ini kerana aku yang sering makan di warung2 ini juga sentiasa terdedah pada ancaman.

Di Malaysia juga terjadi kecelakaan sewaktu permulaan pemakaian gas dalam masakan (tahun2 sebelum 1990 kalau tak silap) dan masih dalam ingatan ketakutan aku jika disuruh emak untuk membuka dan mematikan corong gas.

Pedoman kata Hari 21:

Ayo umat nusantara di Indonesia, Malaysia & Filipina, beri dukungan kita pada Spanyol dan Belanda untuk ke final...Uruguay dan Jerman tidak pernah mahu menjajah tanah kita - persetankan merek - Zulhabri Supian

Saturday, July 3, 2010

Hari 20: Bangsa pemikir memalukan Maradona

3 Julai 2010
Sabtu
Jakarta dan Bandung

Menghampiri waktu daftar keluar jam 12 tgh hari aku bangunkan diri dari lena. Siap semuanya aku menumpang letak beg di kaunter hotel untuk ke warnet sementara menanti Tyaz, teman cewek yang hiper aktif dan mandiri.

Menelefon 'travel' ke Bandung membuat pesanan trip jam 2.30 petang dan kemudian menerima panggilan dari Tyaz mengatakan akan sedikit lewat yang disambut gembira kerana boleh melangsaikan beberapa kerja di warnet.

Tyaz ni aku kenal dari teman kepada teman yang berlingkar-lingkar lingkarannya dan memang sangat berguna untuk kepentingan jaringan dan bukan jaringan, Oleh kerana dia ini seorang penyanyi juga, mc dan presenter professional, maka senanglah mendapat kontak2 selebriti dan band2 papan atas Indonesia.

Jam 1 tgh hari dia sampai di pot lepak kami, KL Village yang teh tariknya boleh bersaing hebat jugaklah kalau diletak di KL dan kerana kesuntukan masa untuk berbincang pelbagai perkara, aku tangguhkan trip ke Bandung ke jam 4.30 petang.

4.45 petang - van 'travel' Cititrans bergerak meninggalkan Jakarta ke kota Bandung dan tiba ke destinasi 3 jam setengah kemudian, lewat sejam kerana ramai orang Jakarta berpusu-pusu ke Bandung.

Takde aktiviti sangat hari ni walau mulanya nak ke gig bertemu Irfan, orang aktif Bandung dalam musik independen generasi awal 20an dengan cewek2 Bandungnya yang bikin pusing kepala. Nasib baik hujan lebat dan terasa malas nak naik motor meredah hujan dan kedinginan, lainlah kalau ada yang menanti malamnya di ranjang - baru boleh rajin.

Alternatifnya, aku ke warnet di Dipatiukur sambil menonton aksi Maradona dibelasah Hitler.

Friday, July 2, 2010

Hari 19: Babi guling

Jam 7 pagi melelapkan mata dan jam 11.30 pagi sudah bangun, kalau tidak ketinggalan pesawat, maka kasihanlah cewek di Jakarta.

Merempit kali terakhir di Bali menuju lapangan terbang Ngurah Rai melewati jalan by pass yang panjang berkilo-kilo sambil menikmati pemandangan babi guling yang boleh dijadikan produk pelancongan untuk Muslim Malaysia yang jauh2 datang kemudian merasa jijik. Kasihan dan gagal pastinya untuk menjadi da'ie.

Jalan di Bali tidaklah terlau sukar dihafal jika dibanding Bandung, tetapi tidak terlalu mudah seperti Jogjakarta. Tapi dengar khabarnya di facebook Vovin yang bersendirian selepas itu sesat di dalam kota Denpasar, entah benar atau sengaja mengaburi mata kerana sudah terjumpa cewek-cewek asli Bali yang tidak kurang kalahnya dengan cewek Bandung - nak-nak kalau mereka sedang beribadat di kuil-kuil mereka dengan pakaian adatnya. Tip untuk kaum laki-laki lurus orientasi seks, sila bertandang ke kota Denpasar jika ingin berbicara dengan cewek2 tempatan dan bukan di Kuta dan Sanur yang banyaknya cewek2 'teroris budaya' atau 'anti-babi guling'. Namun peringatan harus hati2 dan jangan tersalah pilih yang sudah berteman laki2 tempatan, jika tidak niscaya akan dibelasah dan dijadikan tajuk berita di koran Bali Times.

Pesawat Air Asia QZ7513 tujuan Jakarta yang sepatutnya berlepas jam 2 petang telah lewat dan dijadualkan berangkat jam 3.30 petang dan kali ini aku sambut dengan gembira kerana boleh makan KFC pro-Islam dahulu. Selesai berjihad di KFC, aku dan Vovin berpisah benaran dan akan bertemu semula Insya Allah nanti di Bali sekali lagi bulan Ramadhan atau mungkin di Beijing atau Seoul - bergantung pada jadual dia nanti.

Penumpang Air Asia yang kelewatan dijamukan dengan Roti Boy dan air mineral seraya menimbulkan rasa jeles penumpang pesawat lain yang turut kelewatan, cayalah Air Asia pendahulu pejuang demokrasi aviasi, korang bikin aku bangga sebagai rakyat Bik Mama!

Sejam 40 minit kemudian aku tiba dengan selamat di Jakarta dan kemudiannya menaiki bas Damri ke stesen kereta api Gambir sebelum disambungkan dengan ojek ke Jalan Jaksa. Kali ini Luna Maya tidak di sisi seperti tempoh hari kerana dia sudah pandai berbohong - aku tak suka dia, aku lagi suka Gillian Chung.

Rancangan asal mahu ke Bandung terus terbantut kerana sering terpesona dengan kota Jakarta dan isi-isinya. Mujur ada lagi bilik di Hostel Djody yang semurah 75,000 rupiah per malam dengan seala kadarnya, kalau tidak tidur di warnet sajalah.

Letak barang dan terus cau ke warnet sebelum ke KL Village menonton aksi suku akhir bersama Black yang datang kemudian menemukan Belanda/Indonesia bertemu Brazil yang berkesudahan Indonesia menang 2 gol berbalas 1. Tahniah kalian yang secara psikologi memalukan Malaysia dengan England/Inggerisnya yang lembik dan tidak gagah itu. Ramai sekali anak2 Malaysia di KL Village yang multi kultural dan tidak kejawaan totok seperti di Jogja.

Pedoman kata hari 19:

'Mereka hanya bergaul dengan kelompoknya sendiri. Padahal kalau pergaulan hanya dengan kelompoknya sendiri, itu itu saja mengerdilkan kemanusiaan. Umat Islam perlu lebih terbuka terhadap perbedaan-perbedaan yang terdapat di kelompok-kelompok lain. Keterbukaan akan terbentuk dari pergaulan dengan berbagai kelompok lain. Oleh sebab itu, generasi muda Islam perlu didorong menjalin pergaulan seluas-luasnya. Anak-anak muda, jangan hanya bergelut di organisasinya sendiri, tapi harus bergaul dengan berbagai kelompok lain. Dengan pergaulan yang luas, umat Islam diharap dapat lebih menghargai dan menghormati kebenaran yang diyakini oleh kelompok lain serta memberi kesempatan pada kelompok lain untuk meyakini kebenaran yang dipercayainya" - mantan Ketua Umum Pengurus Pusat Muhammadiyah, Syafi'i Ma'arif

Hari 18: Pulau Luna Maya diancam 'teroris budaya'

Bali? Kalau mat/minah saleh ke sini kerana arak murah, kalau mat/minah malaysia ke sini kerana nak belanja - jadi apa kejadahnya budaya Bali dengan pelancongan? hah, inilah yang akan didiskusikan malam ini di Taman 65, bagaimana pelancongan dikomodotikan ke tahap ekstrem di Bali. Malangnya aku tak sempat hadir kerana sibuk menyiapkan kerja2 menulis yang tertangguh selama 3 hari kerana tiada bekalan internet di Bromo.

Kes pelancong asing atau 'teroris budaya' yang menjahanamkan Bali sangat menarik untuk disoroti dan tahun-tahun mendatang wacana ini akan menjadi semakin besar. Sebagai alternatif, aku dan Termana yang merupakan orang kuat Taman 65 akan mengusahakan 'Alternative Tourism' secara serius bermula di Bali tahun hadapan sebelum Insya Allah dikembangkan ke lokasi-lokasi lain - pelancongan massa sememangnya membosankan.

Rujuk artikel tentang ini di The Malaysian Insider yang aku tulis tahun lepas.

Banyak cerita di Bali yang menjengkelkan, tidak terkecuali Festival Literari Ubud yang mendewakan penulis luar dan menganaktiri penulis lokal dan harga tiket yang tidak terjangkau bagi masyarakat lokal - contoh klasik pemikiran binatang penjajah.

Hari ni tidak berbuat apa sangat, bangun menjelang jam 2 petang - makan siang di restoran masakan Jawa yang enak dan melayari internet selama 7 jam. Setelah itu kami dengan kapcai yang disewa per hari, 35000 rupiah singgah sebentar ke Taman 65, diskusi telah bubar dan yang tersisa sesi ramah mesra plus mabuk-mabuk arak Bali.

Ketemu Ratih di sini yang mabuk2 dan teman2 baru untuk 'faedah' trip Ramadhan nanti ke 'Lombok-Komodo-Nusa Tenggara Timur-Timor Leste'. Hmm, bercerita soal mabuk dan lepak, Bali dan seluruh wilayah di Indonesia tidak boleh dipisahkan kecuali Aceh yang lebuh kuat tradisi ngopi. Menarik sekali sebenarnya kerana di Malaysia rakyatnya berkemampuan lepak berjam-jam lamanya tanpa arak, cukup dengan beberapa gelas teh tarik atau nescafe tarik. Kalau mabuk jarang boleh deal apa-apa baik bisnes atau lain2, tetapi dengan teh tarik bisa membikin banyak perkara - itulah kelebihan di Malaysia barangkali.

Melepasi jam 12 tengah malam, lepak-lepak bubar untuk menghormati mereka2 yang sudah tidur. Maka aku dan Vovin kerana masih belum mengantuk merempit ke Kuta untuk melihat-lihat kelakuan sial 'teroris budaya' dan berkongsi2 cerita terakhir sebelum membawa haluan masing-masing besoknya.

Pelbagai perkara sempat dibincangkan dari soal budaya membaca, gerakan seni bebas dan awek pastinya. Setelah itu pulang ke hotel sebelum singgah menikmati Pop Mie di Mini Mart dan sampai ke rumah penginapan tatkala fajar sudah menyinsing.

Hari 17: Selamat tinggal Bromo!






Mencari cinta kudus


Pemandangan di luar kamar


Padang pasir dari satu sisi




Tukang ojek yang kami sewa


Jam 5 pagi

Rabu, 30 Jun 2010

Aku meninggalkan Bromo dengan agak sayu dan rasa ingin kembali meluap-luap bersama yang disayang nanti, masih terngiang-ngiang puisi dari pasir yang suka berkata-kata dengan kerendahan vokal.

Hmm, sebenarnya hari ini secara teknikal bermula setelah kami berjaya mengharungi perjalanan memenatkan juga naik, turun, naik, jalan di padang pasir dan sampai semula di hotel. Kelaparan kami disajikan menu asas sarapan di hotel ini yang diberi percuma - roti dengan jem, 3 potong buah dan secawan kopi.

Siap-siap sebelum kami dijemput van yang akan membawa kami mengharungi perjalanan panjang sekali lagi ke kota Denpasar di Pulau Bali. Jam 10 pagi kami bertolak dan dengan pantas mata terpejam dan tahu-tahu sang pemandu sudah siap memarkir van di luar restoran - lokasi di Pasir Putih.

Menikmati nasi goreng spesial dan teh panas sebelum perjalanan diteruskan melewati pesisir pantai Jawa Timur dan 3 jam kemudian sampailah kami di Banyuwangi untuk menaiki feri menyeberang Selat Bali. Van kami selesai di sini dan di seberang akan menunggu van yang lain.

Menaiki feri ala-ala feri Pulau Pinang tatkala senja sudah semakin menghampiri bersama backpackers2 mat saleh lain dan orang lokal tentunya. Ditilik-tilik kalau di Malaysia pastinya kroni2 pemerintah sibuk memikirkan untuk membina projek jambatan menyeberang selat ini seterusnya meraih sebanyak mungkin laba atau harga mark up. Nah yang sedihnya di sini duit pun tarak untuk dibikin projek infrastruktur besar, apatah lagi nak mengaut keuntungan besar sebab keuntungan kecil sudah merakyat seperti kes penjaga pintu masuk Bromo. Di sisi lain korupsi ala Malaysia sering mempesonakan rakyat2 kerana projek2 banyak siap walau ada yang runtuh nanti - lantas mereka yang tidak tahu hak sampai ke liang lahad akan bersyukur ke hadrat Ilahi atas kurniannya.

Hampir sejam dengan kelajuan feri yang perlahan kami sampai di Gilimanuk di bahagian Pulau Bali dan melambai tangan kepada mat england jiran kami di van yang menuju ke pantai Lovina. Tiga jam lagi di dalam van dengan pundi air kencing yang semakin penuh melalui desa-desa kecil di sepanjang jalan ke Denpasar, pusat pemerintahan Pulau Bali.

Jam 10.30 malam kami sampai dan diturunkan di Ubung dan nasib baik restoran masakan padang berjarak tak sampai berapa langkah, maka makan malamlah dulu kami. Kemudian seperti di mana-mana teksi yang menunggu di luar terminal, kami dikenakan caj yang agak mahal mulanya dan selepas ditawar-tawar dapatlah sedikit saja murah - dasar Puduraya! Di Bali dialeknya agak berbeza dengan di luar pulau dan pastinya mereka ketahuan walau cuba ngomongin gaya Indonesia, hehe.

Setelah membayar 70,000 rupiah untuk jarak yang jika memakai meter hanya berkos 25,000, kami sampai di Taman 65 merangkap rumah Termana dan saudara maranya di Jalan WR Supratman. Taman 65 dengan angka 65 diambil bersempena tragedi tahun 1965 atau G30S yang memakan ribuan korban apabila penduduk2 Bali yang disyaki komunis atau simpatisan PKI dibunuh dengan kejam oleh orang Bali sendiri. Jadi siapa bilang orang Bali yang kuat ibadat itu tidak kejam? Nyata lagi jelas agama belum tentu boleh menghindari keganasan dan kekejaman.

Termana masih sibuk dengan urusannya, mujur ada adik Termana dan teman2 lingkungan sedang nongkrong di situ bersama Sharon, gadis asal Amerika yang sedang bertukar program di Bali yang aku ketemu sebentar di Jogja beberapa hari lalu. Jadi kami berjimba-jimba barang sejam dua di sini.

Pedoman hari 17:

"Ramai berfikir orang putih datang ke Bali kerana budayanya, tetapi silap sebab ramai yang datang hanya melepakkan diri di Kuta kerana harga beer yang murah dan mereka tidak peduli sama sekali dengan budaya lokal" - Adik Termana yang aku lupa namanya

Pasca pedoman:

itulah yang sering aku perhati, banyak backpackers2 mat saleh dan pastinya yang bukan backpackers juga tak ambil pusing tentang negara yang dikunjungi - tidak pernah cuba untuk belajar bahasa lokal dan memperlahankan bahasa inggeris mereka supaya mudah difahami - itu sebab juga aku tak ambil peduli sangat dengan mat2 saleh yang poyo

Hari 13 -16 : Jawa, Dian Sastro dan asal muassalku

Hari 16: Tidur di pasir berbisik bersama 'Dian Sastro'




Trek padang pasir ke Gunung Bromo


Kawah Gunung Bromo


dehidrasi




Gunung Penanjakan dilihat dari Bromo


Pemandangan dari Penanjakan


Besoknya kami tidur di bawah kabus tu


Gunung Bromo yang keluar asap (yang rendah)





Jam 3 pagi aku dikejutkan oleh tukang jaga hotel dan dengan kedinginan yang sepertinya mahu membunuh, perasaan malas untuk bangun sangat mencengkam fikiran walau akhirnya aku gagahi jua sebagai salah satu latihan 'revolusi'. Tiga puluh minit kemudian jeep-jeep sudah mulai datang dan aku dan Vovin bersama 3 orang Mat Saleh berangkat menuju Gunung Penanjakan pada ketinggian 2270 meter untuk melihat matahari terbit merentasi padang pasir Bromo yang ditutupi kabus tebal seterusnya menaiki jalan kecil meninggi bersama deretan jeep-jeep lain.

4.15 pagi kami sampai - sewa jaket yang berkos 10,000 rupiah dan membeli sarung tangan bekal untuk melawan kesejukan dan sempat makan Pop Mie dan minum Indo Cafe dahulu di deretan kedai-kedai yang meriah menghiasi.

Sungguh ramai dan meriah di atas puncak ini dengan pelancong domestik dan luar bersaing-saing mencari posisi terbaik memotret foto. Apa yang pasti keindahan bumi Tuhan di Taman Nasional Bromo Tengget Semeru ini sangat sukar ditulis dalam bentuk kata dan foto-foto dari Vovin yang akan dipamer di sini kemudian mungkin boleh menceritakan serba sedikit.

Selesai kami menuruni cerun-cerun tajam untuk ke Gunung Bromo yang masih aktif sebagai gunung berapi melewati jalan padang pasir yang kami lewati sewaktu perjalanan pergi. Kuda-kuda untuk yang malas berjalan dan yang ingin merasai pengalaman turut disediakan. Oleh kerana kabus tebal sehingga tidak nampak apa membikin aku dan Vovin merasa tidak perlu naik kuda dengan anggapan tidaklah jauh mana. Nah sampai pertengahan sudah kepenatan apabila terlihat trek pendakian semakin jelas, huhu dan sangatlah menyesal tidak naik kuda sedari awal lagi.

Aku meninggalkan Vovin yang asyik memotret dan sempat singgah di gerai di tengah2 trek untuk menggantikan ion badan yang hilang - terima kasih Pocari Sweat! 100 Plus versi Indonesia. Vovin sampai - dan kemudian meneruskan pendakian.

Pemandangan dari puncak Bromo (Gunung Brahma, salah seorang Dewa Utama Hindu) yang dipercaya sebagai gunung suci oleh penduduk Bromo, suku Tengger sangatlah indah terkata dan tertulis. Kawah di bawahnya yang masih aktif mengeluarkan kepulan2 asap dan sulfur yang menjadi punca rezeki bagi sebahaian penduduk lokal. Sejam lebih di sini memang tidak cukup dan inilah kontranya kalau memakai paket yang diurus ejen pelancongan.

Pulang ke hotel aku dan Vovin masih belum membuat keputusan untuk terus ke Bali atau tinggal semalam lagi. Setelah dihitung-hitung kami bermalam semalam lagi dan meneruskan aktiviti dengan menyewa ojek untuk membawa kami ke Savannah yang digembur-gembur seperti di dalam rancangan tv Teletubbies yang aku pun tak pernah tengok - dan apapun benar sekali, cantik menghijau!

Perjalanan ke Savannah mengharungi padang pasir menaiki motorsikal kapcai bertayar biasa sangat lucu dan mencabar juga ala-ala Rali Paris Dakar dengan tayar belakang yang asyik menghambur ke kiri ke kanan melewati pasir tebal - dan bagusnya tak terjatuh kami berdua, makasii pada tukang ojek!

Paling mencuri tumpuan fikiran untuk trip ke Savannah ini adalah kami dibawa setelah diminta ke lokasi penggambaran filem lakonan pertama makwe idaman yang sudah nikah, Dian Sastro berjudul 'Pasir Berbisik'. Sejak pertama kali menonton filem Pasir Berbisik aku memang telah bertekad ke sini suatu hari nanti dan akhirnya tiba jua walau hati dirundung kuciwa, haha.

Nasib baik trip ini semacam free & easy dan masa lebih lama untuk santai dan merenung diri melihat lautan pasir terbentang luas di hadapan mata berlatar belakangkan gunung-ganang, deruan pasir ditiup angin dan kehenginan suasana - memang menginspirasilah. Setelah lebih kurang 3 jam, kami ke Cemoro Lawang base terakhir sebelum masuk ke Taman Nasional ini untuk menikmati makan tengah hari dan sesudahnya tidur.

Bangkit lebih kurang jam 8 malam untuk menonton aksi Jepun melawan Paraguay sekali lagi di restoran Hotel Yoschi yang enak nasi gorengnya. Insya Allah Hotel Yoschi pilihan sesuai untuk aku bertahun madu nanti seandainya ada jodoh la, kalau tak cara lain la. Dua jam lebih menunggu menghasilkan kekecewaan apabila Para-para Guay lebih bernasib baik di perjudian sepakan penalti.

Balik bilik menonton siaran stesen tvone yang sedang mendiskusikan isu pornografi dengan terbuka dan hadirinnya di kalangan mahasiswa, jauh sekali dengan diskusi di stesen tv kita - nak-nak bicara siswa yang boleh menyebabkan mati pucuk tu.

Selesai diskusi di tv, aku terinspirasi untuk trekking ke lokasi Pasir Berbisik pagi2 hari dan lontaran idea ini disambut positif Vovin. Maka berangkatlah kami sekitar jam 2.45 pagi dari hotel menuju ke Cemoro Lawang yang melelahkan kerana treknya agak tinggi juga. Vovin semacam sudah penat dan aku penat juga walau masih maintain, haha sebelum diselamatkan oleh tukang ojek yang menawarkan servis menghantar ke atas dengan baki perjalanan lebih kurang 2km dengan trek meninggi. Tawaran ini disambut dengan tanpa berfikir lagi walau pada awalnya kami menolak untuk menaiki kuda, maaf pakcik ya! Kuda lambat, motor cepat.

Sampai di Cemoro Lawang, makan bakso jap sebelum memulakan perjalanan. Macam biasa menyewa jaket dan meninggalkan selimut tebal yang tiba2 menjadi leceh dan beban kerana cuaca tidak sedingin semalam. Dari Cemoro Lawang, trek menuruni bukit sebelum ditemukan dengan hamparan padang pasir yang diselimuti kabus tebal dan kaki melangkah lurus berkat latihan di 'alun-alun' mencari pasir berbisikku.

Jalan punya jalan macam tak ketemu juga lokasi tujuan dan pada satu tahap terasa semacam sudah jauh, mujur kami terjumpa satu hamparan padang pasir yang meninggi dan boleh tahan cantik dan aku berfikir yang ini pun ok dan bagus untuk lokasi tidur dan refleksi diri kami - bila kabus menghilang dicari lagi pasir dian itu.

Tidur di sini sangat mengasyikkan dan biarlah video yang dirakam Vovin yang berkata visual nanti. Tiada mimpi indah datang dan tiada bisikan2 cinta dari Dian atau gadis Bromo melainkan ketenangan, perghh poyo betul, haha.

Usai tidur dan tatkala kabus mula menghilang, kami berjalan ke hadapan lagi dan rupa-rupanya 'pasir dian' itu hanya di belakang kami, terima kasih Tuhan!

Tidur sebentar lagi sebelum dikejutkan dengan bunyi-bunyi enjin jeep yang mulai datang.

Hari 15: Selamat tinggal kota totok Jawa!

Aku bangun jam 6 pagi lebih sikit kerana harus berada di tempat menunggu van (minibas) sebaiknya jam 7 pagi.

Tidak lama kemudian teksi yang ditelefon Yoshi pun datang menjemput dan perpisahan pun terjadi - pastinya aku akan merindui kucing Yoshi dan anjing jirannya yang asyik melalak menghasilkan irama muzik. Ternyata kami sampai awal dan setelah menunggu sejam akhirnya van ke Bromo pun muncul tiba.

Bersama-sama penumpang lain yang semuanya backpackers manca (pelbagai) negara, perjalanan yang ditempuh akan memakan korban masa kira-kira 12 jam. Sepanjang perjalanan aksi mengelamun dan bernostalgia agak kurang kerana ketiduran yang asyik diselang seli dengan lagu-lagu pelbagai irama yang menghipnotis. Berhenti sejenak makan di restoran khas untuk angkutan umum ala-ala di Malaysia dan di mana pun - satu yang aku perhati di sini adalah penggunaan van secara massal untuk tujuan pengangkutan jarak dekat dan jarak jauh.

Jam sekitar 6.30 petang kami sampai di Probolinggo untuk menukar van ke Bromo yang akan mengambil masa sejam lagi. Setelah menempuh perjalanan terakhir ini kami pun sampai di Hotel Sion View dan suhu sejuk sangat mencengkam tulang-tulang aku yang syukur sudah disaluti banyak juga daging dan lemak. Terima kasih mamak!

Daftar masuk, letak barang dan menyelesaikan apa2 yang patut dengan ejen perjalanan bernama Rohim yang kuat semangat orang hitamnya (orang kita merujuk pada yang sawo matang dan coklat) sebelum menikmati makanan malam di restoran Hotel Yoschi di bawah seraya menonton aksi Piala Dunia Belanda melawan Slovakia.

Tidur yang indah kalau boleh senggama. Sayang sekali.

Hari 14 - Merempit Merapi


Menuju Merapi

Ahad - hari ke gereja bagi mereka yang beragama Kristian dan hari tidur untuk yang malas bangun tanpa mengira agama.

Hajatan awal mahu ke Gunung Merapi di pagi hari terpaksa ditangguhkan ke petang setelah hanya tidur ketika hari sudah nak siang gara-gara menulis dan berinternet. Bangun sekitar 1 tgh hari dan terus makan nasi padang bungkus yang dibeli Yoshi sebelum bersiap-siap untuk perjalanan panjang menaiki motorsikal ke 'Lava Tour' lokasi terakhir Gunung Merapi yang boleh diakses kenderaan.

Tantangan awal datang apabila tayar belakang aku rasakan kempis dan setelah dipam, tetap kembali mengempis perlahan-lahan dan akhirnya aku membuat keputusan untuk menukar tiub (disebut ban di sini). Di Indonesia, tiub masih boleh ditampal seperti mana di Malaysia dahulu kala sebelum ditiadakan perlahan-lahan oleh pasar yang dikawal 'kapitalis'.

Lega dengan ban yang sudah ditukar, perjalanan diteruskan dan seperti biasa aksi sesat tersesat pasti ada dan untuk tidak jauh dari lokasi tujuan yang digelar 'lava tour', aku menyebut arah lokasi rumah Mbah Marican yang juga jurukunci Merapi yang mistis sebagai rujukan setiap kali menanya arah. Setelah mengharungi sejam lebih perjalanan dan kegusaran tersesat, kami berjaya sampai ke lokasi lava tour yang masih tersisa kesan malapetaka letupan terakhir pada tahun 2006 (menewaskan 2 nyawa di bunker maut) sekitar jam 4.30 petang. Gunung Merapi tidak kelihatan kerana diliputi kabus tebal dan bagi mereka yang berminat untuk mendaki sehingga hampir ke puncak, trek khusus ada disediakan.


Gerai2 yang tertimbus



Sejam berlalu, kami menuruni Merapi dengan cuaca mulai gelap dan destinasi seterusnya dalah Universiti Negeri Yogyakarta (UNY). Aku ke UNY untuk menonton Frau, sang penyanyi dan pianis cewek independen di bawah Wowok yang sedang naik daun secara langsung sempena Konsert MedJazz yang turut menampilkan Glenn Fredly, Marcell dan Andien. Menarik sekali adalah fakta bahawa konsert ini dianjurkan oleh Fakulti Kedoktoran Universiti Islam Indonesia dan krew2nya hampir semua memakai tudung dan banyak juga di kalangan audien ceweknya yang memakai celana pendek sehingga menganggu juga konsentrasi aku, haha. Menarik diperhatikan di sini juga apabila banyak gig-gig dan konsert-konsert dibuat di dalam kawasan kampus dan ini dibenarkan dengan rasa gembira dan lebih megejutkan Metalfest yang berlangsung semalam dibenarkan anjur di kampus Atmajaya, wah memang kool! Bila agaknya univerisiti kita ya?


Pot banyak cewek mahasiswi


Frau dari kejauhan

Selesai Frau membuat persembahan, kami bergerak pulang kerana ada aksi bola sepak Piala Dunia Jerman menentang Inggeris yang lebih mengujakan dan faktor tambahan aku tidak mampu melayan pun lagu-lagu Glen dan rakannya. Kami bergegas ke warung instan semalam tetapi di sini sudah penuh dengan orang, lantas ke Elpueblo yang malangnya tidak menyiarkan dan akhirnya kami ke Jalan Parangpritis yang terdapat banyak kafe-kafe untuk mat saleh - akhirnya kami melayani aksi invasi Jerman ke atas Inggeris di Reggae Bar dengan cewek pelayan yang boleh tahan manis.




Wowok bergaya dengan buku Ayam

Alun-alun selatan mencuba nasib keberuntungan

Sesudah gembira dengan kekalahan bekas penjajah dan pelindung penjajahan bentuk baru Malaysia menerusi BN dan monarki, kami ke Ruang Mes 56 untuk bertemu Wowok berkenal-kenal dan merangka projek Frinjan seterusnya.

Ruang MES 56 is a non-profit institution established on February 28, 2002, which is active in the field of photography that emphasizes in the exploratory approach of contemporary photography, both in theory and practice, conceptually and contextually; having the purpose to develop the discourse of contemporary photography sphere in Indonesia.
Ruang MES 56 does several programs, which are Exhibition, Creative Exchange, Workshop, and Archiving. All of these programs are carried out by self-financing and with the support from several donors, either from non-profit institution or from commercial company. All of the programs aim to empower the pop-culture society in Indonesia.
Hari 13 - Kejogjaan


Mural di mana-mana kota ini

Aku dikejutkan oleh sms dan panggilan yang tak dijawabnya sebelumnya dari Adzreen kerna masih asik ketiduran. Tanpa rasa mahu menipu sunat, aku membalas sms tersebut dengan teks, "Saya sedang siap2, baru bangun" dan dibalas dengan mesej yang seakan tidak memarahi, syukur Alhamdulillah.


Buku2 Resist

Setelah aku dan Vovin siap bersolek, kami terus melaju dengan motor rempit dari kadar kebiasaan Jogja untuk ke pejabat penerbit buku 'kiri', Resist Book yang terletak di Jalan Magelang, kira-kira 15 minit dengan motorsikal tanpa aksi superman. Aku menyukai buku-buku terbitan Resist Book yang walau agak propagandis tetapi kulit bukunya jelas bercitarasa unggul dan artistik, t-shirtnya juga - siapa bilang kalau kiri harus tidak berdisiplin dan cincai bancai? Menyorot kembali perkenalan dengan Resist Book bermula sewaktu aku bekerja di penerbitan alternatif Malaysia, Gerakbudaya, sebenarnya sebelumnya lagi cuma tidak secara rasmi 'industri buku'. Bung Indro dan Guntur juga sudah tidak bersama Resist dan sekarang dikepalai oleh orang lama Resist juga, Bung Eko.

Sesat sebentar sebelum bertanya orang2 di tepi jalan akan keberadaan lokasi Resist dan akhirnya menemui pejabat lama mereka sebelum Titih menyelamatkan kami, pejabat baru mereka terletak tak sampai 200 meter dari premis lama. Adzreen sudah di sana dan terlihat sedang menikmati minuman fanta. Sejam di sana bertukar-tukar cerita dan sempat terbeli satu buah buku yang bertajuk 'Karl Marx: Membongkar Akar Krisis Global' buat bacaan semasa dalam perjalanan2 panjang. Aku sebenarnya telah membuat keputusan ala-ala Najib Tun Razak 'flip flop' untuk tidak membeli buku, tetapi akhirnya akur dengan tuntutan nafsu yang memberontak melawan, ah sialan. Banyak juga judul-judul baru dan salah satu darinya sempat dilarang edar oleh pemerintah Indonesia yang aku lupa judulnya - insya allah akan aku pesan nanti melalui pos untuk diberi tidak percuma kepada anak2 muda dan mungkin tua Malaysia nantinya di acara-acara Frinjan dan kawan-kawan.

Sesudah itu, kami mencari pawagam XXI dengan niat menonton dua filem Indonesia terbaru, 'Not For Sale' dan 'Tanah Air Beta' sebelum dikecewakan dengan sifat anti-nasionalisme pemilik panggung yang memilih untuk hanya menayangkan filem-filem bukan Indonesia - mungkin kerana pawagam ini disasarkan kepada kelas menengah Jogja dan untuk filem-filem Indonesia harus ke pawagam XXI yang satu lagi di mal Ambarrukno yang lebih keIndonesiaan. Mujur di depannya ada kedai makan dan kami memilih untuk menikmati makanan siang dahulu berlaukkan ayam goreng, tahu yang tipikal Indonesia dan sayur-sayuran. Tambah mujur ada pula aksi langsung perlawanan separuh akhir badminton Terbuka Indonesia menemukan Datuk (yang Lim Guang Eng poyo2 kasi) Lee Chong Wei dan Bukan Datuk Sonny Dwi Kuncoro - maka terpaksa menahan diri untuk tidak kelihatan menyokng Chong Wei supaya tidak dibelasah. Tahniah Chong Wei kerana berjaya membalas dendam kekalahan minggu sebelumnya di Terbuka Singapura dan ingat musuh utama anda adalah Lin Dan, Lin Dan dan Lin Dan, Olimpik London 2012 tak lama lagi dah. Menang Olimpik 2012 insya allah akan dapat tun, Ibrahim Ali pasti akan murka nanti sebab Cina yang dapat.

Santapan dibersihkan, kami ke Toko Buku Togamas sebuah rangkaian kedai buku diskaun sederhana yang berjaya memberi saingan hebat kepada Toko Buku Gramedia dengan menawarkan diskaun 10-30 peratus sepanjang masa untuk semua judul yang dijual - sesuatu yang tidak dibenarkan di Malaysia sehingga kewujudan Book Xcess di Amcorp Mall yang menjual dengan harga tidak masuk akal sedang dicekal musuh-musuhnya terutama MPH. Sedang Vovin mencari2 buku, aku pekena teh hijau dulu sambil baring2 kepenatan di kafe yang terletak di sebelah sudut tepi dan setelah Vovin selesai membayar, aku terNajib Tun Razak juga apabila terbeli buku 'Soe Hok-Gie...sekali lagi: Buku, Pesta dan Cinta di Alam Bangsanya.

Selesai memungkiri janji, kami bergerak ke Taman Budaya Jogjakarta untuk ke Festival Kangen Jogja - satu perayaan seni budaya Jogja yang dikelolakan kelompok seniman-seniman dan rohnya sangat berbeza sedikit dengan Festival Kesenian Yogyakarta (FKY) yang berlangsung di gedung sebelah. Bertemu Termana dan anak-anak mahasiswa Amerikanya di sini dan kadang2 Adzreen dan kawan-kawannya. Sedang berlangsung pada waktu ini di KL adalah Urbanscapes 2010 dan jika dibanding dengan Festival Kangen, bahkan FKY sendiri aku merasakan perlu ada alternatif kepada Urbanscapes nanti dan Insya Allah akan diusahakan ke arah itu. Amat malang apabila suara2 seniman muda progresif berbahasa kebangsaan sering dipinggirkan dan meminggirkan - sudah sampai masanya untuk mereka2 ini lebih ke hadapan untuk mencorakkan seni budaya yang boleh dinikmati masyarakat terbanyak.








Ke Jogja kena jual buku, haih

Malam hari ini kota Jogja sangat meriah dengan kehadiran para pelancong domestik terutama anak2 sekolah yang berlibur panjang dan tidak lupa 5 acara seni budaya besar dan kecil yang berlangsung serentak - Klangenan Jogja, FKY dan Festival Kangen yang berlokasi dekat2 sahaja , Fiesta Suzuki di Alun-Alun Utara menampilkan SO7 dan Metalfest di kampus Atmajaya. Rencana awal ke Metalfest bertemu Wowok, pemilik Yesnowave ditunda esok dan kami membahagi masa seadilnya di antara 4 acara tersebut sebelum terhegeh-hegeh mencari kedai makan yang menayangkan perlawanan di antara Korea Selatan dan Uruguay. Berbeza dengan Jakarta dan Bandung, di Jogja amat sukar mencari kedai2 makan atau kafe yang menayangkan aksi perlawanan di skrin besar atau tv. Setelah berpusing-pusing kami terjumpa satu restoran yang ada tv dan ada aksi, dan sebab perut pun dah lapar kami makan di situ juga sebelum terpaksa beredar tatkala aksi babak kedua masih awal kerana sudah tamat waktu operasi.

Pusing-pusing lagi dan terjumpa satu kafe kecil khas untuk apa-apa yang instan semacam indo mee dan indo cafe, kedudukan menjadi seri dan semangat meluap-luap Asia untuk Asia aku semakin menyemarak sebelum terpaksa menerima realiti pahit kekalahan juga - tipikal Asia dalam bola sepak seperti mana tipikal melihat Denmark asyik tersungkur di Piala Thomas.

Kecewa juga, kemudian pulang.

Fakta trip 90 hari tanpa monarki

ayah kepada ibuku berasal dari Pacitan di Jawa Timur dan merupakan etnik Jawa dan ibuku dilahirkan di Kampung Pacitan di Port Dickson, Negeri Sembilan, malangnya aku tidak boleh berbicara Jawa akibat kemalasan mengaji Jawa, sekarang rasanya menyesal. Akibat Air Asia yang tidak muncul awal2 selepas kemerdekaan Malaya dan Indonesia, maka hubungan saudara mara ini terputus - sayang demokratisasi aviasi yang lewat tiba telah menyebabkan hubungan saudara 2 negara ini banyak yang terputus.

Hidup Melayu Raya!